Salam semua
Memang lately ni hangat berita tentang pertukaran kerajaan di Perak.
Persoalannya siapa salah?
Adakah BN salah?
Adakah PR salah?
Adakah ADUN yg salah atau mengambil kesempatan?
Adakah Sultan salah?
Atau adakah sistem yang salah?
Penyokong BN akan katakan "Strategi Lompat Parti" ni PR yang mulakan dan dah makan tuan. Penyokong PR pula katakan BN biadap kerana merampas kuasa tanpa menunggu usul undi tak percaya di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Ada pula kata Sultan berpihak pada BN dan tidak berlaku adil pada rakyat yang mengundi. Ada pula yang kata kerana duit dan habuan yang yang menjadi punca ADUN2 berpaling tadah. Yelah nak harapkan elaun RM5000 sebulan dgn durin runtuh berjuta ringgit, macam langit dgn bumi bezanya. Andaikata iman dan Allah yang dijadikan pemimpin, nescaya, peristiwa lompat parti tak berlaku, amanah rakyat yg dijunjung. Dan ada macam2 lagi andaian dan teori yg menjadi bualan di kedai2 kopi, ofis dan di mana-mana saja.
Macamanapun, tak ramai yang sedar bahawa inilah kelemahan sistem demokrasi ciptaan manusia yang dimodifikasi lagi menjadi demokrasi ala-Malaysia. Ada demokrasi ala-Amerika, ada demokrasi ala-India, ada demokrasi ala-Turki, ada demokrasi ala-British dan macam2 lagi. Pendek kata fundamentalnya masih tetap sistem demokrasi yang berdasarkan pemikiran Plato dengan temanya yang terkenal iaitu "From the People To the People and For the People".
Manusia mencipta undang-undang berdasarkan logik akal dan fikiran semasa tanpa melihat dgn lebih jauh dan teliti. Sedangkan undang2 yg sempurna sudah pastilah datang dari Pencipta manusia dan alam ini sendiri iaitu Allah swt. Malangnya, undang2 Allah hanya tinggal di naskhah2 Al Quran dan Hadis Rasulullah saw.
Peristiwa di Perak adalah satu teladan dan bukti bahawa tidak adilnya sistem perundangan demokrasi Malaysia. Wakil2 rakyat yg diberi mandat oleh rakyat dan dipilih berdasarkan parti yg diwakilinya, bila2 masa boleh khianat meninggalkan parti masing2 samada untuk menjadi wakil bebas atau menyertai parti lawan. Sultan dan Raja pula dengan kuasa yg mutlak yg seolah-olah tak boleh dicabar langsung, bebas membuat keputusan tanpa perlu berfikir dgn teliti tentang maslahat dan kepentingan rakyat.
Rakyat yg menegur atau membantah akan dikatakan derhaka. Maksum kah para sultan dan raja kita? Adakah mereka ini maksum seperti Rasul2 dan para Nabi? Memang ada rakyat yg biadap dalam menunjuk protes kepada Sultan. Kalaupun membantah, adab mesti dijaga, adab muslim yg diajar Rasulullah saw haruslah di teladani, bukannya baring di tengah jalan. Cuba kita ingat semula akhlak para Khulafa Ar Rasyidin seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali yg sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran dan bantahan rakyat. Hatta Rasulullah saw seorang yang maksum pun bersikap terbuka dan sentiasa bersedia menerima teguran sahabat , juga cemuhan dan kejian musuh2 Baginda.
Jika ada perbuatan yg salah oleh para raja kita, moga para mufti dan kadi dapat menegur seadanya menurut kehendak Allah. Para Raja juga manusia biasa, bukan malaikat atau nabi. Andaikata ada mufti atau tokoh agama diherdik, dimarah atau ditampar maka bersabarlah dan berdoalah agar dibukakan pintu hati para raja kita. Insya Allah, Allah sentiasa bersama mereka yg bersabar.Moga Allah limpahkan kurnia dan rahmatNya kepada para raja dan sultan kita.
Moga diberikan mereka ini taufiq dan hidayah agar memerintah dgn adil sesuai dgn mandat yang diberikan sebagai Ketua Agama Islam setiap negeri . Mandat yang diberikan rakyat tak sepertinya mendapat mandat dari Allah maka mudah-mudahan , para raja kita juga mendapat mandat dari Ilahi. Patik insan pacal yang hina mohon ampun tuanku, patik berdoa agar hidup Tuanku dimuliakan Allah. Wallahu 'alam bissawab.