Salam semua
Nampaknya topik ni memang panas sekarang ni di media massa. Dalam Facebook kengkawan kita pun dah ada yg komen, so nampak memang ada antara kita yg concern pasal isu ini. But, adakah kita ni betul2 faham pasal isu ini?
Adakah kita hanya ikut dan terpengaruh dgn cakap orang je ?
Adakah kita rasa ini agenda politik UMNO?
Adakah kita rasa ianya jadi tambahan asam garam pihak pembangkang pula untuk merancakkan arena politik?
Adakah ini agenda pihak Kristian dan bukan Islam?
Adakah ini ujian Allah utk menguji kebijaksanaan dan keprihatinan kita sbg muslim dan pimpinan2 serta ulamak kita yg ada?
Adakah....? Adakah....?
Wallahu'alam...
Why not kita "ZERO" mindset kan dulu fikiran kita....kita kaji dulu fakta then kita teliti pula pandangan2 yg ada...kemudian barulah kita buat kesimpulan utk diri kita. Yg penting , apakah peranan kita ? Dok saja..biaq pi lah ? Or jom kita jihad ...takbir!! Atau ..alaahhh ini isu sebab nak pilihanraya dah dekat ....dan macam2 lah......
Ini pandangan dari saya yg daif ini.......
Secara faktanya, kalimah Allah ni dah memang digunakan semenjak sebelum zaman Nabi Muhammad saw lagi. Islam dah wujud semenjak dari Nabi Adam lagi dan Allah sememangnya sudah menjadi sinonim sebagai Tuhan bagi seluruh umat manusia bahkan sekalian alam. Yg membezakan Islam zaman Nabi Adam, Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad saw hanyalah syariatNya. Akidah nya tetap sama dari zaman berzaman iaitu Keesaan Allah Taala (Ketauhidan iaitu Allah Yang Satu and the ONLY ONE).
Maka, tidak hairanlah apabila suhuf Nabi Daud atau lembaran wahyu yg diturunkan pada Nabi Daud, Kitab Taurat (N.Musa) dan Kitab Injil (N. Isa) ada menceritakan tentang Allah, Zat-ZatNya, dan sudah pasti kalimah Allah memang telah digunakan oleh kitab2 tersebut lebih awal lagi sebelum turunnya Al Quran. Ambil contoh Kitab Injil Barnaba (satu-satunya kitab injil yg ada menceritakan tentang kedatangan rasul terakhir, Muhammad saw.)
Injil Barnaba ni ditulis oleh sahabat Nabi Isa a.s sendiri yg bernama Barnaba himself (dari golongan Hawarriyun-gelaran bagi para sahabat N.Isa a.s). (*Note: Injil Luke, John, Paul & Mathew adalah ditulis oleh mereka yg tidak pernah menjadi sahabat N.Isa a.s. Injil Barnaba adalah injil yg yg masih menyimpan byk kebenaran wahyu Allah tapi malangnya ditolak majoriti pengikut Kristian).
Sebagai contoh penggunaan kalimah Allah dalam injil Barnaba seperti dlm Fasal 72:
""..Jangan kamu gementar dan jangan merasa takut kerana bukanlah aku yang menciptakan kamu bahkan Allah yang menciptakan kamu dan Dia-lah yang akan menjaga kamu. Adapun kerjaku (kekhususanku) ialah datang menyediakan jalan bagi Rasulullah yang akan datang membawa keselamatan bagi dunia ini. Tetapi berhati-hatilah dari tertipu kerana akan datang ramai nabi-nabi dusta (palsu). Mereka akan mengambil kata-kataku (ajaranku) dan menajiskan injilku.."
*Note : Bahasa asal Injil adalah dlm Hebrew atau Ibrani , di atas cuma terjemahan dlm bahasa Melayu. Bagaimanapun baik dlm Hebrew pun, kalimah Allah telah digunakan."
Injil2 Luke, Mathew, Paul dan John pun menggunakan kalimah Allah dalam penulisan asalnya.
Di dalam Al Quran pun ada firman2 Allah yg menceritakan bahawa kalimah Allah digunakan oleh org2 musyrik atau bukan Islam. Contoh :
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu............" (Al Maidah:72)
Ayat-ayat lain seperti Al Maidah:73, Luqman:25, Al Aaraf:172.
Jadi, fakta telah terserlah so janganlah kita katakan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam saja. Menurut kaedah Fiqh, harus bagi kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Bagi umat Islam pula, kalimah Allah wajib diertikan sebagai Tuhan atau Robb yg Esa, tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sekutu baginya seperti yg termaktub dlm surah Al Ikhlas.
Now, kita lihat dari perspektif perbincangan pula..........
Walaupun kalimah Allah dah digunakan oleh kitab2 Injil beribu-ribu tahun dahulu tetapi mengapa kalau kita lihat kitab2 injil dlm bahasa inggeris, majoritinya tidak menggunakan kalimah Allah tetapi menggantikan dgn kalimah God (with capital "G") ataupun Lord. Ada juga yg menggunakan kalimah Elohim walaupun segelintir kerana ada perbezaan pandangan makna dari segi bahasa Ibrani.
Akan tetapi kalimah Allah hanya banyak digunakan dlm kitab injil terjemahan Arab, Indonesia dan Melayu. Mengapa tidak digunakan kalimah Allah dlm Injil English, Injil France, Injil Germany or Italy misalnya ??
Menurut Brittanica Encyclopedia, Allah diterangkan sbg "the one and the only God in Islam" .
Oxford Dictionary pula kata " The name of God among Muslims (and Arab Christians). Yg Arab kristian tu special case, diletakkan dlm bracket.
Cambridge Dictionary pula kata " The name of God for Muslims"
Mereka org musyrik pun iktiraf Allah utk Islam semata-mata berdasarkan 3 sumber besar dictionary/encyclopedia di atas tapi kenapa kalimah Allah digunakan selectively dlm bahasa Arab, Indon dan Melayu?
Kita tahu, Arab Indonesia dan Melayu terdiri dari majoriti umat Islam dan adakah penggunaan kalimah Allah ini hanya kebetulan ?? atau ada agenda disebaliknya ???
Ini yg patut kita kaji, tadabbur dan rungkaikan....
Kita lihat sejarah dulu..kedatangan Inggeris ke Nusantara (bukan Tanah Melayu saja, termasuk Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand) bermula dari abad ke-18 iaitu tahun 1700an selepas empayar Belanda dan empayar lain mula merosot. Mereka datang mulanya dgn muslihat perdagangan melalui Syarikat Hindia Timur or East India (jenama East India tu pun ada kat shopping malls). Org Inggeris ni pendekatan mereka halus dan lebih terancang berbanding Portugis, Belanda ataupun Sepanyol. Matlamat mereka walaupun berlainan bangsa tetap sama iaitu "God, Glory and Gold" dibawah naungan Pope di Vatican jua. Contoh Di Melaka, Portugis dtg tinggalkan gereja, Belanda pun tinggalkan gereja, apatah lagi bangsa Inggeris. Di Filipina, menurut sejarah umat Islam tulisan Prof Hamka dan beberapa penulis muslim lain seperti S Khatarismi, Syed Naquib, majoriti penduduknya adalah beragama Islam sebelum kedatangan Sepanyol tapi apa yg dah terjadi sekarang ?
Org Inggeris pula bila sampai disesuatu tempat, mereka mengkaji adat resam dan anutan penduduk setempat. Di Nusantara ni, memang majoritinya umat Islam dan walaupun dah ditakluk beratus tahun oleh Portugis, Belanda dan Sepanyol, kekuatan akidah tok nenek moyang kita masih utuh dan cukup sukar utk diconvertkan ke agama Kristian. Inilah berkat jasa dan usaha ulamak2 moyang kita dulu hasil didikan mubaligh2 Islam yg dtg ke Nusantara yg kebanyakannya Ahli2 sufi dari Tanah Arab dan bermazhab Syafie. Sebab itu kekuatan akidah tok nenek moyang kita dulu amat kental dan saya percaya 50 tahun dulu ,kalau di Malaysia ni, kita boleh katakan Melayu 100% Muslim tapi sekarang ni, entahlah berapa peratus yg tingal?
Jadi, melihat dari kekuatan dalaman umat2 Islam di Nusantara ini, maka ada bukti yg menyatakan bahawa sebuah institusi gereja ditubuhkan di England (maaf lupa nama tempat) pada hujung abad 18 atau awal abad 19 khas untuk mengkaji adat resam dan fahaman Islam umat2 Nusantara. Mereka menyediakan mubaligh atau pendakwah Kristian yg diajar bahasa Indonesia dan Melayu di gereja khas tersebut. Maka tidak hairanlah pada tahun 1818, telah wujudnya cetakan pertama Injil terjemahan bahasa Indonesia dan ia menggunakan kalimah Allah bagi gantinama Tuhan atau God.
Pendakwah2 mereka diajar agar mendekati umat Islam dgn kaedah "LOVE" atau kasih sayang dan membawa satu dakyah bahawa tuhan Kristian juga adalah Allah. Dgn sumber kewangan yg kuat, mereka ni sentiasa kehadapan membantu mangsa2 bencana dan org2 miskin. Secara halus, umat Islam yg lemah akidah akan terpengaruh dan tertarik dgn ajaran Kristian.
Ini sebenarnya yg saya secara peribadi takuti....penggunaan kalimah Allah oleh pendakwah Kristian utk mengelirukan umat Islam dan sebagai jarum halus dakwah mereka. Saya tidak ada masalah dgn penggunaan kalimah Allah oleh mereka yg bukan Islam seperti yg dipersetujui oleh beberapa ulamak Islam yg kita ketahui tetapi yg saya takuti adalah agenda tersembunyi mereka....
Secara ringkasnya, saya khuatiri yg demikian:
1. Jarum halus atau strategi dakwah Pihak Kristian yg telah bermula lama semenjak sebelum zaman Perang Salib dan terbukti melalui fakta yg saya nyatakan di atas.
2. Agenda tersembunyi oleh pihak Kristian untuk menguji kekebalan Perlembagaan Malaysia berkenaan Artikel 11 (Agama Islam sbg agama rasmi negara) juga Perkara 4 (kuasa utk menyekat sebarang dakwah ke atas umat Islam)
Jadi saya yg daif ini mengambil pendekatan bahawa penggunaan kalimah Allah harus dipertahankan hanya untuk Umat Islam di Malaysia berdasarkan kaedah Fiqh Al Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) memandangkan betapa goyah dan longgarnya pegangan akidah umat Islam di Malaysia ini. Kita perlu pertahankan bagi mengelak kekeliruan yg pasti akan berlaku di kalangan umat Islam yg kurang ilmu yg seumpamanya. Ini adalah selective approach bagi saya khusus untuk suasana di Malaysia
Cukuplah masalah murtad, black metal, wahabi/asha'irah, syiah, agenda Islam Liberal, pluralisme dan sebagainya untuk kita hadapi dan selesaikan. Jadi isu kalimah Allah ini biarlah jadi status quo iaitu khusus untuk umat Islam di Malaysia.
Tolak ketepilah fahaman politik UMNO ke PAS ke PKR ke atau apa pun. Yang paling mustahak ialah apakah peranan kita dlm membantu atau menyumbang utk menyelamatkan akidah umat Islam termasuklah keluarga dan diri kita sendiri. Definitely, untuk diri saya sendiri juga!
Untuk kengkawan yg lain, terpulanglah pada pandangan masing2 tetapi tanyalah iman masing2 apakah peranan kita sebagai hamba AL Khaliq, hamba Allah yg Esa ??
Apa yg kita usahakan janganlah untuk ukuran/penglihatan manusia tetapi ikhlas lah kerana Allah swt dan cukuplah Allah sebagai SAKSI !
"Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai SAKSI." (Al Fath:28)
Wallahu'alam bissawab
-abidanial-