Friday, August 7, 2009

Permasalahan Doa Qunut dlm Solat Subuh

Soalan kawanku : doa qunut tu part of sembahyang subuh tak coz ada org kata not part of daily sembahyang subuh unless ada niat utk doa sesuatu...betul ke...confuse aku...n bermacam2 lagi dikatakan bidaah ie majlis tahlih n etc etc
Jawapan aku:
Kawanku, soalan kau ni pendek je tapi nak jawab kena berhati2 dan berhikmah. Takut ada yg terasa atau salah faham. Dlm group mailing list kita ni aku tak pasti samada ada org yg ikut mazhab selain shafie ke, ikut salafi ke, wahabi ke , syiah ke etc. etc.
Anyway, pendekatan aku sederhana dan kita cuba berbaik sangka (husnu zon) dan kompromi antara satu sama lain. I think cara bersederhana ni should be the best. Memang ada sesetengah kelompok or golongan yg kata kononnya doa qunut ni bukan rukun dan bukan sunnah, malah bidaah so tak payah buat. Ada gak yg kata bab tahlil , talkin, sambutan maulidurrasul juga bidaah dan sesat. Zikir berjamaah ramai2 lepas solat pun bidaah kata mereka. Dan banyak lagilaa kalau nak tulis kat sini.
Ada satu negeri kat Malaysia , memang tak buat pun doa qunut after solat subuh. Kalau buat jadi macam satu kesalahan pulak. Sebelum aku sentuh bab bidaah, kita bincang dulu bab Qunut. Bacaan Qunut waktu solat Subuh ni memang ada riwayat (Hadis Sahih) dilakukan oleh Rasulullah saw (di next penulisan, akan disertakan beberapa hadis berkaitan), ianya tak selalu atau setiap waktu. Dalam sesetengah keadaan, Rasulullah saw lakukan apabila terlalu mengharapkan bantuan Allah.
Kenapa Rasulullah saw tak lakukan Qunut setiap solat Subuh atau solat lain? Hikmahnya, kerana Rasulullah saw tak mahu umatnya ingat Qunut ni wajib. Samalah juga diriwayatkan bahawa Rasulullah saw tak lakukan solat terawih tiap2 malam di masjid supaya umatnya faham ianya bukan perkara yg wajib (akan tetapi sunat mu'akad yg sangat dituntut).
Antara 4 mazhab besar (Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie), hanya Imam Syafie yg memfatwakan sunat ab'ad mengerjakan doa qunut. Sunat ab'ad ni sangat2 dituntut, hampir kepada wajib, cuma tak batal solat kalau tak buat. Kenapa agaknya Imam Syafie berijtihad demikian ?? Kita bincang sikit riwayat hidup 4 imam ni. Imam Hanafi berdakwah majoriti hidupnya di Iraq, jadi ijtihad (fatwa) beliau byk berkisar dgn kehidupan org2 di Iraq ketika itu yg byk dipengaruhi pemikiran Yunani. Zaman ni jugalah bermulanya perkembangan Ilmu Kalam dan ilmu2 falsafah yg sebahagiannya tersasar dari pemikiran Islam (abad ke 2 Hijrah).
Imam Malik pula byk menghabiskan hidupnya berdakwah di Madinah dan jarang merantau. Cuma Imam Syafie dan Imam Ahmad Hanbali yg byk merantau dan berdakwah di byk negeri spt Yaman, Iraq, Madinah, Mekah, Mesir etc.
Semua 4 imam besar dan anak-anak murid besar mereka ni sentiasa berbaik sangka antara satu sama lain dan hormat menghormati pandangan dan ijtihad para imam besar yg 4 ni. Diriwayatkan Imam Syafie lahir pada hari yg sama Imam Abu Hanifah (Hanafi) meninggal dunia. Imam Malik dan Imam Hanafi hidup di satu zaman. Imam Syafie pernah berguru dgn Imam Malik di Madinah (itupun beliau dah tua hampir 70 thn usia). Imam Hanbali pula anak murid Imam Syafie yg paling cemerlang. Imam Syafie pula walaupun tak pernah berjumpa Abu Hanifah, beliau pernah ke Iraq belajar dgn beberapa anak murid besar Abu Hanifah, antaranya Imam Abu Yusuf. So kesimpulannya, semua imam 4 ni ada perkaitan antara satu sama lain.
Ijitihad yg berbeza adalah rahmat Allah , satu kelonggaran dan kesesuaian uttk sesuatu umat atau golongan. Kenapa cerita background 4 imam ni ? Supaya kita faham yg mazhab2 4 ni semuanya ikhlas dan betul ijitihad menurut situasi dan masa hidup mereka, cuma pendekatan saja yang berbeza. Antara mereka tak pernah mempersendakan ijtihad imam lain. Malangnya, umat kita sekarang, ada yg fanatik syafie kata hanafi tak betul. Ada yg fanatik wahabi (mazhab baru) kata 4 imam ni tak betul. Hanya Allah yg tahu so kita ikutlah contoh 4 imam ni yg tak pernah pun berburuk sangka antara satu sama lain. Imam Hanbali bila nak berijtihad yg berbeza pandangan daripada gurunya Syafie, beliau tak pernah kata ijtihad Syafie salah, cuma dia pandangan dan cara pendekatan yg berbeza. Imam Syafie pula tidak menghalang anak muridnya berijtihad selain dari ijtihad beliau sendiri sebab masing2 tau selagi semuanya bersandarkan AL Quran dan Hadis Sahih , maka insya Allah, ianya tetap benar.
Menurut Hadis Rasullah saw yg maksudnya lebih kurang begini: " Barangsiapa yang berijtihad ikhlas kerana Allah, kalau benar ijtihadnya maka dapat 2 ganjaran, jika salah ijtihadnya, maka dapat 1 ganjaran".
Rasulullah tak kata pun dapat laknat kalau salah ijtihad ASALKAN (INI SYARAT)..setiap ijtihad mesti ikhlas kerana Allah dan menurut pedoman asas iaitu AL Quran dan Hadis .
Kenapa agaknya Imam Syafie berijtihad supaya ada doa Qunut di waktu solat subuh ?? Imam Syafie ni lahir pada thn 150 Hijrah dan meninggal dunia tahun 204H. Hidupnya byk berguru dan berdakwah di merata2 tempat dan negeri. Zaman beliau, berlaku byk kesesatan dan negara Islam dlm zaman kegemilangan dan kaya raya. Umat dah makin hanyut dgn duniawi dan harta-benda hingga lalai dgn amal ibadat. Jadi dgn kebijaksanaan yg Allah kurniakan pada Syafie, maka beliau berijtihad adalah amat perlu setiap umat Islam membaca doa qunut sekurang2 nya sekali dlm solat sehari supaya Allah beri petunjuk dan kesejahteraan pada kita. Ini zaman imam Syafie (baru abad kedua Hijrah). Zaman kita lak macamana (abad ke 15 hijrah yg dah 1400 tahun lebih jarak dari zaman Rasulullah saw) ??????
Pandangan aku, memang patut sangat doa qunut ni di baca di setiap solat subuh. Rasanyalah, kalau Imam Hanafi atau Imam Malik hidup di zaman kita ni, mungkin diorang pun sependapat dgn Imam Syafie dlm bab doa qunut ni (wallahu'alam). Zaman kita ni, lagi hancur umat Islam......baik dari segi akidah, akhlak, sahsiah dan macam2la. So, bukan kah baik kita berdoa lebih dgn Allah seperti membaca doa qunut.
Kalau ikut jumhur ulamak, membaca qunut ni dibolehkan, tak baca pun boleh tapi janganlah ada yg kata mereka yg baca doa qunut ni sesat or bidaah. Berbaik sangkalah kita antara umat. Siapa kita yg berani nak mengata orang ni sesat, orang ni yg benar ? Siapa kita yg berani nak kata apa yg Imam Syafie ijtihadkan perihal Qunut ni bidaah? Tinggi sangat kah ilmu org yg berani mengatakan Qunut bidaah, perbuatan ini bidaah, perbuatan itu bidaah ?
Cuba kita hayati isi makna doa qunut kat bawah ni sbg pengajaran. Apa yg kurangnya dgn kandungan makna doa qunut ni? Ayat2 nya bukan ciptaan Imam Syafie tapi bersandarkan hadis Rasulullah saw juga. Doa Qunut (maksud):
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkautetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segalamacam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Wallahu'alam. Yg baik datangnya dari Allah, yg tak baik tu dari nafsu aku sediri so maaf kalau ada yg terasa.

Tuesday, February 10, 2009

Perak Oh Perak

Salam semua
Memang lately ni hangat berita tentang pertukaran kerajaan di Perak.
Persoalannya siapa salah?
Adakah BN salah?
Adakah PR salah?
Adakah ADUN yg salah atau mengambil kesempatan?
Adakah Sultan salah?
Atau adakah sistem yang salah?
Penyokong BN akan katakan "Strategi Lompat Parti" ni PR yang mulakan dan dah makan tuan. Penyokong PR pula katakan BN biadap kerana merampas kuasa tanpa menunggu usul undi tak percaya di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Ada pula kata Sultan berpihak pada BN dan tidak berlaku adil pada rakyat yang mengundi. Ada pula yang kata kerana duit dan habuan yang yang menjadi punca ADUN2 berpaling tadah. Yelah nak harapkan elaun RM5000 sebulan dgn durin runtuh berjuta ringgit, macam langit dgn bumi bezanya. Andaikata iman dan Allah yang dijadikan pemimpin, nescaya, peristiwa lompat parti tak berlaku, amanah rakyat yg dijunjung. Dan ada macam2 lagi andaian dan teori yg menjadi bualan di kedai2 kopi, ofis dan di mana-mana saja.
Macamanapun, tak ramai yang sedar bahawa inilah kelemahan sistem demokrasi ciptaan manusia yang dimodifikasi lagi menjadi demokrasi ala-Malaysia. Ada demokrasi ala-Amerika, ada demokrasi ala-India, ada demokrasi ala-Turki, ada demokrasi ala-British dan macam2 lagi. Pendek kata fundamentalnya masih tetap sistem demokrasi yang berdasarkan pemikiran Plato dengan temanya yang terkenal iaitu "From the People To the People and For the People".
Manusia mencipta undang-undang berdasarkan logik akal dan fikiran semasa tanpa melihat dgn lebih jauh dan teliti. Sedangkan undang2 yg sempurna sudah pastilah datang dari Pencipta manusia dan alam ini sendiri iaitu Allah swt. Malangnya, undang2 Allah hanya tinggal di naskhah2 Al Quran dan Hadis Rasulullah saw.
Peristiwa di Perak adalah satu teladan dan bukti bahawa tidak adilnya sistem perundangan demokrasi Malaysia. Wakil2 rakyat yg diberi mandat oleh rakyat dan dipilih berdasarkan parti yg diwakilinya, bila2 masa boleh khianat meninggalkan parti masing2 samada untuk menjadi wakil bebas atau menyertai parti lawan. Sultan dan Raja pula dengan kuasa yg mutlak yg seolah-olah tak boleh dicabar langsung, bebas membuat keputusan tanpa perlu berfikir dgn teliti tentang maslahat dan kepentingan rakyat.
Rakyat yg menegur atau membantah akan dikatakan derhaka. Maksum kah para sultan dan raja kita? Adakah mereka ini maksum seperti Rasul2 dan para Nabi? Memang ada rakyat yg biadap dalam menunjuk protes kepada Sultan. Kalaupun membantah, adab mesti dijaga, adab muslim yg diajar Rasulullah saw haruslah di teladani, bukannya baring di tengah jalan. Cuba kita ingat semula akhlak para Khulafa Ar Rasyidin seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali yg sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran dan bantahan rakyat. Hatta Rasulullah saw seorang yang maksum pun bersikap terbuka dan sentiasa bersedia menerima teguran sahabat , juga cemuhan dan kejian musuh2 Baginda.
Jika ada perbuatan yg salah oleh para raja kita, moga para mufti dan kadi dapat menegur seadanya menurut kehendak Allah. Para Raja juga manusia biasa, bukan malaikat atau nabi. Andaikata ada mufti atau tokoh agama diherdik, dimarah atau ditampar maka bersabarlah dan berdoalah agar dibukakan pintu hati para raja kita. Insya Allah, Allah sentiasa bersama mereka yg bersabar.Moga Allah limpahkan kurnia dan rahmatNya kepada para raja dan sultan kita.
Moga diberikan mereka ini taufiq dan hidayah agar memerintah dgn adil sesuai dgn mandat yang diberikan sebagai Ketua Agama Islam setiap negeri . Mandat yang diberikan rakyat tak sepertinya mendapat mandat dari Allah maka mudah-mudahan , para raja kita juga mendapat mandat dari Ilahi. Patik insan pacal yang hina mohon ampun tuanku, patik berdoa agar hidup Tuanku dimuliakan Allah. Wallahu 'alam bissawab.

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestin! Jihad Fi Sabilillah

Salam
Alangkah hibanya andaikata hati kita tidak bergolak dgn apa yg berlaku di Palestin . Alangkah mewah dan mudahnya utk kita makan di sini hingga pembaziran pun tak rasa apa-apa sedangkan ada anak2 kecil di Palestin yg tak makan sehingga 5 hari.....mengikat perut dgn kain dan batu, mengenangkan kembali kita pada kizah Rasulullah saw dan para sahabat yg diboikot oleh kaum musyrikin di Mekah dahulu.
Susah agaknya utk kita tinggalkan burger McDonald, kopi Starbucks, ayam KFC, Milo (Nestle) sebab nikmatnya makanan2 ini utk kita sedangkan mereka di Palestin nak merasai nikmat air seteguk pun amat payah. Jadi apakah yg boleh kita lakukan? Marilah kita JIHAD FISABILILLAH !!!
Kita tak mampu nak angkat senjata, kita tak mampu utk berperang jadi marilah kita usaha berdoa setiap kali lepas solat lima waktu, solat hajat berdoa utk diberikan kekuatan kepada para mujahidin di Palestin, diberikan kesabaran kepada saudara2 Islam kita di Palestin.
Marilah kita keluarkan wang sebanyak mana yg kita mampu utk pengorbanan dan bantuan kemanusiaan kepada mereka. Pengorbanan walaupun hanya meninggalkan " 1 burger McDonald" membawa erti yg amat besar kepada saudara muslimin kita di Palestin.
Sesungguhnya hanya LAKNAT ALLAH yang paling layak untuk para Yahudi kafirin. Semoga Allah menghantar tentera Ahzab ke bumi Palestin. Amiin ya Robbanal 'alamiin.
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat melalui lisan Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka MENDERHAKA dan selalu MENCEROBOH" (Al Maidah :78)
Telah Allah nyatakan dlm Al Quran tentang perangai kaum Yahudi kafir yg suka menderhaka dan menceroboh hak orang lain. Mereka ini memang telah disumpah oleh Nabi Daud dan Nabi Isa semenjak dahulu lagi.
"Maka (Kami laknatkan mereka), disebabkan mereka melanggar perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar terhadap ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: "Hati kami tertutup." Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya, karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka." (An Nisaa : 155)
Akibat perbuatan laknat mereka yg suka melanggar perjanjian dan membunuh ramai nabi dan rasul, maka Allah telah kunci hati mereka kecuali sedikit drp mereka yg diberikan hidayah utk beriman. Jadi, marilah kita jihad fi sabilillah untuk menentang Yahudi laknatullah berdasarkan kemampuan masing-masing.
Wassalam