Wednesday, November 26, 2008

ESQ165

Assalamualaikum
Semoga kawan-kawan semua dibawah limpahan rahmat Allah insya Allah. Thanks Aziran sebab mulakan topik ini dan ingatkan aku untuk tidak menangguhkan lagi perkongsian pengalaman yg amat menarik ini. Selepas bercawan-cawan or berbaldi2 rasanya aku menangis sewaktu ikuti program tu (taktaulah airmata aku or aziran yg lagi banyak, oh lupa Fakran pun ada sama), aku pun tak sure nak start kat mana. Let me start dgn kalimah Bismilah terlebih dahulu. Seminar ni actually a leadership training for charater building menggunakan pendekatan Islam. It is open to non-muslims as well dan memang ramai non-muslims termasuklah Billy Lim (writer of the book Dare to Fail) pun dah attend and they were touched too. Nilai2 yg diambil adalah good universal values daripada Al Quran.
Al Quran bukan untuk Muslim sahaja tapi Al Quran untuk dunia, utk semua. Rasulullah saw bukan hanya pemimpin umat Islam shj tapi baginda adalah pemimpin seluruh umat manusia. ESQ165 is basically about spiritual quotient yg penting untuk di fahami dlm menguasai IQ (intellectual quotient) dan emosi (emotional quotient) kita. 165 adalah kaedah berdasarkan pada prinsip 1 Ihsan (unsur Tauhid), 6 rukun iman dan 5 rukun islam. Diterangkan juga perkaitan Asmaul Husna (nama2 Allah) yang di tiupkan kedalam hati kita kepada semua manusia. Di Luh Mahfuz, seluruh roh manusia telah berjanji dihadapan Allah azzawajala bernaik saksi bahawa Tiada Tuhan yg disembahkan melainkan Allah. Sewaktu kita lahir, hati2 manusia telah ditiup dan diisi dgn sifat2 Allah (nama2 Allah). Hati kita bersinar, bergemilapan dgn cahaya AnNuur, dgn cahaya Ar Rahman (Yg Maha Pemurah), dgn cahaya Al Latiif (Yg Maha Lemah-Lembut/bersopan), dgn cahaya Ar Rahim (cintadan kasih sayang) dan seterusnya nama2 Allah yg lain. Tak kira muslim atau non muslim, seluruh hati manusia diisi dgn Asmaul Husna sehinggalah kita mengotori hati2 kita ini dgn sifat2 Syaitan, sifat marah, sifat dengki, benci, jahat, kejam, zalim dan segala yg sifat yg buruk. Maka makin gelaplah hati kita ini dan hilang cahaya sinar Asmaul Husna dari hati kita hingga gelap segelap2nya bagi setengah2 manusia.
Sesi pertama di tunjukkan kesan audio dan video bukti (bayyinat) kebesaran Allah taala lalu aku tersentuh dan lebih menjiwai apa erti nya ALLAHU AKBAR, menambahkan lagi keyakinan yg ada lebih mendalam insya Allah. Aku terus breakdown, airmata bercucuran melihat bagaimana bumi dan matahari ini hanyalah sekadar debu yg sgt halus di tengah berbillion2 bintang dan berbillion2 cakerawala. Suatu perkara yg aku pernah argue dgn cikgu sains di sekolah dulu yg mana tak logik bagiku jumlah bintang2 di langit melebihi jumlah pasiran di bumi. Kini demi Allahu Akbar, maka aku yakin ianya pasti benar. Di ingatkan tentang firman Allah:
Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan, dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah (orbit), sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. (Yaasin :37-39)
Diperlihatkan di layar screen, bahawa seluruh bintang, bulan dan planet beredar mengikut manzilah-manzilah masing2 (paksi atau orbit) dgn kelajuan yg sgt tinggi dan sedarkah kita bahawa manusia juga beredar mengikut manzilah tertentu, bertawaf mengelilingi Baitullah. Di dalam firman Allah yg lain juga ada disebutkan agar kita melihat kekuasaan Allah melalui kejadian langit dan bumi dan juga di dalam diri kita sendiri yg mana DNA didalam diri kita juga berputar mengikut paksinya yg tersendiri. Sesungguhnya seluruh alam dan makhluk termsuk manusia mempunyai hubung kait dan perkaitan yg tersendiri dan diciptakan bukan sia-sia.
Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Naml : 28)
Bayangkan apabila Muhammad saw memberitahu org2 di zamannya tentang ayat di atas, sudah tentu mrk kata baginda pendusta dan gila kerana, dgn mata kasar kita nampak gunung2 tidak bergerak, statik di tempatnya. Tapi sekrang alhamdulillah, Allah telah perlihatkan bayyinat bukti kekuasaanNya dan saintis telah membuktikan bahwa bumi terdiri dari 7 plet besar yg sentiasa bergerak sperti awan-awan bergerak. Pertembungan plet bumi Asia dan plet bumi Eropah telah menyebabkan terjadinya gunung perbanjaran himalaya. Proses pergerakan plet bumi ini terus berlaku dan dibuktikan bhw ada gunung yg makin tinggi dan kejadian gempa bumi juga akibat pertembungan plet2 bumi ini. SUBHANALLAH ! Adakah Muhammad gila? adakah Muhammad mengadakan cerita rekaan perihal kejadian langit dan bumi ini? Ini mustahil dapat diceritakan oleh manusia yg bernama Muhammad yg ummi, buta huruf yg tidak pernah membaca kitab2 ilmu Rumawi, Persia dan Yunani.
Inilah dia kebenaran AL QURAN ! Kata2 Allah yg diturunkan melalui wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Maka apakah kamu masih mendustakan bahawa Al Quran itu BENAR? Muhammad saw itu BENAR? dan ALLAH itu WUJUD!! ??? Tanya diri, tepuk dada, tanya iman kita...cukup yakinkah kita. Yg sudah yakin alhamdulillah, yg masih kurang yakin dan masih ragu2 maka istighfarlah dan berdoalah dgn ikhlas agar dibukakan mata hati untuk melihat kebenaran Allah, Islam, Al Quran dan para rasulnya terutama Nabi Muhammad saw.
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (Al Ghafir : 60)
Alhamdulillah program esq ini telah membuka mata hatiku. Dah lama aku cari ilmu utk lebih mengenal siapa diri ku ini? Siapa Allah? Maka alhamdulillah, dgn kaedah esq, maka terbuka mata hati aku yg buta agar dapat lihat dunia ini dgn pandangan mata hati bukan dgn pandangan mata yg selalu menipu kita. Apabila mata hati kita terbuka maka ia akan membimbing suara hati untuk melakukan perkara kebaikan dan mulia menurut Asmaul Husna.
Esq hanyalah training atau kaedah yg menggunakan audio , visual dan penyampaian Fascilitator yg amat menarik. Menggunakan teknologi sound system yg canggih dan presentation grafik yg menarik telah membuka sekurang-kurangnya 4 pancaindera kita utk memahami ayat2 Allah, utk mengakui bukti2 kebenaran ayat2 Allah serta Hadis Rasulullah saw. Setelah semua deria terangsang, maka insya Allah, jika ikhlas Allah akan bukakan pintu hati kita lalu kita akan nampak lebih jauh dan lebih dalam lagi. Setiap org pasti dgn pengalaman masing2 kerana pandangan hati setiap org berbeza dan semuanya menurut hidayah dan kehendak Allah. Apabila terbuka pandangan hati, terdengar rasa suara hati kita yg begitu dekat dgn Zat2 Allah (Asmaul Husna) maka tidak hairanlah maka akan gementarlah hati kita apabila mendengar ayat2 Allah. Maka berjujuranlah air mata tanpa disedari kerana gementarnya hati. Begitu hebatnya mukjizat Al Quran, ALLAHUAKBAR !
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal, (Al Anfal :2)
Tadi sewaktu driving ke tempat kerja lebih kurang pukul 8 pagi, terlihat suasana pagi waktu Dhuha , sinar cahayanya indah, redup dan sedap mata memandang serta tidak terik. Masya Allah, Allah beri aku dpt merasakan bahawa itu bukan cahaya matahari tapi itu adalah dari An Nuur (Maha Pemeberi Cahaya - nama Allah). Lalu aku tersedar yg aku bernafas dgn udara. Bukan udara yg berikan kita kehidupan tapi Al Hayy ( Allah yg Maha Pemberi Kehidupan). Subhanallah maha suci Allah, berjujuran lagi air mata kerana terasa kebesaran Allah, gementar hati ini lagi. Tapi tak taulah berapa lama kita akan sedar, berapa lama kita akan dapt nikmat merasai zat2 Allah. Walaupun hanya sedikit yg dirasai tapi nikmatnya tak tergambarkan.
Manusia ni selalu lupa dan alpa termasuklah diri aku sendiri. Mudah2an ya Allah, kau tetapkan iman kami dan anugerahkanlah kami perasaan cinta dan kasih kami kepada Mu ya Allah dan Rasulullah saw mengatasi segala sesuatu di dunia ini.
So kawan2ku yg dikasihi, byk rasanya aku nak kongsi pengalaman tapi aku tak pandai nak terangkan. Aziran dan Fakran pasti faham dgn apa yg aku ceritakan ini. Jadi why not, cubalah attend seminar esq165 ini at least once . it is a lifetime investment that you will never regret. Yg penting ikhlas dan kosongkan hati serta jgn berburuk sangka (dtg dgn perspesi zero), insya Allah Allah akan bukan mata hati kita atau suara hati kita. I dont get anything for promoting this but aku hanya mengharapkan redha Allah atas usaha aku yg sgt sedikit ini.
Ada seorang hamba Allah , mat saleh dari New Zealand yg baru 3 thn memeluk Islam, kurang faham bahasa Melayu tapi Masya ALlah, Allah buka pintu hati beliau, beliau faham melalui mata hati beliau yg tidak perlu faham pada bahasa Melayu. Kefahaman yg Allah beri direct pada diri dia, byk sesi yg dia breakdown dan berjujuran airmata kerana gementarnya hati beliau juga bila dibacakan ayat2 Allah. Subhanallah, tak faham bahasa Melayu tapi faham ayat2 Allah melalui suara hati. Inilah mukjizat Al Quran.
Jika ada yg mencari penyelesaian masalah rumahtangga, masalah tempat kerja, masalah hutang, masalah anak2 dan apa2 masalahlah maka insya Allah, kamu akan temui jawapannya dgn hati kamu bukan minda kamu, melalui mukjizat alQuran, keindahan Asmaul Husna. Terima kasih Allah kerana telah mengilhamkan program ESQ165 kepada seseorang utk dikembangkan kepada org lain. To me, this is one modern way cabang ilmu tasawuf dalam usaha mengenal diri untuk membina karakter yg cemerlang seperti para Sahabat yg dididik oleh Rasulullah saw melalui Al Quran.
Ada orang bertaqarrub dgn Allah melalui pelbagai cabang ilmu tasawuf, ada yg bertarikat, ada yg beriktikaf dan pelbagai cara lagi asalkan menepati syariat. Utk yg maybe busy dgn kehidupan seharian or for some professionals that need a short course but can give a significant impact then why not try this one. Hidayah dan petunjuk seseungguhnya dari Allah swt maka apapun pekerjaan atau ilmu yg kita cari, pastikan keikhlasan wujud di hati.
Yg baik dari Allah, yg buruk itu dari diriku sendiri. Harap maaf.
Wallahu'alam bissawab wassalam.

Thursday, November 20, 2008

Penceramah yg mencaci orang lain di masjid dan surau

Salam,
Terima kasih di atas komentar saudara "Anonymous" seperti berikut:
Minta komen atau ulasan bagi pemimpin-pemimpin islam yang menggunakan masjid dan surau atau ceramah2 agama untuk mencaci maki orang islam sendiri yang berlainan parti (banyak terdapat di Kelantan, amat mengecewakan... ) dalam masa yang sama menyanjung bangsa lain yg bukan islam yang sependapat dan sealiran dengan mereka.
Berikut pandangan saya: Membincangkan hal2 politik, kenegaraan, pentadbiran, muamalat, munakahat atau apapun perkara yg bermanfaat di masjid adalah diharuskan dan ini juga sunnah Rasulullah saw. Perkara besar pertama yg Rasulullah saw lakukan selepas tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah adalah membina masjid di Quba dan memulakan perancangan di sana. Kemudian di Madinah, Rasulullah melakukan perancangan & pentadbiran jamaah serta negara juga di masjid. Politik adalah perkara2 yg melibatkan hal-hal pentadbiran dan administration negara, negeri, daerah ataupun lokaliti setempat.
Jadi tidak ada salahnya jika penceramah membincangkan hal-hal politik di masjid . Yang menjadi masalah dan mungkin rasa kurang selesa sesetengah pengunjung masjid adalah kerana ada penceramah yang agak lantang sehingga mungkin memaki atau mencerca sesetengah individu ataupun parti. Penceramah sepatutnya berhikmah dlam berbicara dan berceramah kerana mereka ini adalah "ustaz-ustaz" dan sepatutnya menjadi role model di dalam masyarakat.
Wajib untuk membuat teguran terhadap salah-laku pemimpin negara, begitu juga kumpulan, parti atau jamaah jika jelas buktinya. Ini adalah termasuk di dalam perkara Amar Maaruf Nahi Mungkar yang mana tahap teguran mengikut kemampuan diri masing2 sebagaimana Hadis Rasulullah saw:
"Jika kamu melihat kemungkaran, maka kamu tegahlah dgn tangan (kuasa) kamu, jika tidak mampu, kamu tegahlah dgn lisan, dan jika tidak mampu maka kamu bencilah di dalam hati kamu, sesungguhnya ini adalah selemah-lemah iman"
Tapi biarlah cara menegur dgn cara yg berlemah lembut dan berhikmah. Contohilah Rasulullah saw dan hidupkanlah sifat "Al Latif" (Maha Lembut atau Maha Penyantun) yg Allah tiupkan di dalam hati setiap manusia. Jika kita isikan hati kita ini dgn sifat2 syaitan, sifat pemarah, sifat pengdengki maka, akan hilanglah sinar di hati kita, lalu menjadi pudar dan mudah2an tidak terus menjadi gelap.
Memuji bangsa lain yg bukan Islam dalam ceramah di masjid adalah harus dan tidak menjadi kesalahan. Orang2 bukan Islam juga ada ramai yg punyai keperibadian yg baik, malah ada yg lebih baik dari sesetengah perangai orang Islam sendiri tapi mereka tidak mendapat hidayah Allah, maka inilah yg menjadi kerugian kepada mereka. Jadi apakah peranan kita??
Kita kalau mengaku diri kita beriman maka kita wajib menjadi khalifah utk membawa keadilan kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Tidak kasihankan kita kepada mereka yg bukan Islam yg belum merasai nikmat Iman. Apakah tugas kita? Mereka itu mungkin sahabat2 kita di pejabat, sekolah, universiti ataupun jiran tetangga. Maka, wajib bagi kita menjadi role model dgn keperibadian Islam yg sejati dan jelaskan nilai-nilai Islam yg sebenar. Islam yg membawa keadilan dan keamanan kepada semua.
Jiwailah sikap Rasulullah saw. Teringat saya suatu kisah baginda ketika di Mekah sebelum Hijrah.
Ada seorang tua yg buta yg sentiasa mengumpat dan menghina Rasulullah saw setiap kali baginda melalui pasar di Mekah. Orng tua yg buta akan mengatakan : "Hei Muhammad yg gila, yg bodh dan sebagainya (wallahu'alam)" Rasulullah saw hanya diam dan bersabar, tidak baginda marah atau mengherdik org tua itu. Hingalah pada suatu hari apabila baginda melalui pasar tersebut, baginda dapati org tua itu tiada lalu baginda bertanya pada sahabat dimanakah org tua yg selalu nenghina dan mengumpat aku itu. Sahabat pun menjawab yg org tua itu sedang sakit di rumahnya.
Lalu Rasulullah saw pun membelikan roti dan pergi ke rumah org tua itu. Baginda memberi salam lalu org tua itu bertanya: "Siapakah kamu yg datang ke rumahku?". Rasulullah menjawab:" Aku adalah Muhammad" . Org tua itu menjawab: " Adakah kamu datang untuk membalas dendam kepadaku?" Rasulullah menjawab: "Tidak. Aku datang utk menziarahimu kerana aku dengar kamu sedang sakit". Lalu, org tua itu membenarkan Rasulullah saw masuk ke rumahnya lalu baginda memberikan roti kepada org tua itu sebagai buah tangan. Orang tua itu terus menangis dan mengatakan, "Ya Muhammad, engkaulah org yg pertama yg menziarahi aku sedangkan tidak ada seorangpun ahli keluarga yg datang melihatku sedangkan engkau aku hina dan caci setiap hari. Sungguh mulia hati kau ya Muhammad maka aku beriman dgn kamu dan tuhan kamu Allah swt" . Subhanallah, lihatlah betapa mulianya sifat Rasulullah saw yang mengasihi seluruh manusia tidak kira muslim atau pun non-muslim. Bagaimana dgn diri kita?
Di Malaysia ini, hukum yang tertinggi bukannya hukum Al Quran, Perlembagaan Malaysia yg menjadi pegangan, undang-undang yg diolah dan dicipta oleh manusia maka terdapat byk kelemahan. Orang yang bersalah boleh terlepas, orang yg tak berdosa dihukum dan pelbagai lagi masalah-masalah ketidakadilan akan berlaku. Maka menjadi kewajipan bagi setiap muslimin untuk menegakkan AdDiin Al Islam dan memertabatkan hukum-hukum Al Quran. Berusahalah mengikut kemampuan masing-masing. Yg selesa berpolitik , maka berpolitiklah dgn cara berhikmah, yg selesa berdakwah dgn cara tersendiri, maka berdakwahlah dgn cara yg dirasakan sesuai. Dengan keikhlasan, Insya Allah setiap usaha pasti mendapat keredhaan Allah. Wajib bagi kita tahu tujuan hidup kita dan kemana arah tuju kita agar mati kelak, kita mampu menjawab soalan2 Allah melalui malaikat-malaikatnya.
Siapa Aku ? Aku adalah Hamba Allah yg Lemah dan Hina
Apa tujuan hidupku ? Tujuan hidupku untuk Allah
Vision besar yg patut kita tuju ? Mengharapkan pertemuan dgn Allah swt di syurga
Wallahu'alam.