Thursday, November 20, 2008

Penceramah yg mencaci orang lain di masjid dan surau

Salam,
Terima kasih di atas komentar saudara "Anonymous" seperti berikut:
Minta komen atau ulasan bagi pemimpin-pemimpin islam yang menggunakan masjid dan surau atau ceramah2 agama untuk mencaci maki orang islam sendiri yang berlainan parti (banyak terdapat di Kelantan, amat mengecewakan... ) dalam masa yang sama menyanjung bangsa lain yg bukan islam yang sependapat dan sealiran dengan mereka.
Berikut pandangan saya: Membincangkan hal2 politik, kenegaraan, pentadbiran, muamalat, munakahat atau apapun perkara yg bermanfaat di masjid adalah diharuskan dan ini juga sunnah Rasulullah saw. Perkara besar pertama yg Rasulullah saw lakukan selepas tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah adalah membina masjid di Quba dan memulakan perancangan di sana. Kemudian di Madinah, Rasulullah melakukan perancangan & pentadbiran jamaah serta negara juga di masjid. Politik adalah perkara2 yg melibatkan hal-hal pentadbiran dan administration negara, negeri, daerah ataupun lokaliti setempat.
Jadi tidak ada salahnya jika penceramah membincangkan hal-hal politik di masjid . Yang menjadi masalah dan mungkin rasa kurang selesa sesetengah pengunjung masjid adalah kerana ada penceramah yang agak lantang sehingga mungkin memaki atau mencerca sesetengah individu ataupun parti. Penceramah sepatutnya berhikmah dlam berbicara dan berceramah kerana mereka ini adalah "ustaz-ustaz" dan sepatutnya menjadi role model di dalam masyarakat.
Wajib untuk membuat teguran terhadap salah-laku pemimpin negara, begitu juga kumpulan, parti atau jamaah jika jelas buktinya. Ini adalah termasuk di dalam perkara Amar Maaruf Nahi Mungkar yang mana tahap teguran mengikut kemampuan diri masing2 sebagaimana Hadis Rasulullah saw:
"Jika kamu melihat kemungkaran, maka kamu tegahlah dgn tangan (kuasa) kamu, jika tidak mampu, kamu tegahlah dgn lisan, dan jika tidak mampu maka kamu bencilah di dalam hati kamu, sesungguhnya ini adalah selemah-lemah iman"
Tapi biarlah cara menegur dgn cara yg berlemah lembut dan berhikmah. Contohilah Rasulullah saw dan hidupkanlah sifat "Al Latif" (Maha Lembut atau Maha Penyantun) yg Allah tiupkan di dalam hati setiap manusia. Jika kita isikan hati kita ini dgn sifat2 syaitan, sifat pemarah, sifat pengdengki maka, akan hilanglah sinar di hati kita, lalu menjadi pudar dan mudah2an tidak terus menjadi gelap.
Memuji bangsa lain yg bukan Islam dalam ceramah di masjid adalah harus dan tidak menjadi kesalahan. Orang2 bukan Islam juga ada ramai yg punyai keperibadian yg baik, malah ada yg lebih baik dari sesetengah perangai orang Islam sendiri tapi mereka tidak mendapat hidayah Allah, maka inilah yg menjadi kerugian kepada mereka. Jadi apakah peranan kita??
Kita kalau mengaku diri kita beriman maka kita wajib menjadi khalifah utk membawa keadilan kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Tidak kasihankan kita kepada mereka yg bukan Islam yg belum merasai nikmat Iman. Apakah tugas kita? Mereka itu mungkin sahabat2 kita di pejabat, sekolah, universiti ataupun jiran tetangga. Maka, wajib bagi kita menjadi role model dgn keperibadian Islam yg sejati dan jelaskan nilai-nilai Islam yg sebenar. Islam yg membawa keadilan dan keamanan kepada semua.
Jiwailah sikap Rasulullah saw. Teringat saya suatu kisah baginda ketika di Mekah sebelum Hijrah.
Ada seorang tua yg buta yg sentiasa mengumpat dan menghina Rasulullah saw setiap kali baginda melalui pasar di Mekah. Orng tua yg buta akan mengatakan : "Hei Muhammad yg gila, yg bodh dan sebagainya (wallahu'alam)" Rasulullah saw hanya diam dan bersabar, tidak baginda marah atau mengherdik org tua itu. Hingalah pada suatu hari apabila baginda melalui pasar tersebut, baginda dapati org tua itu tiada lalu baginda bertanya pada sahabat dimanakah org tua yg selalu nenghina dan mengumpat aku itu. Sahabat pun menjawab yg org tua itu sedang sakit di rumahnya.
Lalu Rasulullah saw pun membelikan roti dan pergi ke rumah org tua itu. Baginda memberi salam lalu org tua itu bertanya: "Siapakah kamu yg datang ke rumahku?". Rasulullah menjawab:" Aku adalah Muhammad" . Org tua itu menjawab: " Adakah kamu datang untuk membalas dendam kepadaku?" Rasulullah menjawab: "Tidak. Aku datang utk menziarahimu kerana aku dengar kamu sedang sakit". Lalu, org tua itu membenarkan Rasulullah saw masuk ke rumahnya lalu baginda memberikan roti kepada org tua itu sebagai buah tangan. Orang tua itu terus menangis dan mengatakan, "Ya Muhammad, engkaulah org yg pertama yg menziarahi aku sedangkan tidak ada seorangpun ahli keluarga yg datang melihatku sedangkan engkau aku hina dan caci setiap hari. Sungguh mulia hati kau ya Muhammad maka aku beriman dgn kamu dan tuhan kamu Allah swt" . Subhanallah, lihatlah betapa mulianya sifat Rasulullah saw yang mengasihi seluruh manusia tidak kira muslim atau pun non-muslim. Bagaimana dgn diri kita?
Di Malaysia ini, hukum yang tertinggi bukannya hukum Al Quran, Perlembagaan Malaysia yg menjadi pegangan, undang-undang yg diolah dan dicipta oleh manusia maka terdapat byk kelemahan. Orang yang bersalah boleh terlepas, orang yg tak berdosa dihukum dan pelbagai lagi masalah-masalah ketidakadilan akan berlaku. Maka menjadi kewajipan bagi setiap muslimin untuk menegakkan AdDiin Al Islam dan memertabatkan hukum-hukum Al Quran. Berusahalah mengikut kemampuan masing-masing. Yg selesa berpolitik , maka berpolitiklah dgn cara berhikmah, yg selesa berdakwah dgn cara tersendiri, maka berdakwahlah dgn cara yg dirasakan sesuai. Dengan keikhlasan, Insya Allah setiap usaha pasti mendapat keredhaan Allah. Wajib bagi kita tahu tujuan hidup kita dan kemana arah tuju kita agar mati kelak, kita mampu menjawab soalan2 Allah melalui malaikat-malaikatnya.
Siapa Aku ? Aku adalah Hamba Allah yg Lemah dan Hina
Apa tujuan hidupku ? Tujuan hidupku untuk Allah
Vision besar yg patut kita tuju ? Mengharapkan pertemuan dgn Allah swt di syurga
Wallahu'alam.

No comments: