Baru2 ini kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang meragut beberapa nyawa dan menyebabkan ratusan or ribuan yang hilang atau bakal hilang tempat kediaman. Di sebalik kesedihan mangsa, terdengar macam2 cerita. Kononnya, ada wakil rakyat yg cuma melawat tmpt operasi geng parti dia jelah, ada lak wakil rakyat parti lain yg lebih prihatin kononnya. Ada pulak cerita kononnya pasukan keselamatan ambil kesempatan curi harta2 mangsa dan macam-macam lagi.Tragedi ni pun banyak dikaitkan dengan kesalahan pihak kerajaan negeri yg lepas yg beri kelulusan kepada developers yg rakus mengaut keuntungan. Ada pulak yg salahkan pembeli sebab tak ambil iktibar dari peristiwa Highland Towers. Begitu juga kerajaan yg tak ambil iktibar dgn peristiwa yg meragut 48 nyawa dulu. Salah pembeli atau salah kerajaan atau developer? Kalau tiada rumah yg dibangunkan untuk dijual maka, tiadalah pembeli. Jika tiada kelulusan yg diberikan oleh kerajaan tempatan , maka tiadalah developer yg "rakus" untuk bina projek perumahan. Wallahu'alam. Hanya Allah yg lebih mengetahui. Kita manusia hanya pandai2 mengagak-ngagak dan menambah-nambah cerita atau memanipulasi cerita. Astagfirullah jika kita terlibat sama. Apa-apapun, yg benar tetap benar, yg palsu tetap palsu.
Anyway, apa yg nak saya sampaikan hanyalah berupa peringatan bersama untuk diri sendiri dan kawan2 dikasihi sekelian. Di sebalik kejadian tanah runtuh yg berlaku di Bukit Antarabangsa dan juga kekerapan tanah runtuh yang berlaku di tempat2 lain baik di Malaysia, juga di negara2 lain, sedarkah kita dan pernah kah kita bertanya yg semua kejadian ini berlaku atas sebab apa? Adakah kerana hukum alam, atau kononnya natural disaster? Adakah kerana sebab manusia yg suka melakukan kerosakan di muka bumi ataupun kehendak dan aturan dari Pencipta sekalian alam dan makhluk, Allah swt? Dibawah ini akan saya huraikan beberapa ayat2 Al Quran sebagai peringatan dan mengubah tanggapan kita kepada perspektif yang lebih jelas dan pastinya Haq atau Benar.
Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Naml : 88)
Sesungguhnya gunung-gunung kita ini bergerak seperti awan dan telah diceritakan oleh Muhammad saw melalui AlQuran dari Allah swt. Kalau sebelum ini , pasti manusia tak percaya ayat Allah ini sebab mereka nampak gunung2 ni statik tak bergerak tapi sekarang, pakar geologi dan saintis telah membuktikan bahawa memang benar gunung2 di bumi sentiasa bergerak perlahan2 seperti awan yg bergerak.
Geologist mendapati bahawa bumi ini terdiri dari 7 plet besar dan beberapa plet2 kecil. Plet-plet ini dikenali sbg "Techtonic plates". Benua-benua yang ada , sebahagiannya adalah berasal dari benua yang satu dan bercantum tapi terpisah akibat pergerakan gunung2 dan plet2 bumi ini. Banjaran Himalaya terbentuk adalah hasil daripada pertembungan plet bumi India and plet Eurasia. Teori-teori tentang pergerakan plet2 bumi ini dan juga "seafloor spreading" ini telah mula ditemui pada tahun 1960-an oleh beberapa tokoh geologist seperti Alfred Wegener dan Harry Hess juga yang lain-lain.
Satu bukti yang nyata tentang pergerakan gunung2 ini dan juga pergerakan plet2 bumi ini adalah peningkatan ketinggian Gunung Everest seperti artikel yang dipetik dari Thinkquest Library dibawah:
The highest mountain on the planet, Mount Everest is growing two inches taller each year. Satellite technology says the mountain is currently 29,107 feet tall. The British government in the 1800's thought the height was 29,002 feet. In 1954 the Indian government said it's 29,028 feet (thinkquest library)
Allahuakbar dan Maha Suci Allah !! Bayangkanlah bagaimana tingginya iman para sahabat yang yakin dan percaya sepenuhnya apabila Rasulullah membacakan ayat 88 dari surah An Naml di atas. Kita bagaimana? Masihkah ragu2 tentang kebenaran Al Quran dan Rasulullah saw sedangkan sudah banyak penemuan sains yang mebuktikan tentang kejadian alam dan telah diceritakan di dalam Al Quran 1400 tahun yang dahulu. Para sahabat yakin sepenuhnya tanpa melihat bukti2 yg kita ketahui sekarang. Tepuk dada, tanyalah iman kita bagaimana?
Sesungguhnya bumi ini dicipta dan diatur oleh Allah swt dan pergerakan gunung2 dan plet2 bumi ini sememangnya melalui proses dan aturan yg telah ditentukan oleh Allah swt. Kejadian gempa bumi , tanah runtuh, gunung berapi yang makin kerap berlaku ini adalah kerana plet2 besar bumi yang makin rapat dan makin kerap berselisih dan bertindih antara satu sama lain. Adakah ini bermakna kiamat sudah makin hampir ? Wallahu'alam!
Disebalik kejadian proses alam yg ditentukan Allah sbg Robb atau bermaksud Pengatur ini, manusia juga rakus melakukan kerosakan di muka bumi ini maka mempercepatkan lagi proses kehancurannya.
Dan gunung-gunung dipancangkan-Nya dengan teguh(sebagai pasak yang menetapkannya),(semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. (An Naaziat: 32-33)
Firman Allah di atas jelas menyatakan bahawa gunung2 ini diciptakan sebagai pasak bumi untuk menetapkan dan menstabilkan bumi ini dgn tujuan untuk kesenangan mu (manusia) dan binatang2 ternakan kita. Tapi apa yg terjadi, manusia rakus membotakkan bukit dan gunung, menghancurkan gunung untuk kepentingan materialistik manusia semata-mata. Maka apakah manusia tidak seharusnya dipertanggungjawabkan di atas segala kerosakan di muka bumi ini ? Adakah manusia tidak bersalah di sebalik segala kejadian tanah runtuh , gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya?? Adakah manusia hanya tahu menyalahkan kononnya ini semua hukum alam, "natural disaster" dan ada juga manusia angkuh yg berani menyalahkan Tuhan tanpa pernah insaf dan berfikir bahawa ini semua adalah salah manusia sendiri. Persoalan ini telah pun Allah jawab melalui firman-firmanNya di bawah:
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sadar. (Al Baqarah: 11-12)
Ayat di atas, menjelaskan apabila bahawa apabila Allah menyuruh jgn melakukan kerosakan di muka bumi ini, maka mereka menjawab yg mereka berbuat kebaikan padahal mereka bohong dan tidak sedar. Kalau gunung yang ditarah untuk buat perumahan kononnya untuk kebaikan , maka tanpa disedari mereka sebenarnya, merosakkan muka bumi demi kepentingan materialistik dan wang ringgit mereka. Tanah yang sudah digazetkan sebagai kawasan tadahan dan hutan simpan pun sanggup mereka khianati, inikan pula kawasan2 yang lain yg "terlepas pandang" oleh pihak2 berkuasa tertentu.
Telah timbul kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar Ruum : 41)
Maka kita kembalilah kepada Allah dan insaflah dan janganlah kita menjadi salah seorang manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi ini baik dari segi kebendaan mahupun dari segi akhlak. Lihatlah saranan Allah seperti ayatNya di bawah
.......dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman". (Al A'raaf:85)
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al A'raaf:56)
Maka berdoalah kita kepada Allah agar memperbaiki akhlak kita, agar Allah mengurniakan kita rasa cinta dan kasih yang paling utama kepadaNya, agar Allah pelihara iman kita, agar Allah masih dan terus menyayangi kita.
Amiin..amiin..ya Robbanal 'Alamiin.
Wallahu'alam bissawab.
No comments:
Post a Comment