Friday, October 24, 2008

Memertabatkan bangsa Melayu melalui pendekatan Islam

Salam
Lama gak tak ngomel2 perihal isu islam dan melayu dan tetiba gatal akal pulak nak buat nukilan rasa lagi (my blog title). Now, tgh musim sibuk org2 UMNO berkempen utk merebut jawatan2 besar dlm parti. Masing2 claim diorang lah yg bagus, yg bersemangat, pejuang sejati untuk memertabatkan bangsa Melayu. Malangnya, amat kurang atau tiada langsung calon yg melaungkan Islam sebagai kaedah, Islam sebagai methodology untuk memertabatkan bangsa Melayu dan Islam lah jawapan sebenar kepada perpaduan bangsa Melayu.
Mari kite renungi semula zaman Rasulullah saw. Baginda telah membawa Islam dan menjadikan Islam sebagai Addiin, cara hidup atau the way of life bangsa Arab pada masa itu. Bangsa Arab yg sebelumnya tidak glamer, tidak maju seperti bangsa Parsi atau Rumawi, bangsa Arab bangsa yang Barbar dan Jahil, hidup penuh dgn suka-ria, menanam anak perempuan hidup-hidup, perempuan hanya dijadikan pemuas nafsu, arak jadi minuman rasmi dan macam2 keburukan lagi. Apabila Rasulullah membawa wahyu Ilahi atas nama Islam berteraskan Al Quran dan sunnah baginda sendiri maka bangsa Arab jadi gilang-gemilang, disegani seluruh dunia, menjadi sebutan merata-rata. Gedung ilmu bangsa Arab yg pertama di Baghdad menjadi gedung ilmu pertama di dunia, menjadi rujukan seluruh umat dunia, menjadi angan2 bangsa Rumawi, Parsi, Yahudi, Cina, India dan lain2 utk belajar di Baghdad. Tamadun dan ilmu Yunani yg terkenal tenggelam oleh rancaknya perkembangan ilmu Islam. Islam lah jawapan kepada ppermasalahan setiap bangsa dan umat. Jika Palestin tercari2 jati diri bangsa dan kemerdekaan, maka Islam lah jawapannya, jika bangsa Moro bersengketa mencari kemerdekaan dan kegemilangan, maka Islam lah jawapannya, bukannya sengketa antara MILF dan MNLF yg taksub dgn matlamat dan identiti kumpulan masing-masing.
Di Malaysia, masyarakat yg majmuk terdiri dari 3 komponen utama bangsa Melayu, Cina dan India. Masing-masing ada kekuatan dan keunikan tersendiri yang jika digabungkan, tak mustahil Malaysia menjadi negara maju dan makmur yg disegani tapi bagaimana? Islamlah jawapannya. Jika Melayu melalui pelbagai kumpulan NGO dan parti (UMNO ataupun PAS atau PKR atau apa pun) jadikan ISlam sebagai landasan maka Melayu pasti maju. Melayu mest berubah secara proaktif bukan reaktif. Ia mesti bermula dari dalam diri (inside out), lalu dimantapkan keyakinan diri untuk membentuk pandangan alam (worldview) yg jelas , maka akhirnya akan terbentuklah "value base" asas nilai diri yang kuat dan jitu. Wahai pemimpin2 Melayu , baik di NGO, baik di UMNO, PAS, PKR atau di mana saja..........Islamkan diri anda, jadikan Islam harakah perjuangan mu, jadikan Redha Allah matlamat mu maka semua bangsa dan umat pasti gembira. Tinggalkanlah kepentingan kuasa dan materialistik, ego dan angkuh serta sombong. Kita ini terlalu kerdil di pandangan Allah swt. Dunia ini hanya mainan, terlalu singkat dan jambatan ke dunia Akhirat yg kekal. Kembalilah berjuang untuk Islam , nescaya martabat bangsa jadi gemilang dan terbilang, keadilan pasti terlaksana, kegembiraan bagi semua bangsa. Tidak ada sistem manusia yg lebih baik dari sistem Islam, sistem yg dicipta dan disusun sendiri oleh Pencipta sekalian alam dan makhluk, Allah subhana wataala.
Di bawah ini, di selitkan pandangan kawan sepejabatku sebagai tambahan untuk renungan.

Actually there's got nothing to do with Malay or non-Malay. Indeed Allah has created the races so that we could know each other (for different culture) but certainly not for the purpose of racism. One Hadith narrated that "a racist (assobiyah) will not enter Paradise". (May Allah forgive us if we had leaned towards this once a while). The truth is each race has its own unique values, off-course being human with some shortcomings as well. As examples Arabs are known for their valour, Chinese for their hardworking, Indians for their great thinking and Malays for their soft characters. To Allah what matters is all the races believe in Him. Hence there're only two groups – 1) believer (ie Muslim) and 2) non-believer (ie non-Muslim). Allah for His fairness and justice allow all His created races to potentially become the Muslims. Then the Muslims should sympathize the non-Muslim for not yet believe in Allah where if they die in that condition, ie without "Iman", they'll go straight to the hell forever. For that matter the Muslim should invite others to the fold of Islam. The invitation (Da'wah) should be thru passionate and affectionate approach as set by our beloved prophet Muhammad SAW.
Unfortunately among the Muslim there's also subgroup within it, that is good Muslim (true believer) and non-good Muslim. As promised by Allah SWT, Allah will only help the true-believers and as for the remaining Allah will just let them be on their own. Allah said "If Allah help you (the believers) who can defeat you?, but if Allah forsake you (the believers) who else can help you?". So we will only be great and triumph if Allah helps us. To justify for the support and assistance from Allah, the Muslims must obey all His commandment including doing da'wah to others. Similarly Malay Muslims will only be great if they're being helped by Allah SWT.
Regretfully we've being hearing about the claims highlighting the non-good qualities of Malays. This kind talking and thinking over the time has impacted the psychology of Malay people as a whole that they always have to be remained 'underdog'. Pity on Malays! In fact Malays should capitalize their good qualities and emerge from their cocoon to become one day - Leaders of the world. One hadith narrated, that "In the last era, Islam will rise from the eastern part…". Who knows that this rising could due to Malay-muslim that being helped by their Mighty Allah. I personally have a lot of hope for this!

Thanks for your inputs my dear friend, Bro KA. Jazakallah.
Wassalam

Wednesday, October 22, 2008

Suami mualaf meninggal dunia, nasib si isteri dan 3 anak

Salam
Just nak share something sbg teladan dan ingatan utk kita semua especially to myself.Malam tadi, aku dgn beberapa ajk surau taman perumahan kitorang menziarahi seorang balu yg baru kematian suami 10 hari yg lalu. Tujuan adalah utk berbincang mengenai masalah yg beliau hadapi. Sebagai jiran tetangga, adalah menjadi kewajipan (fardu kifayah) utk kita mengambil berat perihal masalah jiran tetangga baik muslim ataupun non-muslim. Kehadiran wakil wanita ABIM dan wakil Majlis Perwakilan Penduduk kerajaan baru Selangor pun hadir sama.
Suaminya yg baru meninggal dunia adalah seorang mualaf yg sudah beberapa tahun memeluk Islam (asalnya Cina Budha). Beliau meninggalkan seorang isteri yg tak bekerja dan 3 org anak (umur 7 thn, 6 thn dan 1 setengah tahun). Balunya pulak mengandung 7 bulan lebih. Suaminya tidak ada pekerjaan tetap, hanya berniaga seperti jadi broker tanah, projek etc. so tiada pendapatan tetap. Balunya pun tak tau apa aset yg ada, yg dia tahu simpanan tiada and adalah kereta peninggalan arwah. Now dia hadapi masalah nak bayar sewa rumah utk bulan depan & seterusnya. Duit yg ada cukup utk belanja harian maybe for few weeks je. Balu ni org terengganu dan keluarganya pun susah dan tak mampu nak sara hidup diorang. Infact, mak dia plan nak pindah and duduk sama dgn dia sekali utk tolong tgkkan cucu2nya. Adik masih ada 2 org tp masih bersekolah.
Keluarga suami pula lately kerap ke rumah desak si balu ni tinggal dgn dia ataupun cucu2nye sahaja. Atuk&nenek adalah cina budha insist utk bela cucu2 mereka ini. Perkara ini yg merisaukan kita kerana ini menyentuh masalah akidah anak2 yg masih kecil. Bila tgk nasib anak2 ni, memang aku rasa sedih. Anak laki yg umur 6 thn tu punyalah ramah, bila kitorang dtg tu, dia yg sambut kat pintu bagi salam and terus salam cium tgn semua tetamu yg hadir. Tgk gaya, bagus didikan yg diterapkan pada anak ini. Yg si kakak pula kat dlm bilik dgn si kecil. Baru duduk bebrapa minit, anak laki tadi datang ke salah seorang ajk surau, terus duduk atas riba dan manjakan diri. Allahu Akbar, sedih nya aku rasa, memang bergenang air mata membayangkan kerinduan dia pada ayahnya. Tak lama kemudian si kakak keluar dari bilik dgn adik kecilnya yg baru bangun tidur. Makin terharu bila tgk wajah anak2 ini.
Oklah dipendekkan cerita, alhamdulillah ada seorang antara kami yg volunteer nak tlg bayarkan sewa RM900 sebulan until end of year sbb nak tunggu si balu ni bersalin dan fikirkan options utk bantuan bagi keluarga beliau. Wakil ABIM pula offer rumah lindungan somewhere di Klang yg mana anak2 dekat dgn sekolah biasa dan juga sekolah tahfiz. Rumah lindungan ni utk sementara until si balu dpt berdikari dan mencari rezeki sendiri. Training dan kursus usahawan melalui pusat zakat akan diberikan. Ada sorang lagi volunteer utk semak perihal aset si arwah dan peninggalan yg ada utk warisnya. Di sini berlaku pertembungan tuntutan harta dari keluarga arwah yg bukan muslim dan tuntutan harta mengikut faraid. Insya Allah, wakil MPP dan kita sendiri akan berusaha bantu dlm hal ini. Nasihat dari imam kami, ustaz Dr Zaki kepada si balu agar terus berbuat baik dgn mertua kerana bapa&ibu mertua adalah seperti bapa&ibu sendiri juga dan mereka ada hak utk menjenguk cucu2 mereka.
Sbg pengajaran, pada kita yg hidup ni terutama ketua keluarga, pastikanlah harta atau duit terurus dan diketahui oleh isteri dan anak2 kita agar kalau kita mati, mereka tidak dalam kesusahan. Ajal dan maut datang bila2 masa saja tanpa kita sedari. Si arwah yg baru meninggal dunia ini baru berusia 36 tahun akibat serangan jantung. Moga Allah cucuri rahmatNya kepada beliau.
2 hari selepas kematian arwah ni, ada lagi satu kematian di perumahan kami. Orgnya masih muda juga berusia 41 thn akibat sakit kanser. Rumah besar, renovated and baru je tinggal beberapa minggu. Belum puas lagi rasanya nak duduk di rumah baru yg serba mewah dan cantik, Allah dah tarik nyawa. Begitulah perjalanan kita di dunia yg sementara ini. Malang sekali, bila berlaku kematian dan ramai org dtg ziarah ke rumah , ada jiran yg terdekat sangkakan open house walhal acara kematian. Inilah yg sedihnya sekarang ni, jiran tak kenal jiran , sesama Islam lak tu. Bagaimana kita nak bentuk masyarakat Islam madani (seperti masyarakat Islam zaman Rasulullah dan Sahabat di Madinah) kalau org Islam sesama jiran pun tak bertegur sapa. Bila dah mati, barulah nak cari org surau atau masjid utk uruskan mayat walhal satu waktu pun susah nak nampak kat surau/masjid (this is a general comment , bukan pada si arwah tadi).
Mudah2an kita tak termasuk dlm golongan yg tak hirau jiran, tak hirau masjid dan tak hirau Islam.
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, JIRAN TETANGGA yang dekat dan JIRAN TETANGGA yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri," (An Nisaa : 36)
Moga Firman Allah di atas jadi peringatan !! Wallahualam bissawab Wassalam.

Monday, October 13, 2008

Menyanjungi kaum harus tapi jgn sampai Assobiyah

Salam
Setiap nafas kita setiap saat adalah kerana Allah dan Islam sebagai landasan peraturan hidup seharian kita. Narrowing sesuatu perkara towards Islam tidak dapat dielakkan kerana in everything we do in every second even every nano second, semuanya mesti dilihat dari perspektif Islam, perspektif amalan dan ibadah. Tidak ada pengecualian baik urusan bangsa, politik, ekonomi, ketenteraan, perkahwinan, pentadbiran hatta dalam perkara yg dianggap remeh seperti menguap, istinja', potong kuku, naik kenderaan etc etc. semuanya ada peraturan dan tatacara. Kita tidak perfect dan berusaha kearah memperbaiki amalan yg akan dilihat oleh Allah. Job Oriented instead of Result Oriented.
Inna solaati wanusuki wamah yaaya wamamaati lillahi robbil 'alamiin ( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku danmatiku hanyalah kerana Allah Pengatur sekalian alam) ...doa iftitah, ikrar kita minimum 5 kali sehari.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujuraat:13)
Pencipataan manusia dgn berbagai warna kulit, rupa, culture dan bahasa adalah utk kita saling kenal-mengenali, belajar antara satu sama lain. Perkembangan tamadun juga berlaku akibat perkongsian ilmu antara satu bangsa dgn bangsa lain berdasarkan kelebihan yg Allah berikan pada sesuatu kaum. Penciptaan Allah ini juga adalah untuk menanamkan sifat insaf kepada manusia tentang sifat Aziz (Maha Perkasa) Allah, sifat Akbar (Maha Besar) Allah dalam penciptaan manusia dgn pelbagai rupa dan ciri. Semua ini adalah utk manusia berfikir dan bersyukur dgn apa yg dkurniakan dan diciptakan.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. "(Ali-Imran:190-191)
Menurut surah ini, org2 berakal disebut didlm bahasa al Quran sbg ULIL ALBAB. Mereka ini sentiasa memikirkan penciptaan Allah baik duduk, berdiri, baring, berkerja, semua amalan sentiasa dlm keadaan bertadabbur, iaitu berfikir dan bukan sekadar bertilawah atau membaca semata, pemahaman di buktikan dgn amalan dan perbuatan. Moga kita semua dilorongkan Allah termasuk di dalam golongan Ulil AlBab . ( Selitan : P Ramlee, bijak buatcerita Ahmad Al Bab, secara luaran , Al Bab juga bermaksud pintu, tapi yg tersirat, maybe P Ramlee mengkiaskan golongan Ulil Al Bab ini wallahu'alam).
Berbalik kepada penciptaan manusia pelbagai bangsa tadi, refer surah Al Hujuraat ayat 13 tadi, sesungguhnya yg paling mulia adalah org2 yg bertakwa dikalangan kamu. Tidak ada di dalam Nas Al quran yg menganjurkan manusia ke arah Assobiyah atau semangat kebangsaan yg ekstreme dan taksub begitu juga dgn hadis2 Rasulullah saw. Semangat kebangsaan yg berlebihan dan ekstreme akan membawa kemusnahan kepada sesuatu bangsa. Pada Allah, semua manusia sama dan hanya yg paling bertakwa, yg tinggi darjat dan martabatnya. Di dalam urusan pentadbiran atau strategi negara di zaman Rasulullah saw, Baginda sentiasa berkomunikasi dan berbincang dgn para sahabat yg terdiri dari berbagai bangsa mengikut kepakaran seseorang sahabat. Ada kalanya, Rasulullah mendengar pandangan Bilal Al Rabah (seorang habsyi), di waktu perang khandak, Rasulullah menerima pandangan Salman Al Farisi, seorang Parsi (dari Iran). Tidak ada prejudis Rasullulah terhadap status bangsa seseorang tetapi berdasarkan keIslaman seseorang dan kebijaksanaan yg ada.
Dlm konteks assobiyah, naturally tak dapat dinafikan fitrah manusia akan pasti menyayangi dan mendahulukan ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat dan ini secara tidak langsung semangat sayang kaum pasti wujud. Perkara ini Allah lebih arif dan ada dijelaskan dlm Al Quran. Tapi lihat bagaimana Allah menerangkan di dalam Al Quran dan seerah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana penerapan ciri2 sayang ahli keluarga dan kaum dapat dimanfaat untuk kebaikan Islam dan ummah keseluruhannya tanpa mengira bangsa atau kaum.
Firman Allah : "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri" (An Nisaa':36)
Firman Allah yg lain berkenaan kaum kerabat, boleh rujuk juga surah AlBaqarah:83 dan AlBaqarah:215. Sememangnya Allah Maha Mengetahui perkara ini kerana fitrah dan penciptaan manusia adalah oleh Allah. Tetapi bagaimana kita menggunakan pendekatan sayangi ahli keluarga dan kerabat terdekat dalam hal pembinaan ummah keseluruhannya. Ahli keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan seterusnya kampung, daerah, negeri dan negara. Pembentukan sesebuah negara adalah terhasil dari pembentukan sesuatu masyarakat, maka dalam membina negara yg adil dan menurut ajaran Islam, pembentukan sahsiah dan akhlak perlu didahulukan dgn diri sendiri dan ahli keluarga. Seterusnya diperkembangkan kepada kaum kerabat, saudara-mara, sahabat, org2 yg dipimpin baik di tempat kerja atau persatuan/jamaah dan kalau pemimpin besar/menteri, di amanahkan juga pimpinan ke atas rakyat.
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy Syu'araa:214).
Lihatlah firman Allah juga menyeru kita berdakwah kepada kaum kerabat terdahulu. Rasulullah juga menunjukkan pada kita bagaimana Islam mula dikembangkan Baginda melalui isteri, Khadijah r.a, lalu anak saudara, Ali, sahabat karib, Abu Bakar.
Allah juga menyarankan di dalam firmannya "Ya ayyuhal lazi na aamanu Quu anfusakum wa ahliikum NAARO ...." bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; ........." (At Tahrim:6)
Ayat ini menyeru kita agar memelihara diri sendiri dan keluarga dari api neraka adalah asas penting pembentukan akhlak dalam keluarga dan masyarakat. Apabila berjayanya seluruh ahli keluarga beriman kepada Allah dan takutkan pembalasan Allah serta api neraka, maka terbentuklah keluarga sakinah yg menjadi idaman setiap individu khususnya para ibu bapa, suami dan isteri. Secara ringkasnya, menyayangi ahli keluarga, kaum kerabat dan kaum ada kaedah dan ada tujuannya. Ultimatum, semuanya hanyalah mengarahkan manusia kepada ketakwaan dan mencapai mardhotillah.
Permasalahan kita sekarang, adalah sikap prejudis kita apabila melihat seseorang atau kaum atau bangsa. Contoh, apabila kita lihat org bangla or org indon, sikap prejudis kita lebih menjurus kepada "Bangla ni....", "Alaa, org indon...bla bla" dan macam2lah walhal mereka ini majoritinya Muslim. Begitu juga apabila kita melihat cina, india, mat saleh dan kaum lain. Prejudis kita lebih kepada assobiyah semangat taksub bangsa. Islam tak menafikan sifat sayang keluarga, kaum atau bangsa tapi permasalahan kita lebih kepada TAKSUB. Yang lebih baik adalah apabila kita melihat kaum2 lain ini dari perspektif Islam dan tuntutan Islam spt yg dijelaskan dari Al Hujuraat ayat 13 tadi. Marilah kita berusaha menjadi Opportunist dlm melihat perbezaan kaum ini sebagai satu peluang untuk kita kembangkan dakwah dan buktikan pada mereka keSYUMULAN dan keadilan Islam . Maka tidak mustahil dan pasti Insya Allah, mereka akan berbondong-bondong menyertai Islam seperti Firman Allah
" Izaa ja anas rullah hi wal Fath. Waro aitanna sayadkhulu nafi diinillahi afwaaja. Fasabbih bihamdirobbika wastaghfir, innahu kanatau waaba" bermaksud : "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat." (An Nashr)
Wallahu'alam bissawab wassalamualaikum.

Berlapang dada, jangan taksub dgn jamaah atau kumpulan sendiri

".........janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (SYIRIK), yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa BANGGA dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah ArRuum :31-32)
Dengan adanya kepelbagaian jamaah atau kumpulan, jangan sekali2 kita mendabik dada bangga yg hanya golongan kita yg betul kerana dikhuatiri menjadi syirik seperti firman Allah di atas. Syirik bukan hanya dalam skop mempersekutukan Allah tetapi dlm hal perpecahan agama juga boleh jatuh syirik.
Dalam berjemaah untuk menegakkan Islam , sesuatu Jamaah mesti jelas matlamat iaitu untuk mencari redho Allah dan berusaha menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Semua ahli jamaah baik dari ABIM, JIM, PAS, Masyumi, Ikhwanul muslimin, Hizbut Tahrir, Tabligh etc. etc perlu sentiasa berlapang dada dan bekerjasama dlm memperjuangkan Islam. Di waktu darurat ini, setiap individu muslim dituntut menyertai jamaah (ikutlah mana yg dirasakan sesuai dgn diri masing2 asalkan kita jelas jamaah yg kita sertai itu perjuangkan Islam dan aktivitinya menurut syariat Islam).
Kepelbagaian jamaah dan khilaf adalah sebenarnya satu rahmat dan kebesaran Allah (Diversity in Unity) as long as semua jamaah tak bangga dgn golongan masing2. Insya Allah, satu masa nanti akan diturunkan oleh Allah swt, seorang Mujaddid utk menyatukan kembali seluruh jamaah yg ada dan di waktu ini, Allah akan kembalikan semula rasa gerun org kafir kepada org Islam seperti yg telah Allah anugerahkan pada umat Islam di zaman Nabi, sahabat, tabiit dan tabiin.

ISLAM adalah ISME ciptaan Allah, hindari ISME-ISME lain

Nasionalisme, Liberalisme, Modernisme, Komunisme, Budhisme, Hinduisme adalah semuanya fahaman2 yg dicipta oleh manusia berdasarkan akal mereka yg cetek dan mempunyai byk kelemahan. Hanya Islam yg pasti dan ultimately datang nya dari Allah, Al Khaliq (Pencipta) dan Ar Robb (Pengatur)...Dialah yg mencipta segala benda & makhluk di dunia, langit etc. dan juga mengatur peraturan hidup kita, makhluk, alam, planet, bintang etc etc.
Jadi ISME Islam lah yg TEPAT dan bersesuaian sepanjang zaman.
Lihat surah Al-Alaq (Iqra' bismi robbikallazi kholaq), ayat 1-5 bermaksud :BACALAH dgn Nama (ismi) Robbmu (Pengatur mu) iaitu Allah yg Menciptakan. Yg menciptakan manusia dari segumpal darah. BACALAH dan ROBB mu yg paling Pemurah. Yg Mengajar dgn perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yg tidak diketahuinya.
Inilah wahyu pertama yg diturunkan kpd Rasulullah di gua Hira'. Rasulullah setelah 40 thn meneliti dan observe terlalu byk isme-isme atau fahaman2 yg bertentangan dgn jati diri beliau. Lalu beliau berusaha utk mencari jawapan dan agama yg sebenar dgn berkhalwat (menyendiri) beberapa kali di gua hira' hinggalah turunnya wahyu yg pertama ini. Apabila Jibril berkata pada baginda "BACALAH" . Rasulullah terpinga2 tertanya BACA APA? . Jibril mengulang sbyk 3 kali lagi kemudian disambung BACALAH DGN NAMA (ISME) ROBBMU ALLAH YG MENCIPTAKAN (Iqra'! Bismirobbikallazi kholaq).
Rasulullah berkhalwat kerana baginda telah "membaca" keadaan dan situasi sekeliling yg dirasakan salah dan tak betul. Maksud IQRA lebih luas bukan hanya sekadar membaca buku. Semua tahu yg Rasulullah adalah UMMI yg tidak tahu baca dan menulis. Maka dgn turunnya surah al Alaq ini, diperintahkan kepada Rasulullah untuk membaca keadaan dan situasi menurut sistem dan kaedah yg diciptakan oleh Pencipta dan Pengatur sekalian alam iaitu Robb, Allah swt. Peristiwa ini secara tidak langsung, mengajar Rasulullah reset or buang segala fahaman atau isme2 yg lain yg beliau lihat berlaku disekelilingnya. Kalau ikut sistem komputer, reboot or reformat harddisk kalau nak install balik new operating system.
Similarly, kita perlu reset mindset kita, buang fahaman2 atau isme2 lain, then BACALAH dgn sistem ISLAM, sistem yg diajarkan oleh Allah . Inilah cara hidup, kaedah, manual hidup yg menepati segalanya.
So jika ada yg nak perjuangkan apa pun, baik sistem perundangan, bangsa, sistem ekonomi atau apapun, ISLAM lah rujukan yg pertama. Kalau ada yg nak bermati-an perjuangkan hak melayu, hak bangsa atau apapun, lihat dari perspektif Islam dahulu. Tepati cara Islam then ambillah dan kalau bertentangan maka berjihadlah menentangnya atau betulkannya. Menurut Hadis, tingkatan Jihad pun ada 3 berdasarkan kemampuan masing2 : 1. Tangan iaitu dgn kuasa 2. Lidah (berkata2, berdakwah, berdebat etc) 3. Benci di dalam hati dan inilah selemah2 iman.
Wassalam.

Sunday, October 12, 2008

Perjuangkan Islam dan perbezaan harakah pelbagai jamaah

Salam (Email response to ex-schoolmates Apr 23, 2008)
Zaki, let me share my views. Yep, agreed with some of your points esp on the practicality of implementation. This is normal, most of human beings will think the same thing including myself. Rasullullah juga pernah rasa tertekan dan rasa susah, hampir kecewa tapi bimbingan wahyu dari Allah maka baginda dapat motivasi dan ditunjukkan jalan. Sebab itu Rasulullah tidak pernah tinggal solat malam (tahajjud) kerana selain sbg tanda syukur baginda kpd Allah, juga sbg rayuan dan doa agar sentiasa diberi kesabaran dan kekuatan dlm perjuangan baginda yg penuh rintangan. Inilah cara Rasulullah dalam memperkuatkan kerohanian dan spritual baginda, bukan hanya kekuatan fizikal semata-mata.
Khadijah r.a juga mainkan peranan yg sgt penting dlm memberi perangsang dan bantuan kpd Rasulullah selain dari Sahabat2 besar. Nabi2 lain juga pernah rasakan perkara yg sama. Kesedihan Nabi Noh berdakwah selama 900 thn lebih, Nabi yunus sehingga ditelan ikan yu, nabi ibrahim, nabi yusuf dll. Nabi Musa yg dlm berdakwah juga terasa ada syak dgn perjuangannya samada berjaya atau tak hinggalah bertemu dgn Allah di bukit tursina. Lihat dan rasa lain impactnya, bila dpt melihat maka lebih kuat impactnya. Apabila nabi musa telah melihat sendiri Zat Allah yg wallahu'alam (kita tak tau camne), maka dakwah Nabi musa lebih kuat dan lebih bersemangat. Kesimpulannya, kita manusia biasa apatah lagi, lebih senang putus asa dan lebih senang rasa sesuatu perkara payah and impractical.
Mengislamkan NEP bukan bermaksud directly kita gunakan perkataan Islam dlm polisi2 NEP but masukkanlah nilai2 Islam kedalamnya kerana kita tahu ada golongan yg rasa phobia dgn nama Islam. Ini sudah pasti kena ada strategi dan perlu berhikmah. Madinah di zaman Rasulullah tidak pernah dipanggil Negara Islam Madinah tetapi yg pasti undang2 Islam berjalan 100% di Madinah. Nama Madinah ditukar dari nama Yathrib oleh Rasulullah yg bermaksud tempat tertegaknya Addiin iaitu cara hidup Islam yg selamat dan sejahtera. Perlembagaan Madinah juga tidak dipanggil Perlembagaan Islam tapi yg pasti nilai2 & peraturan Islam termaktub didalam perlembagaan nya walaupun Al Quran belum diturunkan sepenuhnya.
Apabila Islam telah berkembang luas, dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam maka sudah tiada masalah utk menyatakan negara Islam. Pusat kekhalifahan juga berubah2 dari Madinah, Kufah, baghdad, andalusia, turki dan sbg nya.Masalah racism, perkauman, favorism, nepotism, kronism adalah masalah normal, fitrah manusia yg dijadikan Allah sbg cabaran kpd kita utk mengendalikannya. Perasaan ini akan jadi lebih kuat dan maybe extreme bila didorong oleh nafsu. Sebab itulah islam diturunkan utk panduan kepada akal manusia dlm mengawal dan mengendali nafsu. Rasulullah sbg uswah hasanah seluruh umat manusia diturunkan di tanah arab dan dikalangan mereka yg sgt taksub dan kuat semangat perkauman dan kekeluargaan.
Nak banding dgn melayu, org di tanah arab even worse, di kalangan Quraish satu bangsa pun, terdapat bani2 keluarga yg bermusuhan, di madinah, aus dan khazraj pun bermusuhan. So apa tindakan Rasulullah? Baginda menyatukan semuanya dalam Islam, semua kaum sama dan hanya takwa yg membezakan antara 1 individu dgn yg lain. Pakaian ihram di tanah suci sbg simbol mengingatkan manusia yg kita semua ini adalah sama walaupun coklat, hitam, kuning, putih or apa pun.
Kaum lain prejudis terhadap islam? definitely sebab mrk agama lain dan kaum lain. but tugas kitalah yg perlu berdakwah mengikut kemampuan dlm memberi contoh dan menterjemahkan islam dlm kehidupan kita. Usaha utk seru mrk kepada Islam perlu berterusan dan tidak blh ditinggalkan.Dlm isu bapa islam, anak kafir, ada kaedah penyelesaian baik dari segi faraid atau hibah, tetap ada jalan. Yg bjak pandai dlm hal2 sistem pembahagian harta Islam insya Allah ramai dan blh dirujuk nanti. Islam membawa penyelesaiian kepada seluruh manusia, bukan utk org Islam saja.
Yep sistem khalifah dan sistem yg dibawa Rasulullah ialah yg perfect sbb it is Islam originality. Aku dah kupas panjang lebar dlm emel before pilihanraya dulu perihal demokrasi & my stand. Cerita ttg plato, aristotle, sejarah demokrasi di turki dan algeria juga harapan pembelaan dari ATM, bukannya pengkhianatan.
Terbaru, aku bentangkan pandangan Qardawi ttg cara mengubah sistem yg kufur, sekular kpd sistem Islam. 3 cara iaitu tentera, pilihanraya dan kebangkitan rakyat spt revolusi Iran. Sistem khalifah maybe blh terjadi secara sendiri apabila semua rakyat bangkit dan sebulat suara tolak perlembagaan lord reid yg ada ini. Wallahu'alam possibility tetap ada.
Sebab itu dlm perjuangan menuju kpd negara Islam, terdapat puluhan jemaah Islam dgn harakah dan jalan yg berbeza. Let me share some examples, Hizbut Tahrir tolak demokrasi dan pilihanraya dan hanya terima sistem khalifah shj lalu berusaha dakwah kefahaman ini pada org ramai, terutama org2 islam. JIM, ahlinya tidak bergiat dlm politik atau jadi calon,mrk berusaha utk berdakwah membawa fahaman Islam pada org ramai. Tapi JIM berserderhana dan menyokong PAS di pilihanraya melalui individu2 mrk bukan atas platform jamaah.
JIM mengambil langkah neutral menyokong apa2 yg terbaik utk Islam. PAS, Muhammadiah, Nahdatul Ulama mengambil jalan berusaha atas platform pilihanraya demokrasi. Ada yg sesetengah glngan yg extreme yg hanya ingat jamaah mrk saja yg betul, yg lain salah. Cth Al Arqam. In my opinion, kita kena berserderhana dan hanya Allah yg tau yg mana yg terbaik.
Dlm masalah khilafiyah dan ijtihad, menurutt Hadis sahih, yg salah dpt 1 pahala, yg betul dpt 2 pahala selagi apa yg diniatkan memang nak capai mardhotillah . Jadi dlm isu nak tegakkan Islam dan kita jelas ttg matlamat dan tujuan kita maka insya Allah, apa yg dibuat tetap dipandang mulia oleh Allah. Jgn dipeningkan masalah result, itu hak Allah utk menentukan.
Adanya byk jamaah ini bukanlah perpecahan tapi khilafiyah dan "diversity in unity". Ini adalah rahmat Allah utk menyesuaikan fitrah manusia dgn sesuatu keadaan & pandangan as long as tidak melanggar mana2 perkara usul dlm Al Quran dan Hadis. Aku pernah ceritakan kisah golongan Asyabul Kahfi dlm emel terdahulu. Belum lagi diceritakan kisah Imam Mahdi. Aku yakin dan percaya bhw semua jamaah yg ada pasti akan dipimpin suatu hari nanti ke arah kesatuan iatu ummatan wahida spt yg disebut di dlm Al Quran dan Hadis. But, kita tak boleh hanya tunggu saat ini dgn mengharapkan org lain, kita sendiri perlu mulakan dgn diri sendiri agar mati kita mati sbg pejuang dan mujahid insya Allah.
Sistem khalifah ada syarat dan caranya. Perlu ada syura terdiri dari org yg layak yg setaraf ilmu agama. Di zaman Umar al Khattab, sistem syura diperkemaskan dgn cara sistem imamah yg terdiri dari imam iaitu khalifah dan anggota2 syura terdiri dari sahabat2 besar spt Usman, Ali, Muawiyah, Zaid Tsabit dll.
Sistem Mahathir and kabinet is not cara sistem khalifah, sorry. Imam atau Khalifah seharusnya ulamak besar yg tinggi pengetahuan agama dan warak atas ilmunya. Jgn tersilap apabila melihat sistem khalifah. Sistem khalifah yg diredhai Allah adalah spt hadis mengenai Khulafa Ar Rasyidin. Jumhur ulamak (majoriti) menafsirkan Khulafa Ar Rasyidin bermaksud khalifah yg baik, jujur dan amanah dan mereka adalah sahabat yg 4 termasuklah Umar Abd Aziz dari Bani Umaiyyah. Sistem khalifah bani umaiyahh, abbasyah, usmaniah, fatimiyah bukanlah sistem khalifah yg sebenar kerana ia sudah menjadi dinasti raja turun temurun, ikut keturunan dan bukan mengikut kelayakan dan kealiman seseornag. Namun, walaupun perlantikan khalifah tidak mengikut apa yg sepatutnya, hukum Islam tetap berlaku di negara2 Islam masa itu. Cuma ada berlaku double standard di bwh sesetengah pemerintah yg mana hukum hanya dikenakan pada rakyat tapi pemerintahnya ada imuniti.
Masalah kalau non-muslim minta pergiliran kuasa, 5 thn islam, 5 thn kristian, then budha, hindu etc. Ini kalau berlaku, maka wajib bagi umat Islam utk bangun dan tentang dgn cara apapun. Sebab ini telah jelas diterangkan Allah melalui surah Al Kafirun. Apabila Utbah b. Rabiah bertemu Rasulullah utk kali ketiga setelah umpan utk berikan kekuasaan, harta dan perempuan gagal utk memujuk baginda berhentikan dakwah Islam, maka Utbah cuba offer utk bergilir2 dlm menganuti agama. Kata2 Utbah, hari ini, kami semua ikut agama kamu Muhammad, esok kamu semua ikut agama nenekmoyang kami, dan lusa ikut agama kamu semula bergilir2.
Lalu ketika inilah Allah turunkan Surah Al Kafirun : "....Laa 'agbuduma tag buduun, wala antum 'abidu nama 'agbuud, wala 'ana 'abidu ma 'abad tum...... " {Hai org2 kafir, Aku tidak akan menyembah apa yg kamu sembah dan kamu tidak akan meyembah apa yg aku sembah................ Untukmulah agama mu dan untukkulah agama ku}.
Wallahu'alam bissawab.

DEB, Ang. Tentera Malaysia dan Mati Syahid

Salam (Respon to ex-schoolmates mailing list Apr 21, 2008)
NEP kalau jelas terdapat unsur diskriminasi kaum maka ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh yg demikian, NEP perlu diolah dan di islamkan agar semua kaum akan berasa adil. Mengikut Percetakan Nasional 1991 (dari buku Pembangunan Malaysia oleh Wan Mohd Nor), komposisi bumiputra adalah 58%, cina 26%, india 7%. Penguasaan ekonomi bumi 14%, cina 44.9% . Ini data 1991, quite lama but just to share some facts.
Based on the stats, walaupun bumi ramai tetapi penguasaan ekonomi masih rendah jadi definitely keseimbangan sosio-ekonomi antara semua kaum perlu diseimbangkan.But this does not mean , semua melayu entitled utk hak istimewa sebab dia org melayu. Then, org cina or india yg miskin tak dapat keistimewaan sebab mereka ini bukan melayu.
Ini bukan cara Islam yg maha adil. Tuan guru Nik Aziz sendiri pun pernah mengatakan di dalam ceramahnya yg Islam tidak akan mendiskriminasikan mana2 kaum. Org cina dan india yg miskin tetap layak utk dapat sesuatu faedah atau bantuan agar tidak merasa di anak tirikan. org melayu pula yg dah kaya, tak payahlah lagi nak harapkan bantuan biasiswa or subsidi.
Berkompromi dan bertolak ansur lah agar kita semua hidup dalam aman damai dan di kurangkan rasa buruk sangka antara satu kaum terhadap kaum lain. Kita hidupkan nilai2 Islam yg adil, yg kaya memberi dan sentiasa menolong yg susah. Definitely, berdasarkan jumlah peratus bumi 58% dan penguasaan ekonomi yg rendah maka, org2 melayu/bumiputra yg lebih ramai akan dapat nikmat istimewa tapi jgn lupa sebahagian india, cina, bengali atau bangsa apapun yg jadi warga malaysia juga layak utk terima faedah yg sama jika mereka miskin dan tidak mampu.
Kerajaan yg adil seharusnya telus dan adil dlm pembahagiaan kekayaan negara. Seperti emel aku yg dulu, sorang india miskin baru 1st time nak beli rumah kena bayar harga full tanpa diskaun but sorang melayu yg kaya dgn kereta bmw 5 series nak beli rumah ke-4, beli dapat diskaun 7%. Adil kah ini? Lihatlah dari perspektif Islam.Anyway, ini opinion aku , maybe ramai yg tak setuju but terpulanglah.
Kalau guna maqasid syariah dan fiqh al awlawiyah, kita akan faham lebih jauh. Bila sesuatu golongan atau kaum merasa terpinggir atau didiskriminasi , maka lambat-laun, ia akan menjadi bom jangka. Kehidupan yg aman akan tergugat dan pergaduhan pasti boleh terjadi bila2 masa. Pagi tadi, dalam kuliah pengajian aku, kami bincang tentang dakwah dan pemikiran Islam masa kini. Ada kata2 Nabi tapi khilaf samada hadis atau tidak bermaksud l/kurang "Fakir itu hampir kepada Kufur". Org miskin apabila terdesak , maka dia lebih senang utk jadi kufur kerana mungkin marah pada tuhan or salahkan nasib. Sebab tu pendakwah kristian selalu approach org2 Islam yg miskin.
Sepatutnya tidak ada org2 Islam yg fakir di Malaysia ini sebab duit zakat saja ratusan juta ringgit. Di Selangor saja last year, ada puluhan juta rinngit duit zakat. But tak taulah camana terlepas pandang org fakir miskin ni?
The other way around, Pendakwah Islam juga perlu approach org2 india dan cina yg miskin agar merka dapat kenal Islam dan appreciate Islam. Utk peluk Islam, itu hak Allah, tugas kita berdakwah. So NEP could be 1 of the policies to use utk approach org2 bukan Islam ini. That's why , I urge NEP itu di islamkan.
Bab isu lain - bab mati syahid dan perkaitan dgn angkatan tentera (ATM) kita. Rujuk hadis riwayat Muslim berikut:
Rasulullah s.a.w. bertanya, "Siapa yang kamu anggap mati syahid?" Para sahabat menjawab, "Orang yang terbunuh dalam jihad fisabilillah, itulah yang mati syahid." Nabi s.a.w bersabda, "Kalau begitu sungguh sedikit orang yang mati syahid daripada umatku." Sahabat bertanya, "Maka, siapakah wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Mereka yang terbunuh dalam jihad fisabilillah, dia mati syahid. Siapa yang mati di jalan Allah (sedang beribadah) ia mati syahid, dan siapa yang mati terkena wabak taun maka ia mati syahid, siapa yang mati karena kolera ia mati syahid, dan yang mati karena tenggelam ia mati syahid juga."Di hadis lain " "Siapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid." (R. Bukhari & Muslim).
In summary, terdapat byk tingkatan mati syahid, ada klasifikasi dan gred tapi mati syahid yg paling utama ialah yg jihad fi sabilillah. Dari hadis2 di atas, juga diqiyaskan, perempuan mati bersalin, mati kebakaran, mati kemalangan juga mati syahid tetapi bergantung kepada niat. Contoh kalau dlm perjalannan nak ziarah ibu bapa, tetiba accident dan mati di perjalanan maka ini juga syahid.Dlam kes Angkatan tentera malaysia, mereka adalah benteng negara dari pencerobohan musuh negara. Malaysia memang bukan negara Islam yg syumul tetapi ia adalah negara yg mempunyai ramai umat Islam maka mempertahankan Malaysia ini adalah wajib, bukan saja bagi ATM tetapi kita juga.
Apa2 pun bergantung pada niat ( "Setiap Amal itu dgn Niat"), jika niat ikhlas utk mempertahankan tanah air, maka jika terkorban insyaAllah, tentera kita akan dapat syahid. Walaupun seolah2 mereka bekerja sbg tentera tapi itu juga ibadah kerana, kita ini sebenarnya 24 jam dan setiap saat seharusnya berada dlm ibadah kepada Allah. Cari rezeki, pergi kerja, belajar semuanya ibadah. Tentera bergaji utk menyara keluarga dan keperluan mereka dan ini juga ibadah. Pada zaman Saidina Umar Al Khattab, tentera Islam mula digajikan utk keperluan hidup mrk.
Riwayat lain utk dikongsi, peristiwa di Hudaibiyah, apabila rombongan Islam menghantar Usman Affan berjumpa ketua Quraisy di Mekah ttg tujuan umat Islam nak dtg umrah pada tahun ke-6 Hijrah, terdengar khabar angin mengatakan Usman dibunuh. Maka, ketika itu para sahabat terus menghunus pedang dan berbai'ah bersama Rasulullah akan membalas balik pembunuhan Usman tersebut dan ini dinamakan Baiatur Ridhwan. Ini adalah dalil menunjukkan betapa wajibnya kita mempertahankan nyawa umat Islam hatta seorang pun .
Di riwayat lain, ada seorang perempuan Islam di rogol oleh org kafir di satu negeri, maka para sahabat bersiap sedia menyiapkan angkatan perang utk memerangi negeri tersebut. So tugas ATM, insyaALlah mulia jika mrk berjuang utk pertahankan kita umat Islam, bukan seorang tapi berjuta2 umat.Soal, negara Malaysia yg masih ada Genting Highland kota keriangan, sports toto, itu kita perlu tangani dgn strategi lain. This is a separate issue and bukan maksudnya ATM juga mempertahankan perkara2 mungkar ini.
Apabila berlaku pekara mungkar di dlm negara kita, maka kita umat Islam seluruhnya wajib menjalankan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar. Yusuf Al Qardawi di dalam bukunya "Min Fiqh al Dawlah fi al Islam" meminta umat Islam agar pertimbangkan kekuatan utk melakukan perubahan melalui 3 bentuk :
1. Kekuatan ketenteraan
2. Parlimen iaitu memiliki suara majoriti melalui penyertaan dlm pilihanraya
3. Kekuatan rakyat iatu wujud kebulatan tekad dari rakyat secara menyeluruh bagi menumbangkan pemerintahan yg ada (cth Revolusi Iran)
Menurut beliau, 3 cara di atas tidak berlawanan dgn pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Melihat kepada situasi semasa, dgn menggunakan kaedah Fiqh Al Awlawiyah, maka, cara no 2 lebih sesuai di Malaysia. Cara 1 dan 3 maybe boleh digunakan suatu hari jika benar2 sesuai. Mana tahu Lt Kmdr berjaya menguasai 100% ATM and decide to take iver Malaysia and immediately change Perlembagaan Malaysia kepad Al Quran dan Hadis. Wallahu'alam.
BUT and BUT...still DAKWAH again and again, definitely baik cara 1, 2 atau 3 pasti memerlukan kefahaman umat Islam terhadap pentingnya menegakkan Ad Diin Al Islam di muka bumi ini dgn matlamat utama utk mencapai mardhotillah.
"Dari Abi Said r.s, Nabi saw bersabda: Sesungguhya sebesar-besar jihad ialah menyatakan perkataan adil terhadap pemimpin yg zalim" Hadis bertaraf Hassan Gharib riwayat Tirmizi.
Cadangan utk kita contribute something rather than talk only, I agreed . We must do something at least at our end. Dr Fauzi juga sebut hal yg sama pagi tadi, dia bergerak di universiti dan sarankan kami student hidupkan di masjid kitorang. Infact, we have started some programs related to dakwah pada golongan muda dan yg takut masjid. Cth prgram Jom Ke Masjid karnival. Ada yg setengah aktif di parti dan jamaah dan ada program masing2. Kita ex-mrsm, why not we do something for this. Anything dakwah for Islam, would be fine to me but not agenda bangsa. I'm sure ada kawan2 yg aktif dlm jamaah or NGO so why not suggest something too.Wassalam.

Masalah org Melayu - bukan kerana mereka PKR, UMNO atau PAS

Salam (Emel respon to ex-schoolmates mailing list Apr 20, 2008)
To me, ini bukan masalah org PAS, UMNO, PKR or apa pun. Inilah masalah melayu di Malaysia secara umumnya. Nak dapat duit cara mudah and malas nak berusaha lebih. So kenapa perkara macam ni terjadi kat org melayu? Bukan takde org melayu yg rajin tapi ramai yg tidak so biasalah kita dengar perkataan...."Alaaa org melayu", "Takpa la", "Biaq pilah depa" , "Dapat banyak ni pun cukuplah" , " Depa org cina , ada modal, bolehlah" dan macam2lah. Negatif mindset at most of the time.
Samalah, macam bangun pagi, kalau awal2 dah fikir negatif, org berniaga sure tak untung or kurang untung, kalau yg bekerja, sure longlai kat tpt kerja and tak produktif. So masalah attitude dan mindset org melayu ni kita kena sama2 berusaha utk bantu tolong ubah. Mulakan dgn diri sendiri, then ahli keluarga, sahabat handai dan seterusnya masyarakat. Sebab tu, aku sentiasa laungkan perkataan Dakwah ! Dakwah ! But dakwah lah kearah mardhotillah, hidupkan nilai2 Islam dlm hidup kita. Melayu takkan berjaya kerana NEP or apa2 sistem pun yg berasaskan assobiyah. Ini pandangan aku, maaf kalau ada yg tak setuju.
Tapi kalau sistem itu penuh dgn nilai2 Islam hatta NEP pun dan melayu menghidupkan Islam dalam diri mereka, maka PASTI melayu akan cemerlang. I used to be racist hasil pendidikan mrsm. So kalau mrsm mahukan org melayu sygkan org melayu maka tujuan dia ditubuhkan memang berjaya. But after I explore, mengkaji, belajar, cuba kenal lagi Islam (walaupun masih di tahap amat daif), mengembara, berbincang dgn byk jamaah Islam semenjak di UK lagi maka mindset aku byk berubah. Aku tolak assobiyah as Rasulullah juga tolak assobiyah. So now, aku cuba utk bersihkan diri aku dari sifat racist walaupun tak nafikan, masih ada and payah. I wanna replace with semangat Islam bukan semangat bangsa. Buat baik utk Islam, tlg org utk Islam, dan apa2 pun utk Islam, pendek kata utk capai redha Allah. Memang susah dan byk dugaan but kita berusaha, Allah juga yg akan membuat keputusanNya. Dugaan jgan ceritalah, macam2 ranjau. Umur kita pun dah 36 tahun. Tak muda dah.
Di parti, kumpulan atau jamaah, walaupun dasar ada, prinsip ada, pemimpin bagi nasihat berbuih2 pun, tak semua pengikut boleh ikut or jadi baik. Ini lumrah or sunnatullah. Ada hikmahnya, sebab Allah jadikan kita ni utk beribadat padaNya dan terus berusaha utk buat perkara yg Dia redho. Wama kholaqtul jinnawal insan illa liyag buduun (Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya utk beribadah kepada Ku). Di dlam jamaah Rasulullah sendiri pun, ada org munafik. Di zaman Abu Bakar, tak lama selepas wafat Rasulullah saw, dah ada org yg mengaku jadi Nabi, murtad dan sbgnya. 2 1/2 thn Abu Bakar jadi khalifah, beliau sibuk memerangi Nabi palsu, org tak bayar zakat, org2 murtad. Ini org2 Islam yg pernah dididik dan di tarbiyah oleh Rasulullah atau Sahabat2 sendiri dan Rasulullah baru je wafat. Inikan pula zaman sekarang. Terlalu besar cabaran tapi jgn lemah berusaha dan berjuang.Ganjaran pendokong Islam yg berjuang di akhir zaman, di zaman kita ini, Masya Allah terlalu besar dan hebat dan ini janji Allah. Cuma kita tak nampak, kalau nampak rasanya dah berbondong2 manusia ni semuanya jadi Muslim yg beriman sejati.
Sebab itu ada Hadis Rasulullah saw. yg lebih kurang maksudnya ""Ada satu golongan yg akan mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah di akhirat kelak. Sahabat bertanya: Siapakah mereka itu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Mereka adalah ummat ku yg tidak pernah melihat ku tetapi mencintaiku serta menghidupkan sunnahku. " Bila mendengar hadis ini, ada sahabat yg menangis mengharapkan dapat menjadi salah seorang golongan akhir zaman yg disebutkan Rasulullah.
Kita pula macamana ? Rasa bersyukur ke rasa apa? Tepuk dada tanya iman. So kita nak berjuang utk melayu or utk Islam. Berjuanglah utk Islam, jadi secara tak langsung, melayu yg Islam juga pasti terbela dan terpelihara kerana keadilan Islam. Org bukan Islam pun tetap terbela atas sifat keadilan Islam. Maka , hidup kita akan lebih aman dgn makin berkurangnya sifat iri-hati dan prasangkan atas sebab2 nilai Islam. Kalau kita sayang Islam, bila kita lihat Bangla, kita jgn tgk dia sbg bangsa Bangla tapi sbg org Islam berbangsa Bangladesh. Ada beza tu, sifat diskriminasi kita pasti akan hilang atau kurang sebab kita nampak dia sbg org Islam.
Memang susah sebab kita ni dah dibudayakan dgn assobiyah, semangat bangsa yg terlalu kuat sebab tu topik kita bincang sure pasal bangsa melayu tak habis2. Bangla, indon jadi bahan jenaka kita, persepsi kita pun pada mereka byk yg negatif. Indon jahatlah, suka rompak, rogol org macam2lah walahal melayu pun ramai gak yg jahat. Sama je, baik melayu, indon, bangla, cina, india or bangsa apapun, yg jahat tetap jahat, yg baik tetap baik. Yg pasti, sesiapa yg hidupkan nilai2 Islam dlm diri mereka, mereka pasti baik insya Allah. "Ihdinassirotul mustaqiim"Wassalam

Perbicangan tentang NEP/DEB lagi...

Salam utk semua. (Posting from response to mailing list - Apr 18, 2008)
Ermm..ingat buka laptop nak buat keje sikit but nampaknya diskusi makin hangat. So aku rasa perbincangan ini lebih utama demi menjelaskan apa2 yg patut dan di dalam ruang lingkup ilmu yg aku ada. Aahh yg ini baru betul kalau nak pakai kaedah fiqh al awlawiyah. Nampaknya, perbincangan agak jauh, sampai ada isu aqidah, syahid dan sebagainya. Secara peribadi, mungkin ada pandangan yg penulis maksudkan lain tapi kita tafsirkan lain..biasalah manusia, susah nak hindarkan diri dari bersangka-sangka. Sebab tu dlm Al Quran ada ayat yg melarang kita bersangka-sangka. Kita ambil kaedah yg baik iaitu husnu Zon maksudnya bersangka baik.
Bila kawan kita sebut bergoncang aqidah, mungkin maksud dia lain, mungkin juga peringatan dari beliau agar jgn taksub kepada sesuatu perkara atau benda baru atau makhluk. Undang2 manusia, polisi ataupun manusia sendiri, kita dilarang untuk jatuh taksub sehingga merasakan itulah pergantungan kita yg sangat penting. Pergantungan kita hanya pada Allah , Alquran dan Hadis adalah panduan untuk kita kurniaan Allah dan Rasulullah sebagi uswah hasanah.
Untuk menyokong sesuatu polisi atau peraturan manusia hatta NEP sekalipun adalah dibenarkan selagi tidak berlawanan dgn Al Quran dan Hadis. NEP, secara ikhlas aku sendiri tak pernah lihat detail peraturan, framework dan polisinya so aku tak tau samada menepati Quran dan Hadis atau ada perkara yg berlawanan, wallahu'alam.
But back to basic kepada kaedah Feqah, setiap peraturan yg diperintah oleh Allah terbahagi kepada 2 iaitu perkara Usul dan Furuq. Analoginya ambil cth pokok, usul adalah akar dan tunjang pokok sedangkan furuq adalah cabang-cabangnya or ranting. Kalau akar mati, maka matilah seluruh pokok tapi kalau cabang yg mati, pokok masih boleh hidup. Kalau ranting tu tak sesuai pada sesuatu cuaca, maybe dia akan mati dan diganti dgn ranting baru. begitulah juga dlam perkara2 hukum dlm Islam. Perkara Usul tidak boleh dibahaskan lagi sebab ia adalah ketetapan yg qath'i dan hakiki. Contoh utama ialah solat dan puasa. Solat zohor 4 rakaat itu Usul so takde mazhab mana2 pun yg ckp 3 rakaat or lain dari 4. Kalau ada, SESATlah jawabnya.
Begitu juga dgn 13 rukun dlm solat, ini perkara usul. Apa yg furuq? dlm solat, cara duduk antara 2 sujud misalnya, duduk antara 2 sujud rukun tapi cara duduk furuq. Mati syahid? Yes, menurut surah Fatihah ayat terakhir ".....iaitu jalan yg Engkau kurniakan NIKMAT kepada mereka. Siapakah mereka ini ?
Menurut surah An Nisaa ayat 69, mrk adalah para Nabi, siddiqiin, syuhada' (mati syahid) dan org2 yg soleh. So mati syahid memang dapat pengiktirafan yg tinggi dari Allah, 3rd rank after siddiqiin.
But mempertahankan NEP, adakah mati syahid? Menurut pandangan peribadi aku , tidak! Alasan aku :
1) Syahid dikurniakan kepada para pejuang Allah yg ikhlas berjihad menegakkan perintah Allah dan mempertahankan agama Allah. Jika mati dlm berjuang utk amar maaruf dan nahi mungkar, juga mati syahid. Mempertahankan kehormatan ahli keluarga dan mempertahankan aqidah seseorang muslim, jika mati juga dapat syahid insya Allah.
2) Mempertahankan NEP? Sorry detail aku tak tau tapi yg aku faham secara dasarnya NEP adalah New Economic Policy created in 1970 selepas MAGERAN utk mempertahankan hak keistimewaan org melayu or bumiputra. Rasanya tidak ada disebutkan utk mempertahankan hukum Islam, hak org Islam atau syariat Islam. NEP hanyalah polisi yg bersifat sementara ciptaan manusia utk sesuatu bangsa. Adakah NEP membawa kita pada keredhaan Allah ? Susah nak tafsir sbb boleh ada byk perspektif dan bukan peraka qath'i. Ada kata maybe dpt redha Allah sbb yg dapat boleh bersyukur itupun kalau tahu bersyukur. Maybe ada yg kata, punca perpecahan sbb, melayu ni dapat, melayu lain tak dapat. Keadilan tak telus sebab yg kaya pun dapat sebab dia melayu walhal yg bangsa lain yg miskin masih miskin. So byk grey area sebab ini adalah ciptaan manusia. So jgnlah sampai mati pertahankan NEP, tak dpat syahid nanti. wallahu'alam. Perkara utk mati syahid mestilah perkara yg Haq dan tidak ada sedikitpun perkara batil.
Firman Allah " Wala tal bisu Haq qobil Batil" Dan janganlah kamu campur adukkan perkara2 yg Haq dgn perkara2 batil.
Dlm NEP yg ciptaan manusia, I believe tak semua nya perkara Haq sebab perkara asas, iaitu bab keadilan masih boleh dipertikaikan dan ini unsur Batil. Melayu maybe kata adil sebab good for Malays but Cina , India etc maybe kata tak adil sebab they are not entitled for that keistimewaan. Its debatable and grey area lagi.3, Siapa org melayu dan bumiputra? Tidak 100% mereka adalah Islam so NEP bukanlah alasan utk pertahankan hak org Islam kerana bukan semua Melayu dan Bumiputra Islam. Iban, Kadazan, ramai yg bukan Islam. Tahun 1997 sewaktu Dato Hashim menjadi mufti WP, hampir 30,000 permohonan org Islam nak murtad. Last year, Dato Harussani menjangkakan antara 150k-250k org Islam murtad. To me its true, 11 years ago (1997) pun dah ada 30000 org Islam nak murtad menurut JAWI.
4) Bagi aku , NEP yg kita lihat sekarang byk kearah assobiyah iaitu kearah semangat kebangsaan. Semangat berbangsa-bangsa dan bangga dgn bangsa sendiri, samalah macam UMNO bawa. Perkara Assobiyah inilah yg Rasulullah bersihkan agar semua bangsa tak kira kulit, rupa, warna, jantina, asal usul bersatu atas satu pegangan dan akidah iaitu akidah Islam. "Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". Aku dah kupas panjang dalam emel terdahulu tentang sejarah Aus dan Khazraj yg mana disatukan atas akidah Islam. Perlembagaan Madinah berasaskan syariat Islam yg memberi keadilan kepada semua golongan termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi dan glngan kecil yg lain yg tinggal di Madinah. Dlm Islam, tidak ada kelebihan bagi sesuatu bangsa, yg paling tinggi darjat disisi Allah adalah mereka yg bertakwa.(rujuk 2:177, 2:1-5, 59:18)
5. Nak kaitkan NEP dgn bab pertunangan pun aku rasa tak kena, maybe I'm wrong . Sorry Munir, just my opinion, berlapang dada ok dlm mencari kebenaran. Bab pertunangan ni memang ada hukum dlm Islam sebab ada Hadis Rasulullah mengenai perkara pertunangan. NEP ni takde dlm Hadis off course. Kalau nak pakai kaedah Qias, ermm tak kena jugak sebba bab qias perlu dilihat dari segi sifat, ciri-ciri, asal-usul yg relevant. Menurut Imam Syafie, hukum Islam boleh diijtihadkan berdasarkan 4 perkara iaitu AlQuran , Hadis, Qiyas dan Ijma' Ulamak. Qiyas dan Ijma' hanya berlaku bila tiada direct explanation in Quran or Hadis. Kalau ikut Imam Malik (Maliki), sifat Sahabat (athar) dan adat hidup penduduk Madinah di zaman Rasulullah juga boleh jadi sumber hukum. Tapi tak nampak pula perkaitan NEP dan pertunangan. Kesimpulannya, berhati-hati dlm menyandarkan perkara2 agama (bab2 hukum) dgn perkara2 non-agama. Bukan tak boleh tapi berhati-hati sebab setiap perkara yg berlaku dan kita lalui pasti ada sandaran ibadah samada menurut yg dituntut dan dilarang Allah atau tidak. Ada kaedah nya yg alhamdulillah telah dikaji dan digaris pandukan oleh para Sahabat dan Ulamak kemudian. Sebab itu kita perlukan Ulamak dan Hadis Rasulullah juga menyatakan bahawa Ulamak adalah pewaris Nabi. Kalau tidak tak sampailah ilmu Islam kepada kita.
NEP ni kalau bagus dan baik untuk semua, maka hidupkanlah. Yg tak betul diperbetulkan, yg tak adil, diadilkan. Kalau boleh di Islamkan, inilah yg terbaik.As my email before, tugas kita org Islam adalah sbg khalifah utk menjaga hak seluruh umat manusia termasuklah tumbuhan, gunung, batu, tanah dan apa pun. Can we be unfair to the Chinese or Indian or Punjabi or Indon pendatang haram ? Ikut definisi fungsi khalifah, nope we cannot be unfair to them. Tugas sbg khalifah ialah utk memakmurkan muka bumi ini dan meletakkan sesuatu di tempatnya yg betul dgn adil. Kalauyg miskin we still have to treat mereka sebg miskin, bila mrk lapar kita wajib beri mereka makan. Inilah yg berlaku di negara Islam yg syumul dibawah Rasulullah, Khalifah yg 4 dan juga dibawah Khalifah Umar Abdul Aziz serta lain2 Khalifah yg warak. (ada masa nanti kita bincang bab warak, zuhud dan alim).
Lihat bagaimana mubaligh Kristian berdakwah, antara taktiknya adalah mengumpan dgn makanan dan tema kasih sayang . Di Manjoi Ipoh dulu kecoh ramai yg murtad. Its true sebab ramai keluarga miskin rasa terhutang budi dan kagum dgn attitude pendakwah kristian. Mereka diberi beras, elaun, kaunseling etc. Kaedah ini bukannaya asing dlm Islam, beri makanan, beri nasihat, sumbangan semuanya adalah ciri2 Islam but how many of our Muslims do these?? Yg dok ingat periuk nasi masing2 yg ramai.Kalau lah ramai diantara kita umat Islam yg bersifat khalifah, insya Allah ramai yg akan tertarik dgn nilai2 Islam yg sebenar. Org Islam akan lebih mantap akidahnya, yg bukan Islam akan masuk Islam, ada juga yg bukan Islam tak mahu masuk Islam tapi percaya dan yakin dgn sistem keadilan Islam. Bab mengajak manusia memeluk Islam adlah kerja dakwah dan usaha kita tapi yg memberi hidayah tetap hak mutlak Allah swt. Allah melihat usaha kita bukan keputusan yg kita capai.
Firman Allah dlm surah Yunus:99 , " Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?"
Lihat sejarah bagaimana Tariq bin Ziad menakluki Sepanyol dan bumi Andalusia hanya dgn tentera 12,000 orang berbanding tentera sepanyol yg puluhan ribu malahan ratusan ribu. Islam tidak menyuruh berperang utk menyerang tapi untuk mempertahankan ummah dan hukum Islam. Tariq datang dgn menyeru dahulu org sepanyol kepada Islam dan dibenarkan dakwah Islam berlaku tapi sebaliknya diperangi oleh King Roderick, raja spain. Maka tentera Islam berjuang mempertahankan diri sehingga Tariq membakar semua kapal agar semua berjihad dgn lebih bersemangat memastikan dakwah Islam sampai di bumi spain dan tidak ada istilah patah balik. Kemenangan berperang sudah tentulah atas bantuan Allah melalui tentera malaikat. Tapi adakah Islam hanya berkembang kerana menang perang tersebut. NOPE but kerana sifat dan ciri2 para tentera Islam yg berakhlak hingga menjadi ikutan dan tarikan kepada non-muslim. Still, ada ramai lagi yg tak peluk Islam di Sepanyol but mereka tunduk patuh dgn pemerintahan berdasarkan syariat Islam sebab terlihat oleh mereka ttg keadilan Islam.
NEP tak akan dapat lengkapkan Islam tapi Islam pasti boleh sempurnakan NEP. NEP from Islamic perspective will never biased towards certain races but meletakkan keadilan di tempatnya. So harapan tinggi aku melihat pemimpin yg dipilih meletakkan Islam sbg tunjang dan mengemaskini NEP ikut acuan Islam. No one or none of any races will question kalau cara Islam yg benar ditonjolkan sebba Islam sentiasa adil dan saksama. So kalau Spain yg 100% non-muslim pun boleh jadi negara Islam, Malaysia yg ada about maybe 50% plus muslim, tak mustahil boleh tukar perlembagaan kepada Al Quran dan Hadis. 2/3 majoriti hatta 3/4 majoriti pun tak mustahil bila datangnya Nasrullah iaitu pertolongan Allah. Maybe, Islam menang di Malaysia bukan melalui pilihanraya, maybe revolusi, perang or apa2lah ...wallahu'alam sbb kalau Allah telah redha kepada sesuatu kaum/kumpulan, maka Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka. Yg kita perlu usahakan ialah dakwah dan strategi utk kemenangan Islam mengikut kemampuan kita. Jgn risaukan keputusannya...hanya Allah yg tahu bila.
Jgn kita terlalu ikut logik akal, nanti takut terjadi sperti golongan Khawarij dan golongan Ahli Kalam . Mereka ini terlalu mengikut akal dan logik yg menjadi bahaya kepada perpaduan ummah. Now dah ada meluas Islam liberal di Indonesia, Malysia pun dah sampai fahaman ini, sisters in Islam, astora, anti-hadis dan macam2 lagi. Mereka ini begitu berani mempersoalkan perkara Usul dan ada yg berani nak suruh kaji semula or pinda, Nauzubillah. Golongan Khawarij dan Ahli Kalam pun byk berselisih hal2 furuq tapi tidak bab Usul. Mereka may be too much or terlampau but still not out of Islam menurut pandangan Imam Syafie. Now, zaman sekarang, kumpulan2 di atas terlalu berani dan mereka ini banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam sekarang especially di Malaysia dan serantau.
Aku sekarang tgh membaca buku Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa dan buku Konsep Asas Islam & Hubungan Agama. Buku2 ini hasil pengumpulan tesis2 dan kajian pandangan ulamak terdahulu oleh para pensyarah di Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam, Uni Malaya. Topik ni salah satu subjek pengajian aku. Tak habis lagi baca but subtitles dia menarik dan byk membuka minda kita dlm menghadapi cabaran masa kini esp di Malaysia ini.
Cukuplah sekadar ini. Moga apa yg kita perbincangkan mendpat redha dan rahmat Allah. Ya Allah! Lindungilah kami dari kesesatan. Kurniakanlah kami ilmu dan petunjuk dari Mu. Kami tahu kami lemah dan kami tahu kami amat memerlukan mu. Ya Allah, pandanglah kami dgn pandangan Rahmat dan Rahim Mu dan janganlah Kau pandang kami dgn pandangan murka Mu. Kepada mu kami pohon keampunan dan padaMu kami dikembalikan.So , I do hope kawan2 yg ada ilmu tambahan agar contribute atas dasar dakwah dan mardhotillah. Cukuplah Allah sbg saksi.Kita semua perlu berlapang dada dan jgn sampai sakit-menyakiti antara satu sama lain.
Kawan2, aku pohon kemaafan kalau ada tersinggung, ini semua kelemahan pada diri aku.Munir, your request for me to refer to pakar or ulamak. Perkara2 macam ni biasa kitorang bincangkan dlm kuliah but Insya Allah nanti aku bincangkan dgn mereka on more specific areas so hopefully ada tambahan pandangan in future. Tok2 guru aku byk mengajar ttg sikap keterbukaan dan bersederhana tapi bab hukum syariat Islam , semua mereka ini tak berkompromi atau mencari2 takwil utk benarkan apa yg kerajaan buat tu betul semua(tak macam setengah ulamak kerajaan pusat). Pendirian mereka konsisten, kalau betul, mrk kata betul, kalau salah, mrk kata salah. Mrk faham konsep Uzlah Ma'nawi. Jati diri Islam ada dlm diri mereka cuma keterbatasan mereka utuk bersuara. Then, balik kepada dakwah secara perlahan2 but istiqamah.Kalau ada kengkwan yg tgh cuba berdakwah kepada non-muslim or org muslim pun dan perlukan bantuan. I volunteer myself, maybe boleh tolong sama. Kalau kita tak mampu, kita boleh dapatkan bantuan pakar. I can work for the contacts insya Allah.Wassalam.

Saturday, October 11, 2008

DEB - boleh dilaksana ikut perspektif Islam?

Dari perspektif melayu , DEB sgt baik sebab sebab dia membantu byk melayu masuk mrsm, ada mara, punb, uitm, sijil pkk (kontraktor) etc.etc. Objektif nak naikkan pegangan ekuiti melayu 30%.How do we measure this 30%, ada org calculate pegangan bumi dlm syarikat glc and public listed should be counted as well so kalau kira camtu, dah lebih 30% (based on study done by 1 company yg kecoh jap aritu...sory lupa nama) . Tapi bila kena bantah dgn kerajaan, alasan kira ekuiti takleh kira glc so melayu masih lagi less than 18%. All these are subjective dan menimbulkan byk persoalan ttg transparency of the data, formula of measurement dan macam2 lagi. Yg contribute to 18% or more than 30% (2 different formula) ni sape dia or syarikat mana?? Maybe less than 10% of malays and the rest masih miskin dan daif. So adil kah DEB kepada org melayu?? Adil kah pembahagian kekayaan kepada melayu? Or kekayaan dan project awards hanya pada segelintir kontraktor melayu sahaja. Secara ringkasnya, org melayu yg ada kuasa (kerajaan) akan sedaya upaya memanipulasi dgn berbagai cara utk defend DEB sebab this is 1 strong point utk dapatkan sokongan melayu. Dek kerana mereka juga melayu so projek pun banyak lah depa boleh sapu atas alasan kuota melayu. Malangnya siapa yg dapat projek2 besar ni? Hanya segelintir melayu and then mrk sub-kontrak pula pada bukan melayu so macamana melayu lain yg tak kroni or "satu geng" dgn puak2 atasan nak merasa.
Dari perspektif bukan melayu (cina, india, benggali, org putih, serani dsb), sistem ini double standard dan tak adil. Dulu maybe tok nenek moyang mrk golongan pendatang but now after 50 years, most of them were born here, belajar kat sini, kerja sini, bayar tax and sama2 juga contribute dlm bidang ekonomi, service etc.etc. Yg miskin tetap miskin, yang kaya tu kayalah. Bukannya takde cina dan india yg miskin. Infact, gangsterism banyak berlaku dikalangan india estet kerana masalah pendidikan, ekonomi, rasa tak puas hati dan sebagainya.
How do we curb this? Manusia tetap manusia baik apapun warna kulit. Rasa tidak puas hati perlu dibendung dgn cara yg bijaksana. Mampukan manusia atau sesuatu kaum berfikir dgn baik untuk kepentingan kaum yg lain?? Selagi namanya manusia, favorism, semangat pili kasih, sayang kaum pasti mempengaruhi sesuatu keputusan. Then what is the best solution ? ISLAM definitely.
"Shahru Romadhan, Allazi unzila fi hil quran, huda llinnas wabaiyinnatim minal huda wal furqan" bermaksud (Diturunkan alQuran di dalam bulan Ramadhan, sbg petunjuk kepada manusia dan bukti penjelasan bagi petunjuk2 tersebut dan untuk membedakan antara haq dan batil, baik dan buruk) Al Baqarah:185
As normal human being, what do non-malays feel?? Kalau kita ni cina or india, apa kita rasa? sure tak puas hati punya. This is normal sebagai manusia yg fitrahnya tetap sama regardless of keturunan atau warna kulit. Berapa lama hal DEB ni, kita boleh pertahankan? How can we suppress the issue? BN gunakan MIC and MCA, sogok ketua2 diorang dgn macam2 projek so that they can cover masyarakat india dan cina. Is this relevant anymore? Look what happened to MIC, MCA, Gerakan......KALAH TERUK dlm PRU 12 !
To me, masalah DEB dan keistimewaan kepada sesuatu bangsa ini is a main threat kepada keamanan negara. Inilah ciri-ciri Assobiyah iaitu berbangga-bangga dgn bangsa dan penyebab utama kepada kehancuran sesuatu masyarakat atau negara.Lihat dari perspektif Islam, Rasulullah saw berjaya mendamaikan golongan Ansar dari puak Aus dan Khazraj yg lebih 200 tahun sentiasa berperang sesama sendiri. Kemudian lihat bagaimana Islam merapatkan pulak golongan Muhajirin yg ramai drp gol. Quraisy dgn golongan Ansar. Kemudian sama2 bergandingan di Madinah, mengatur negara dan juga menjaga kebajikan non-muslim yg lain sprt golongan Yahudi, nasrani, parsi dan lain-lain.
To me, dasar DEB harus di kemaskini agar membantu kepada golongan yg benar2 memerlukan tak kira bangsa dan agama. Jika ianya dibawa oleh pemimpin Islam yg amanah dan takwa, insyaAllah, pembahagian akan berlaku dgn adil, Islam akan dihormati dan kerja dakwah lebih mudah. Org bukan Islam akan terpikat melalui sistem Islam yg dipraktik dgn cara yg betul dan amanah dan nescaya, mereka yg bukan Islam akan berbondong-bondong mahu mengenali dan berhijrah kepada Islam. (ALLAHUAKBAR!) Cuba bayangkan...seorang melayu nak beli rumah teres harga RM200 ribu datang dgn kereta BMW 5 siri baru. Ini adalah rumah dia yg k-4 (utk investment katanya). Then, ada pulak seorang cina or india lah, datang dgn kereta Wira tahun 1999 nak beli rumah yg sama and baru 1st time nak merasa duduk rumah sendiri selepas menyewa lebih 20 tahun. Yg si melayu ni dpat diskaun 7% iaitu RM14 ribu then dgn senang hati bayar deposit RM100 ribu sebab orang kayalah kan. Yg si india ni pulak, tiada diskaun , harga flat RM200k, kena bayar deposit 10% RM2000 then, cari loan to pay the rest. ADIL kah ini??? Soalan macam ni, bila member cina tanya, terkedu aku nak jawab. Anyway, aku jawab dlm Islam it wont happen that way, yg miskin baik cina india atau melayu akan dapat bantuan sama rata.
Dari perspektif MELAYU (not all), adil atas alasan tanah malaysia ni asalnya tanah nenek moyang kita (dulu nama pun TANAH MELAYU). Itu kata kita, kalau dikaji sejarah perkembanga Islam, dizaman saidina Usman, telah diperintahkan utk sahabat pergi berdakwah Islam di rantau nusantara. Waktu dulu ada sahabat menggelar nusantara ini sbg kepulauan wak-wak iaitu pulau2 kecil yg jauh. So iya ke tanah melayu? Bukan tanah Gangga Negara? Srivijaya? Siam? Bruas?Langkasuka? etc.etc. Apapun, ini TANAH ALLAH!Dari perspektif Islam, ini tidak adil, bumi ini yg setiap inci tanah nya adalah milik Allah yg mutlak dan perlu diberi hak yg adil dan saksama kepada setiap manusia. Jika tanah terbiar (rizab melayu ke apa ke), ada perancangan utk dimajukan demi kemaslahatan rakyat, maka wajib diusahakan tapi bukannya utk kepentingan atau ketamakan sesetengah individu. Keadilan Islam sgt jelas hatta jika di dalam negra Islam, ada org merosakkan rumah ibadat bukan islam macam gereja or kuil , maka negara dan org2 Islam juga wajib juga pertahankan (BUT this is dlm konteks negara Islam - Malaysia is NOT!) Perkara ini jelas ada dalil dari Nas Al Quran dan Hadis. So minda kita ini apapun, utamakan lah ISLAM atas segalanya dan bukan BANGSA. Dah pilih Islam, berusahalah jadi muslim yg baik yg disegani dan dihormati oleh bukan Islam. Dgn keperibadian yg baik, non-muslims pasti hormati Islam dan sedia untuk tunduk patuh pada hukum Islam yg sememangnya adil kerana Allah maha mengetahui fitrah manusia. We are not perfect but Allah melihat usaha kita memperbaiki diri. Dlm Islam, job oriented yg utama, not result oriented. Keputusan Allah yg tentukan tapi amalan kita yg Allah hitung dan reward.
Bismillahirrahmanirrahim (Dgn nama Allah yg maha PEMURAH dan maha PENYAYANG). Kerana sifat RAHMAN Allah lah, maka seluruh manusia baik islam atau kafir dapat menikmati dunia yg sementara. Yahudi, cina etc. kaya-raya walaupun buat dosa sepanjang hayat. Tapi kita yg Islam ada kelebihan kerana Allah beri sifat RAHIMNya, kasih dan sayang Allah. Kalau di dunia kita miskin tapi bertakwa, di akhirat kita kaya raya. Kalau di dunia kita di tindas tapi redha dgn ujian Allah, di akhirat kitalah KING dan dapat layanan 1st class di syurga. Ini janji Allah. Jadi ingatlah, tanah bumi ini bukan milik kita, milik melayu, cina or siapapun...semuanya milik Allah yg dipinjamkan pada kita utk rasai sedikit nikmat di dunia. Kalau ada tanah besar, maka zakat pun besarlah...itulah adilnya sistem Islam.
Minta maaf , aku tolak polisi DEB sekarang walaupun aku akui aku produk DEB thru MRSM, KPP, UK. It should be improved ikut perspektif Islam so Insya Allah, keadilan pada semua kaum tanpa melupakan keistimewaan melayu yg termaktub dlm perlembagaan. Aku berterima kasih pada Allah dan rakyat Malaysia (termasuk cina, india dan lain2) yg menyumbang sedikit hasil titik peluh mereka melalui income tax etc.. Penyumbang tax terdiri dari cina, india, serani, org asli, syarikat jepun, sykt omputeh, sykt cina dan lain-lain, so bukan melayu saja. Jadi aku rasa aku patut balas balik jasa semua rakyat Malaysia dgn apa yg termampu. Dapat bersuara sedikitpun tetap sumbangan.
2 years ago, aku ada 2 pekerja cemerlang yg aku recommend highest grade and promotion, dua2nya cina walaupun bukan melayu ni, mereka ini cuma 5% drp jumlah staff-staff aku. I go for meritocracy and adil. Bagi aku ini amanah kerja dari Allah so no favoritism dalam soal kerja.Yg bagus must be rewarded regardless of race and religion. Sepatutnya yg muslim lebih cemerlang sebab mereka ni muslim tapi inilah realiti yg berlaku. For staffs muslim, we need to push and motivate them to be the best. Tak mustahil if we treat ourselves as a LEADER instead of a BOSS.
So to all my friends yg kebanyakannya middle class and some I believe dah reach upper class or top class, please help to improve org2 kita yg se agama dgn kita dan bersikap adillah mengikut perspektif Islam. Jangan kita pandang cina, india or bangsa lain dgn pandangan perkauman...pandang lah mereka dgn pandangan bahwa mereka ini mungkin akan jadi saudara se Islam kita suatu hari nanti. Moga Malaysia aman makmur di bawah syariat Islam...only then, keadilan utk semua menjadi realiti...Insya Allah.

Perihal Hutang Piutang

Salam to all my dearest friends ikhwan fiddiin
Memandangkan emel kita 2-3 hari ni nampak sunyi je, maybe masih kekenyangan lemang, ketupat dan kuih raya kot so aku saje la ingat nak kongsi sikit hal2 bab hutang ni. Bukan apa, tadi ada la member lama (ex mrsmbp) called tanya khabar dan tah macamana dia suggest suruh aku buat ulasan sikit bab2 hutang ni. Aku tak pandai mana pun but just to share apa2 yg boleh, mudah2an kita semua dapat manfaat bersama especially diri aku sendiri utk ingatan.Bab hutang ni aku rasa most of us terlibat, baik hutang rumah, kereta, kredit kad etc etc. Kalau ada yg debt free alhamdulillah, maybe boleh share some tips to us here. Berhutang ni bukannya salah atau haram, ia diharuskan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu yg penting terutama perkara asas menurut perundangan maqasid al-syariah.
Tidak semua manusia dilahirkan kaya kerana ada di antara kita yang sederhana dan ada yang kurang bernasib baik.Bagi yang kurang bernasib baik dan tiada pilihan yang boleh diambil, mungkin mereka terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan harian mereka seperti untuk membeli makanan, perubatan, tujuan pendidikan dan sebagainya. Berhutang utk membeli rumah dan kenderaan juga harus kerana ianya sudah menjadi keperluan tetapi biarlah mengikut kemampuan dan yakin boleh bayar semula.Yang jadi masalah sekarang ialah kerana org berhutang utk bergaya, menunjuk2 atau untuk tujuan maksiat (judi, perempuan dan sebagainya). Ada yg sampai sanggup pinjam drp along2 yg akhirnya makan diri sendiri.Dengan kata lain, bila kita berhutang tak kena pada tempatnya atau berhutang untuk perkara yang tidak perlu atau mendesak, maka kita sebenarnya telah menempah kesusahan. Kenyataan ini bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud:
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari."
Dlm Islam, sebarang perbelanjaan perlu menjurus kepada dua matlamat utama iaitu berbelanja di jalan Allah (al-infaq fi sabilillah) seperti mengeluarkan perbelanjaan untuk zakat; dan perbelanjaan untuk diri sendiri dan keluarga seperti perbelanjaan penyediaan makan, minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
Sebaik-baik corak perbelanjaan ialah bersederhana, iaitu tidak terlalu bermewah-mewah dan tidak terlalu kedekut atau bakhil. Inilah yang disarankan oleh Al-Quran menerusi firman Allah taala:
"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (AlFurqan : 67)
Di samping dua matlamat utama perbelanjaan ini, kita juga boleh menjadikan faham maslahah sebagai panduan kita semasa berbelanja. Faham ini ada kaitan dengan tujuan perundangan dalam Islam iaitu untuk menjaga agama, jiwa, keturunan, harta dan akal. Jadi perbelanjaan yang baik ialah kita berbelanja untuk mencapai kelima-lima matlamat yang digariskan oleh syarak tadi.
HUKUM MEMBAYAR HUTANG

Hukum membayar hutang adalah wajib dan amat perlu dititikberatkan. Sekarang, terlalu ramai orang yg terlalu ambil mudah tentang hutang, menangguh bayaran atau langsung tak nak bayar (buat "derk je"). Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.'' Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak2 ,isteri dan waris2 pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut Hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung2 dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Bahkan pernah berlaku satu peristiwa, di mana Rasulullah saw pada mulanya tidak mahu menyembahyangkan jenazah seorang lelaki dari golongan Ansar apabila Baginda tahu bahawa lelaki itu masih ada berhutang dua dinar, lalu hutang lelaki itu dibayar oleh seorang sahabat bernama Fataadatal Ansari, maka barulah Rasulullah saw menyembahyangkan jenazahnya.
Di dalam satu kejadian lain Rasulullah saw pernah suatu hari telah duduk bersama para sahabat Baginda di tempat satu jenazah, maka Baginda mendongak atau mengangkat kepala Baginda ke langit kemudian meletakkan tapak tangan Baginda di atas dahi Baginda dan berkata:
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan suatu yang sangat dahsyat.''
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:
"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah swt) kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.'' (Riwayat Al-Imam Ahmad).

Cukuplah disini beberapa Hadis dan Nas sebagai perigatan terhadap beratnya tanggungan kita utk melangsaikan hutang. Ini sbg peringatan kepada diri saya dan juga kawan2 agar mengambil berat hal2 berkaitan hutang. Bila berhutang, tlg pastikan ianya bertulis agar ada rekod supaya tidak menjadi perbalahan atau keraguan di masa hadapan kerana kita ni manusia yg mudah terlupa dan ter..ter...macam2 ter daa.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berutang itu mengimlakan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada utangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakan, maka hendaklah walinya mengimlakan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis utang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu, (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al Baqarah:282)

BAGI PEMIUTANG (YG MEMBERI PINJAMAN)

Maybe ada antara kawan2 kita yg terlebih mampu sehingga boleh berikan pinjaman pada org lain. Perbuatan ini sgt baik dlm Islam kerana ia membantu org lain yg dalam kesusahan. Tapi ingat! Jangan sekali-kali, memberi pinjaman tapi dikenakan syarat utk bayar lebih atau ada interest or faedah. Ini sudah menjadi perbuatan RIBA dan haram syurga baginya nanti...Nauzubillah.

Kalau org yg berhutang dlm kesusahan dan belum mampu utk bayar lagi maka bertimbang rasalah, jgn dipaksa, bersabar dan tunggu sehingga dia ada kelapangan seperti firman Allah swt:
"Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Al Baqarah:280)

Kalau kita sabar dan ikhlas maka Allah beri pahala sebab kita tolong org yg susah. Kalau kita terlebih kaya or terlebih mampu, maka pengurangan hutang atau lupuskan terus pun lebih baik seperti firman Allah tadi. Tapi kalau memang perlukan juga duit hutang tu maka, bersabarlah dan berhemah dlm menuntut hutang. Silaturrahim mesti di jaga dan jgn sampai bermasam muka. Kadang2 kita ni, pernah dgr si polan ni selalu susah dan selalu berhutang, maka kita pun terus cuba jauhkan diri dari dia sebab takut dia nak hutang dgn kita. Fikiran macam ni silap sebab kita ni mungkin tak tahu kesusahan sebenar yg dia hadapi. Ingatlah yg menjaga silaturrahin antara saudara-mara dan sahabat handai adalah wajib dan lebih utama.Jgn kerana hanya dgr cerita si polan ni suka berhutang maka kita awal2 lagi dah jauhkan diri, nampak kelibat dia, je terus lari or korner kot lain.

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam kaedah muamalah Islam, memberikan pengurangan terhadap pembayaran balik pinjaman oleh pihak pemberi hutang juga dikenali dengan prinsip yang diistilahkan sebagai dha wa ta`ajjal.
Prinsip ini berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. pada satu hari telah memerintahkan Bani Nadir untuk meninggalkan Madinah. Kemudian baginda dimaklumkan bahawa masih ramai kalangan penghuni Madinah yang berhutang wang dengan mereka. Maka Rasulullah pun bersabda: Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan permudahkan cara pembayaran. (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Pernah satu ketika seorang sahabat Nabi yang bernama Ka`ab sedang berbincang dengan Ibnu Abi Hadrad mengenai hutangnya yang belum dilunaskan. Perbincangan yang dilakukan di masjid dengan suara yang nyaring itu telah didengari oleh Nabi yang ketika itu berada di rumah baginda. Lalu Nabi memanggil Ka`ab seraya berkata: "Kurangkanlah jumlah hutang tersebut". Jawab Ka`ab: "Aku sudah pun mengurangkannya". Dan Nabi terus berkata kepada Ibnu Abi Hadrad, "Bangun dan langsaikanlah hutang kamu" (hadis riwayat al-Bukhari).

Berpandukan ayat al-Quran dan kedua-dua hadis inilah ulama berpendapat bahawa prinsip mengurangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang adalah dibenarkan dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, ganjarannya diumpamakan seperti memberi sedekah terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kesulitan dan kepayahan lantaran ditimpa bencana atau malapetaka.

Kesimpulannya secara ringkas, kalau boleh jgnlah berhutang kerana takut tak terbayar dan roh di awang-awangan (jika tek selesai hutang). Tapi kalau dah kerana ada keperluan , maka diharuskanlah tapi ambil berat utk bayar balik hutang. Bagi yg memberi hutang pula (Pemiutang), jgn ambik keuntungan kerana ia jadi riba, kalau mampu kurangkan atau sedekah semuanya kerana ianya sgt baik jika niat nak bantu org yg dlm kesusahan. Tapi jgn pula saja2 nak tolong org2 yg memang sendiri saja nak cari susah berhutang kerana nak bermewah-mewahan.
Wallahu'alam bissawab wassalam.

Friday, October 10, 2008

Muslim Sejati - Hindari Assobiyah

Setiap nafas kita setiap saat adalah kerana Allah dan Islam sebagai landasan peraturan hidup seharian kita. Narrowing sesuatu perkara towards Islam tidak dapat dielakkan kerana in everything we do in every second even every nano second, semuanya mesti dilihat dari perspektif Islam, perspektif amalan dan ibadah. Tidak ada pengecualian baik urusan bangsa, politik, ekonomi, ketenteraan, perkahwinan, pentadbiran hatta dalam perkara yg dianggap remeh seperti menguap, istinja', potong kuku etc etc. semuanya ada peraturan dan tatacara. Kita tidak perfect dan berusaha kearah memperbaiki amalan yg akan dilihat oleh Allah. Job Oriented instead of Result Oriented.
Inna solaati wanusuki wamah yaaya wamamaati lillahi robbil 'alamiin ( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku danmatiku hanyalah kerana Allah Pengatur sekalian alam) ...doa iftitah, ikrar kita minimum 5 kali sehari."Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujuraat:13)
Pencipataan manusia dgn berbagai warna kulit, rupa, culture dan bahasa adalah utk kita saling kenal-mengenali, belajar antara satu sama lain. Perkembangan tamadun juga berlaku akibat perkongsian ilmu antara satu bangsa dgn bangsa lain berdasarkan kelebihan yg Allah berikan pada sesuatu kaum. Penciptaan Allah ini juga adalah untuk menanamkan sifat insaf kepada manusia tentang sifat Aziz (Maha Perkasa) Allah, sifat Akbar (Maha Besar) Allah dalam penciptaan manusia dgn pelbagai rupa dan ciri. Semua ini adalah utk manusia berfikir dan bersyukur dgn apa yg dkurniakan dan diciptakan.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. "(Ali-Imran:190-191)
Menurut surah ini, org2 berakal disebut didlm bahasa al Quran sbg ULIL ALBAB. Mereka ini sentiasa memikirkan penciptaan Allah baik duduk, berdiri, baring, berkerja, semua amalan sentiasa dlm keadaan bertadabbur, iaitu berfikir dan bukan sekadar bertilawah atau membaca semata, pemahaman di buktikan dgn amalan dan perbuatan. Moga kita semua dilorongkan Allah termasuk di dalam golongan Ulil AlBab .
Berbalik kepada penciptaan manusia pelbagai bangsa tadi, refer surah Al Hujuraat ayat 13 tadi, sesungguhnya yg paling mulia adalah org2 yg bertakwa dikalangan kamu. Tidak ada di dalam Nas al quran yg menganjurkan manusia ke arah Assobiyah atau semangat kebangsaan yg ekstreme dan taksub begitu juga dgn hadis2 Rasulullah saw. Semangat kebangsaan yg berlebihan dan ekstreme akan membawa kemusnahan kepada sesuatu bangsa. Pada Allah, semua manusia sama dan hanya yg paling bertakwa, yg tinggi darjat dan martabatnya.
Di dalam urusan pentadbiran atau strategi negara di zaman Rasulullah saw, Baginda sentiasa berkomunikasi dan berbincang dgn para sahabat yg terdiri dari berbagai bangsa mengikut kepakaran seseorang sahabat. Ada kalanya, Rasulullah mendengar pandangan Bilal Al Rabah (seorang habsyi), di waktu perang khandak, Rasulullah menerima pandangan Salman Al Farisi, seorang Parsi (dari Iran). Tidak ada prejudis Rasullulah terhadap status bangsa seseorang tetapi berdasarkan keIslaman seseorang dan kebijaksanaan yg ada.Ok, dlm konteks assobiyah, naturally tak dapat dinafikan fitrah manusia akan pasti menyayangi dan mendahulukan ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat dan ini secara tidak langsung semangat sayang kaum pasti wujud. Perkara ini Allah lebih arif dan ada dijelaskan dlm Al Quran. Tapi lihat bagaimana Allah menerangkan di dalam al quran dan seerah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana penerapan ciri2 sayang ahli keluarga dan kaum dapat dimanfaat untuk kebaikan Islam dan ummah keseluruhannya tanpa mengira bangsa atau kaum.
Firman Allah : "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri" (An Nisaa':36). Firman Allah yg lain berkenaan kaum kerabat, boleh rujuk juga AlBaqarah:83 dan AlBaqarah:215.
Sememangnya Allah Maha Mengetahui perkara ini kerana fitrah dan penciptaan manusia adalah oleh Allah. But bagaimana kita menggunakan pendekatan sayangi ahli keluarga dan kerabat terdekat dalam hal pembinaan ummah keseluruhannya. Ahli keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan seterusnya kampung, daerah, negeri dan negara. Pembentukan sesebuah negara adalah terhasil dari pembentukan sesuatu masyarakat, maka dalam membina negara yg adil dan menurut ajaran Islam, pembentukan sahsiah dan akhlak perlu didahulukan dgn diri sendiri dan ahli keluarga. Seterusnya diperkembangkan kepada kaum kerabat, saudara-mara, sahabat, org2 yg dipimpin baik di tempat kerja atau persatuan/jamaah dan kalau pemimpin besar/menteri, di amanahkan juga pimpinan ke atas rakyat.
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy Syu'araa:214). Lihatlah firman Allah juga menyeru kita berdakwah kepada kaum kerabat terdahulu. Rasulullah juga menunjukkan pada kita bagaimana Islam mula dikembangkan Baginda melalui isteri, Khadijah r.a, lalu anak saudara, Ali, sahabat karib, Abu Bakar. Allah juga menyarankan di dalam firmannya " Ya ayyuhal lazi na aamanu Quu anfusakum wa ahliikum NAARO ...." bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; ........." (At Tahrim:6).
Ayat ini menyeru kita agar memelihara diri sendiri dan keluarga dari api neraka adalah asas penting pembentukan akhlak dalam keluarga dan masyarakat. Apabila berjayanya seluruh ahli keluarga beriman kepada Allah dan takutkan pembalasan Allah serta api neraka, maka terbentuklah keluarga sakinah yg menjadi idaman setiap individu khususnya para ibu bapa, suami dan isteri. Secara ringkasnya, menyayangi ahli keluarga, kaum kerabat dan kaum ada kaedah dan ada tujuannya. Ultimatum, semuanya hanyalah mengarahkan manusia kepada ketakwaan dan mencapai mardhotillah.
Permasalahan kita sekarang, adalah sikap prejudis kita apabila melihat seseorang atau kaum atau bangsa. Contoh, apabila kita lihat org bangla or org indon, sikap prejudis kita lebih menjurus kepada "Bangla ni....", "Alaa, org indon...bla bla" dan macam2lah walhal mereka ini majoritinya Muslim. Begitu juga apabila kita melihat cina, india, mat saleh dan kaum lain. Prejudis kita lebih kepada assobiyah semangat taksub bangsa. Islam tak menafikan sifat sayang keluarga, kaum atau bangsa tapi permasalahan kita lebih kepada TAKSUB. Yang lebih baik adalah apabila kita melihat kaum2 lain ini dari perspektif Islam dan tuntutan Islam spt yg dijelaskan dari Al Hujuraat ayat 13 tadi.
Marilah kita berusaha menjadi Opportunist dlm melihat perbezaan kaum ini sebagai satu peluang untuk kita kembangkan dakwah dan buktikan pada mereka keSYUMULAN dan keadilan Islam . Maka tidak mustahil dan pasti Insya Allah, mereka akan berbondong-bondong menyertai Islam seperti Firman Allah " Izaa ja anas rullah hi wal Fath. Waro aitanna sayadkhulu nafi diinillahi afwaaja. Fasabbih bihamdirobbika wastaghfir, innahu kanau waaba" bermaksud : "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat." (An Nashr)Wallahu'alam bissawab wassalamualaikum.

Ngomel-ngomel Isu Hak Keistimewaan Melayu

Salam
Wow! Syok baca pendapat member2 daripada group mailing list ex schoolmates. Bila teringat zaman di sekolah dulu, it's a big difference. Nampak ketara peningkatan dan kemantapan minda setiap seseorang. Takde komen yg bodoh, tak cerdik or seumpamanya but semuanya bernas dan ada pointers yg kena dilihat dan direnug jauh lagi. Some points will create more questions and questions...tu yg menarik tu. Anyway, at the end Allah jugalah yg menentukan resultnya dan kita semua hanya merancang dan cuba laksanakan mengikut apa yg dirancangkan.
Berbalik kepada isu hak keistimewaan melayu, DEB dan yg berkaitan dgnnya. Personally, bagi aku this is a good start for malays to work harder and appreciate what they earned. Sebelum ni, setengah2 kontraktor melayu terlalu manja dan too complacent. Buat kerja ala-kadar, bila failed or lari budget minta VO dari gomen and approved pulak tu. Example, projek makmal IT sekolah2, bagi VO 2-3 kali pun tak siap2 gak projek. Ada yg bangunan runtuh la, jambatan retak la, MRR2 pun retak, hospital bocor, mahkamah baru bocor, bangunan MITI (juts to name a few) and banyak sgtlah projek yg failed. Bayangkan betapa banyak duit rakyat dibazirkan untuk kroni2 dan kontraktor2 yg senang dapat projek tapi qualification, quality of job FAILED!
Billions of people money have gone to the "drain". Now zaman globalisasi, local companies are competing with world class companies from other countries. Sooner or later , companies melayu dah tak boleh harap pada bantuan kerajaan semata-mata. Please wake-up ! Now, it is a good transition sebab masih ada DEB in few states and at federal level. So kontraktor2 melayu yg alibaba yg maybe tak layak or sakit nak dapat projek kat non-BN companies, boleh la kot cuba2 minta simpati kat states lain or federal. BUT for how long?? Belajarlah bekerja dan berusaha bersungguh2 agar rezeki yg dapat itu HALAL.
Lihat dari perspektif Islam yg sebenar2nya menurut Al Quran dan Hadis. Lihat cara pentadbiran Rasulullah s.a.w dan 4 khalifah. Lihat cara pemerintahan Saidina Umar which is about 10 tahun. Di zaman Umar bermulanya, sistem penggajian tentera dan org yg berkhidmat utk negara, sistem baitul mal yg teratur, sistem penghakiman yg adil, sistem pengagihan zakat yg adil dan efisien dan macam2 sistem pentadbiran. Sikap ketelusan dan keterbukaan Saidina Umar sgt tinggi sehinggakan seorang wanita rakyat awam boleh menegur Khalifah tentang hal masyar (mas kahwin) dan Umar menerima dgn hati terbuka dan berterima kasih dgn teguran tersebut. Cuba bayangkan, kalau ada sesiapa tegur PM, MB hatta boss kat tempat kerja pun, ermm silap2 haribulan, kena gam or kena banned or tak naik pangkat or apa2lah.
Apabila wafat nya Umar, tidak ada harta yg ditinggalkan utk keluarganya, semua yg beliau lakukan adalah untuk Allah, Islam dan ummah semata-mata kerana beliau yakin dibawah sistem Islam yg maha adil, keluarga beliau, kawan2 beliau dan rakyat beliau pasti terjamin kehidupan, tidak ada yg kebuluran atau miskin, semua harta & bantuan diberi dgn adil mengikut kelayakan tanpa mengira muslim, bukan muslim, yahudi, parsi, nasrani atau apa pun.
Menurut syariat Islam, 2 org yg miskin , seorang muslim dan seorang kafir, kedua2 layak terima bantuan sama rata asalkan kedua2nya adalah rakyat yg sah yg menerima syariat Islam sebagai sumber hukum . Org2 kafir ini di gelar Kafir Zimmi sebab menerima peraturan Islam dan hidup bersama org Islam serta saling hormat-menghormati. Sbg rakyat, mrk di wajibkan untuk membayar jizyah (cukai) sebagaimana muslimin diwajibkan membayar zakat. Jizyah ini adalah sbg ikatan perhubungan antara mereka yg bukan Islam dgn kerajaan Islam. Akibat ikatan inilah maka umat Islam wajib mempertahankan maruah, harta dan nyawa mereka. Mereka kafir zimmi ini tidak diwajibkan berperang dan hikmahnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk didakwah memeluk Islam. Begitulah indahnya Islam dan adilnya Allah memberi peluang kepada seluruh manusia utk menjadi muslimin agar terselamat daripada azab api neraka. Jika mereka mati, org2 Islam wajib menguruskan mayat mereka dgn baik. Jika mereka mencuri, mereka juga tertakluk pada hukum hudud begitu juga Qisas bagi yg membunuh. Sebaliknya, org2 Islam juga wajib pertahankan rumah ibadat non-muslims spt gereja, kuil dan sebagainya didalam peraturan negara yg mengikut syariat Islam. Itulah adilnya Islam, memberi kebebasan manusia utk memilih agama yg dikehendaki tanpa mengabaikan hak2 org Islam dan juga yg bukan Islam.
Mudah2an hukum Islam yg total dapat berlaku di Malaysia dan semua rakyat insya Allah pasti dilayan dgn adil. Tugas kita sbg Muslim adalah menyampaikan dakwah dan hanya Allah yang layak tentukan siapa yang akan diberi hidayah dan petunjuk.Kita org Islam dppertanggungjawabkan menjadi Khalifah di muka bumi agar bersikap adil kepada semua makhluk baik manusia atau binatang.
Janganlah risau pasal isu DEB or hak istimewa Melayu. Setiap manusia ada rezeki yg ditentukan oleh Allah. Kalau dulu kontraktor melayu rasa senang dapat projek, now maybe susah so kenalah usaha lebih. Kalau rajin berusaha insya Allah, pasti nanti senang jua dapat projek atas pertolongan Allah. Rujuk beberapa ayat Al Quran.
Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit). (Ar Rad:26)
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak (An Nisaa:100)
Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al Ankabut:62)
Now we monitor whether Pakatan Rakyat is transparent dan adil. They are given 4-5 years to prove. If they failed, they will be gone especially PKR and DAP. Hope orang melayu akan jadi bangsa yg kompetitif dan cemerlang, bukan golongan subsidi dan meminta2. If they embraced Islam well then they will succeed insya Allah. Jika kamu bertakwa dan dekatkan diri pada Allah serta berusaha bersungguh2 dan disertakan dgn niat ibadah, nescaya rezeki akan datang dari merata2 tempat yg kamu tak pernah jangkakan. Percayalah.....