Salam to all my dearest friends ikhwan fiddiin
Memandangkan emel kita 2-3 hari ni nampak sunyi je, maybe masih kekenyangan lemang, ketupat dan kuih raya kot so aku saje la ingat nak kongsi sikit hal2 bab hutang ni. Bukan apa, tadi ada la member lama (ex mrsmbp) called tanya khabar dan tah macamana dia suggest suruh aku buat ulasan sikit bab2 hutang ni. Aku tak pandai mana pun but just to share apa2 yg boleh, mudah2an kita semua dapat manfaat bersama especially diri aku sendiri utk ingatan.Bab hutang ni aku rasa most of us terlibat, baik hutang rumah, kereta, kredit kad etc etc. Kalau ada yg debt free alhamdulillah, maybe boleh share some tips to us here. Berhutang ni bukannya salah atau haram, ia diharuskan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu yg penting terutama perkara asas menurut perundangan maqasid al-syariah.
Tidak semua manusia dilahirkan kaya kerana ada di antara kita yang sederhana dan ada yang kurang bernasib baik.Bagi yang kurang bernasib baik dan tiada pilihan yang boleh diambil, mungkin mereka terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan harian mereka seperti untuk membeli makanan, perubatan, tujuan pendidikan dan sebagainya. Berhutang utk membeli rumah dan kenderaan juga harus kerana ianya sudah menjadi keperluan tetapi biarlah mengikut kemampuan dan yakin boleh bayar semula.Yang jadi masalah sekarang ialah kerana org berhutang utk bergaya, menunjuk2 atau untuk tujuan maksiat (judi, perempuan dan sebagainya). Ada yg sampai sanggup pinjam drp along2 yg akhirnya makan diri sendiri.Dengan kata lain, bila kita berhutang tak kena pada tempatnya atau berhutang untuk perkara yang tidak perlu atau mendesak, maka kita sebenarnya telah menempah kesusahan. Kenyataan ini bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud:
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari."
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari."
Dlm Islam, sebarang perbelanjaan perlu menjurus kepada dua matlamat utama iaitu berbelanja di jalan Allah (al-infaq fi sabilillah) seperti mengeluarkan perbelanjaan untuk zakat; dan perbelanjaan untuk diri sendiri dan keluarga seperti perbelanjaan penyediaan makan, minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
Sebaik-baik corak perbelanjaan ialah bersederhana, iaitu tidak terlalu bermewah-mewah dan tidak terlalu kedekut atau bakhil. Inilah yang disarankan oleh Al-Quran menerusi firman Allah taala:
Sebaik-baik corak perbelanjaan ialah bersederhana, iaitu tidak terlalu bermewah-mewah dan tidak terlalu kedekut atau bakhil. Inilah yang disarankan oleh Al-Quran menerusi firman Allah taala:
"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (AlFurqan : 67)
Di samping dua matlamat utama perbelanjaan ini, kita juga boleh menjadikan faham maslahah sebagai panduan kita semasa berbelanja. Faham ini ada kaitan dengan tujuan perundangan dalam Islam iaitu untuk menjaga agama, jiwa, keturunan, harta dan akal. Jadi perbelanjaan yang baik ialah kita berbelanja untuk mencapai kelima-lima matlamat yang digariskan oleh syarak tadi.
HUKUM MEMBAYAR HUTANG
Hukum membayar hutang adalah wajib dan amat perlu dititikberatkan. Sekarang, terlalu ramai orang yg terlalu ambil mudah tentang hutang, menangguh bayaran atau langsung tak nak bayar (buat "derk je"). Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.'' Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak2 ,isteri dan waris2 pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut Hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung2 dilangit dan semua amalannya tergantung.
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).
Bahkan pernah berlaku satu peristiwa, di mana Rasulullah saw pada mulanya tidak mahu menyembahyangkan jenazah seorang lelaki dari golongan Ansar apabila Baginda tahu bahawa lelaki itu masih ada berhutang dua dinar, lalu hutang lelaki itu dibayar oleh seorang sahabat bernama Fataadatal Ansari, maka barulah Rasulullah saw menyembahyangkan jenazahnya.
Di dalam satu kejadian lain Rasulullah saw pernah suatu hari telah duduk bersama para sahabat Baginda di tempat satu jenazah, maka Baginda mendongak atau mengangkat kepala Baginda ke langit kemudian meletakkan tapak tangan Baginda di atas dahi Baginda dan berkata:
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan suatu yang sangat dahsyat.''
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:
"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah swt) kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.'' (Riwayat Al-Imam Ahmad).
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:
"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah swt) kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.'' (Riwayat Al-Imam Ahmad).
Cukuplah disini beberapa Hadis dan Nas sebagai perigatan terhadap beratnya tanggungan kita utk melangsaikan hutang. Ini sbg peringatan kepada diri saya dan juga kawan2 agar mengambil berat hal2 berkaitan hutang. Bila berhutang, tlg pastikan ianya bertulis agar ada rekod supaya tidak menjadi perbalahan atau keraguan di masa hadapan kerana kita ni manusia yg mudah terlupa dan ter..ter...macam2 ter daa.
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berutang itu mengimlakan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada utangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakan, maka hendaklah walinya mengimlakan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis utang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu, (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al Baqarah:282)
BAGI PEMIUTANG (YG MEMBERI PINJAMAN)
Maybe ada antara kawan2 kita yg terlebih mampu sehingga boleh berikan pinjaman pada org lain. Perbuatan ini sgt baik dlm Islam kerana ia membantu org lain yg dalam kesusahan. Tapi ingat! Jangan sekali-kali, memberi pinjaman tapi dikenakan syarat utk bayar lebih atau ada interest or faedah. Ini sudah menjadi perbuatan RIBA dan haram syurga baginya nanti...Nauzubillah.
Kalau org yg berhutang dlm kesusahan dan belum mampu utk bayar lagi maka bertimbang rasalah, jgn dipaksa, bersabar dan tunggu sehingga dia ada kelapangan seperti firman Allah swt:
"Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Al Baqarah:280)
Kalau kita sabar dan ikhlas maka Allah beri pahala sebab kita tolong org yg susah. Kalau kita terlebih kaya or terlebih mampu, maka pengurangan hutang atau lupuskan terus pun lebih baik seperti firman Allah tadi. Tapi kalau memang perlukan juga duit hutang tu maka, bersabarlah dan berhemah dlm menuntut hutang. Silaturrahim mesti di jaga dan jgn sampai bermasam muka. Kadang2 kita ni, pernah dgr si polan ni selalu susah dan selalu berhutang, maka kita pun terus cuba jauhkan diri dari dia sebab takut dia nak hutang dgn kita. Fikiran macam ni silap sebab kita ni mungkin tak tahu kesusahan sebenar yg dia hadapi. Ingatlah yg menjaga silaturrahin antara saudara-mara dan sahabat handai adalah wajib dan lebih utama.Jgn kerana hanya dgr cerita si polan ni suka berhutang maka kita awal2 lagi dah jauhkan diri, nampak kelibat dia, je terus lari or korner kot lain.
Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam kaedah muamalah Islam, memberikan pengurangan terhadap pembayaran balik pinjaman oleh pihak pemberi hutang juga dikenali dengan prinsip yang diistilahkan sebagai dha wa ta`ajjal.
Prinsip ini berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. pada satu hari telah memerintahkan Bani Nadir untuk meninggalkan Madinah. Kemudian baginda dimaklumkan bahawa masih ramai kalangan penghuni Madinah yang berhutang wang dengan mereka. Maka Rasulullah pun bersabda: Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan permudahkan cara pembayaran. (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
Pernah satu ketika seorang sahabat Nabi yang bernama Ka`ab sedang berbincang dengan Ibnu Abi Hadrad mengenai hutangnya yang belum dilunaskan. Perbincangan yang dilakukan di masjid dengan suara yang nyaring itu telah didengari oleh Nabi yang ketika itu berada di rumah baginda. Lalu Nabi memanggil Ka`ab seraya berkata: "Kurangkanlah jumlah hutang tersebut". Jawab Ka`ab: "Aku sudah pun mengurangkannya". Dan Nabi terus berkata kepada Ibnu Abi Hadrad, "Bangun dan langsaikanlah hutang kamu" (hadis riwayat al-Bukhari).
Berpandukan ayat al-Quran dan kedua-dua hadis inilah ulama berpendapat bahawa prinsip mengurangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang adalah dibenarkan dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, ganjarannya diumpamakan seperti memberi sedekah terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kesulitan dan kepayahan lantaran ditimpa bencana atau malapetaka.
Kesimpulannya secara ringkas, kalau boleh jgnlah berhutang kerana takut tak terbayar dan roh di awang-awangan (jika tek selesai hutang). Tapi kalau dah kerana ada keperluan , maka diharuskanlah tapi ambil berat utk bayar balik hutang. Bagi yg memberi hutang pula (Pemiutang), jgn ambik keuntungan kerana ia jadi riba, kalau mampu kurangkan atau sedekah semuanya kerana ianya sgt baik jika niat nak bantu org yg dlm kesusahan. Tapi jgn pula saja2 nak tolong org2 yg memang sendiri saja nak cari susah berhutang kerana nak bermewah-mewahan.
Wallahu'alam bissawab wassalam.
No comments:
Post a Comment