Salam
Wow! Syok baca pendapat member2 daripada group mailing list ex schoolmates. Bila teringat zaman di sekolah dulu, it's a big difference. Nampak ketara peningkatan dan kemantapan minda setiap seseorang. Takde komen yg bodoh, tak cerdik or seumpamanya but semuanya bernas dan ada pointers yg kena dilihat dan direnug jauh lagi. Some points will create more questions and questions...tu yg menarik tu. Anyway, at the end Allah jugalah yg menentukan resultnya dan kita semua hanya merancang dan cuba laksanakan mengikut apa yg dirancangkan.
Berbalik kepada isu hak keistimewaan melayu, DEB dan yg berkaitan dgnnya. Personally, bagi aku this is a good start for malays to work harder and appreciate what they earned. Sebelum ni, setengah2 kontraktor melayu terlalu manja dan too complacent. Buat kerja ala-kadar, bila failed or lari budget minta VO dari gomen and approved pulak tu. Example, projek makmal IT sekolah2, bagi VO 2-3 kali pun tak siap2 gak projek. Ada yg bangunan runtuh la, jambatan retak la, MRR2 pun retak, hospital bocor, mahkamah baru bocor, bangunan MITI (juts to name a few) and banyak sgtlah projek yg failed. Bayangkan betapa banyak duit rakyat dibazirkan untuk kroni2 dan kontraktor2 yg senang dapat projek tapi qualification, quality of job FAILED!
Billions of people money have gone to the "drain". Now zaman globalisasi, local companies are competing with world class companies from other countries. Sooner or later , companies melayu dah tak boleh harap pada bantuan kerajaan semata-mata. Please wake-up ! Now, it is a good transition sebab masih ada DEB in few states and at federal level. So kontraktor2 melayu yg alibaba yg maybe tak layak or sakit nak dapat projek kat non-BN companies, boleh la kot cuba2 minta simpati kat states lain or federal. BUT for how long?? Belajarlah bekerja dan berusaha bersungguh2 agar rezeki yg dapat itu HALAL.
Lihat dari perspektif Islam yg sebenar2nya menurut Al Quran dan Hadis. Lihat cara pentadbiran Rasulullah s.a.w dan 4 khalifah. Lihat cara pemerintahan Saidina Umar which is about 10 tahun. Di zaman Umar bermulanya, sistem penggajian tentera dan org yg berkhidmat utk negara, sistem baitul mal yg teratur, sistem penghakiman yg adil, sistem pengagihan zakat yg adil dan efisien dan macam2 sistem pentadbiran. Sikap ketelusan dan keterbukaan Saidina Umar sgt tinggi sehinggakan seorang wanita rakyat awam boleh menegur Khalifah tentang hal masyar (mas kahwin) dan Umar menerima dgn hati terbuka dan berterima kasih dgn teguran tersebut. Cuba bayangkan, kalau ada sesiapa tegur PM, MB hatta boss kat tempat kerja pun, ermm silap2 haribulan, kena gam or kena banned or tak naik pangkat or apa2lah.
Apabila wafat nya Umar, tidak ada harta yg ditinggalkan utk keluarganya, semua yg beliau lakukan adalah untuk Allah, Islam dan ummah semata-mata kerana beliau yakin dibawah sistem Islam yg maha adil, keluarga beliau, kawan2 beliau dan rakyat beliau pasti terjamin kehidupan, tidak ada yg kebuluran atau miskin, semua harta & bantuan diberi dgn adil mengikut kelayakan tanpa mengira muslim, bukan muslim, yahudi, parsi, nasrani atau apa pun.
Menurut syariat Islam, 2 org yg miskin , seorang muslim dan seorang kafir, kedua2 layak terima bantuan sama rata asalkan kedua2nya adalah rakyat yg sah yg menerima syariat Islam sebagai sumber hukum . Org2 kafir ini di gelar Kafir Zimmi sebab menerima peraturan Islam dan hidup bersama org Islam serta saling hormat-menghormati. Sbg rakyat, mrk di wajibkan untuk membayar jizyah (cukai) sebagaimana muslimin diwajibkan membayar zakat. Jizyah ini adalah sbg ikatan perhubungan antara mereka yg bukan Islam dgn kerajaan Islam. Akibat ikatan inilah maka umat Islam wajib mempertahankan maruah, harta dan nyawa mereka. Mereka kafir zimmi ini tidak diwajibkan berperang dan hikmahnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk didakwah memeluk Islam. Begitulah indahnya Islam dan adilnya Allah memberi peluang kepada seluruh manusia utk menjadi muslimin agar terselamat daripada azab api neraka. Jika mereka mati, org2 Islam wajib menguruskan mayat mereka dgn baik. Jika mereka mencuri, mereka juga tertakluk pada hukum hudud begitu juga Qisas bagi yg membunuh. Sebaliknya, org2 Islam juga wajib pertahankan rumah ibadat non-muslims spt gereja, kuil dan sebagainya didalam peraturan negara yg mengikut syariat Islam. Itulah adilnya Islam, memberi kebebasan manusia utk memilih agama yg dikehendaki tanpa mengabaikan hak2 org Islam dan juga yg bukan Islam.
Mudah2an hukum Islam yg total dapat berlaku di Malaysia dan semua rakyat insya Allah pasti dilayan dgn adil. Tugas kita sbg Muslim adalah menyampaikan dakwah dan hanya Allah yang layak tentukan siapa yang akan diberi hidayah dan petunjuk.Kita org Islam dppertanggungjawabkan menjadi Khalifah di muka bumi agar bersikap adil kepada semua makhluk baik manusia atau binatang.
Janganlah risau pasal isu DEB or hak istimewa Melayu. Setiap manusia ada rezeki yg ditentukan oleh Allah. Kalau dulu kontraktor melayu rasa senang dapat projek, now maybe susah so kenalah usaha lebih. Kalau rajin berusaha insya Allah, pasti nanti senang jua dapat projek atas pertolongan Allah. Rujuk beberapa ayat Al Quran.
Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit). (Ar Rad:26)
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak (An Nisaa:100)
Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al Ankabut:62)
Now we monitor whether Pakatan Rakyat is transparent dan adil. They are given 4-5 years to prove. If they failed, they will be gone especially PKR and DAP. Hope orang melayu akan jadi bangsa yg kompetitif dan cemerlang, bukan golongan subsidi dan meminta2. If they embraced Islam well then they will succeed insya Allah. Jika kamu bertakwa dan dekatkan diri pada Allah serta berusaha bersungguh2 dan disertakan dgn niat ibadah, nescaya rezeki akan datang dari merata2 tempat yg kamu tak pernah jangkakan. Percayalah.....
No comments:
Post a Comment