Salam (Emel respon to ex-schoolmates mailing list Apr 20, 2008)
To me, ini bukan masalah org PAS, UMNO, PKR or apa pun. Inilah masalah melayu di Malaysia secara umumnya. Nak dapat duit cara mudah and malas nak berusaha lebih. So kenapa perkara macam ni terjadi kat org melayu? Bukan takde org melayu yg rajin tapi ramai yg tidak so biasalah kita dengar perkataan...."Alaaa org melayu", "Takpa la", "Biaq pilah depa" , "Dapat banyak ni pun cukuplah" , " Depa org cina , ada modal, bolehlah" dan macam2lah. Negatif mindset at most of the time.
Samalah, macam bangun pagi, kalau awal2 dah fikir negatif, org berniaga sure tak untung or kurang untung, kalau yg bekerja, sure longlai kat tpt kerja and tak produktif. So masalah attitude dan mindset org melayu ni kita kena sama2 berusaha utk bantu tolong ubah. Mulakan dgn diri sendiri, then ahli keluarga, sahabat handai dan seterusnya masyarakat. Sebab tu, aku sentiasa laungkan perkataan Dakwah ! Dakwah ! But dakwah lah kearah mardhotillah, hidupkan nilai2 Islam dlm hidup kita. Melayu takkan berjaya kerana NEP or apa2 sistem pun yg berasaskan assobiyah. Ini pandangan aku, maaf kalau ada yg tak setuju.
Tapi kalau sistem itu penuh dgn nilai2 Islam hatta NEP pun dan melayu menghidupkan Islam dalam diri mereka, maka PASTI melayu akan cemerlang. I used to be racist hasil pendidikan mrsm. So kalau mrsm mahukan org melayu sygkan org melayu maka tujuan dia ditubuhkan memang berjaya. But after I explore, mengkaji, belajar, cuba kenal lagi Islam (walaupun masih di tahap amat daif), mengembara, berbincang dgn byk jamaah Islam semenjak di UK lagi maka mindset aku byk berubah. Aku tolak assobiyah as Rasulullah juga tolak assobiyah. So now, aku cuba utk bersihkan diri aku dari sifat racist walaupun tak nafikan, masih ada and payah. I wanna replace with semangat Islam bukan semangat bangsa. Buat baik utk Islam, tlg org utk Islam, dan apa2 pun utk Islam, pendek kata utk capai redha Allah. Memang susah dan byk dugaan but kita berusaha, Allah juga yg akan membuat keputusanNya. Dugaan jgan ceritalah, macam2 ranjau. Umur kita pun dah 36 tahun. Tak muda dah.
Di parti, kumpulan atau jamaah, walaupun dasar ada, prinsip ada, pemimpin bagi nasihat berbuih2 pun, tak semua pengikut boleh ikut or jadi baik. Ini lumrah or sunnatullah. Ada hikmahnya, sebab Allah jadikan kita ni utk beribadat padaNya dan terus berusaha utk buat perkara yg Dia redho. Wama kholaqtul jinnawal insan illa liyag buduun (Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya utk beribadah kepada Ku). Di dlam jamaah Rasulullah sendiri pun, ada org munafik. Di zaman Abu Bakar, tak lama selepas wafat Rasulullah saw, dah ada org yg mengaku jadi Nabi, murtad dan sbgnya. 2 1/2 thn Abu Bakar jadi khalifah, beliau sibuk memerangi Nabi palsu, org tak bayar zakat, org2 murtad. Ini org2 Islam yg pernah dididik dan di tarbiyah oleh Rasulullah atau Sahabat2 sendiri dan Rasulullah baru je wafat. Inikan pula zaman sekarang. Terlalu besar cabaran tapi jgn lemah berusaha dan berjuang.Ganjaran pendokong Islam yg berjuang di akhir zaman, di zaman kita ini, Masya Allah terlalu besar dan hebat dan ini janji Allah. Cuma kita tak nampak, kalau nampak rasanya dah berbondong2 manusia ni semuanya jadi Muslim yg beriman sejati.
Sebab itu ada Hadis Rasulullah saw. yg lebih kurang maksudnya ""Ada satu golongan yg akan mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah di akhirat kelak. Sahabat bertanya: Siapakah mereka itu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Mereka adalah ummat ku yg tidak pernah melihat ku tetapi mencintaiku serta menghidupkan sunnahku. " Bila mendengar hadis ini, ada sahabat yg menangis mengharapkan dapat menjadi salah seorang golongan akhir zaman yg disebutkan Rasulullah.
Kita pula macamana ? Rasa bersyukur ke rasa apa? Tepuk dada tanya iman. So kita nak berjuang utk melayu or utk Islam. Berjuanglah utk Islam, jadi secara tak langsung, melayu yg Islam juga pasti terbela dan terpelihara kerana keadilan Islam. Org bukan Islam pun tetap terbela atas sifat keadilan Islam. Maka , hidup kita akan lebih aman dgn makin berkurangnya sifat iri-hati dan prasangkan atas sebab2 nilai Islam. Kalau kita sayang Islam, bila kita lihat Bangla, kita jgn tgk dia sbg bangsa Bangla tapi sbg org Islam berbangsa Bangladesh. Ada beza tu, sifat diskriminasi kita pasti akan hilang atau kurang sebab kita nampak dia sbg org Islam.
Memang susah sebab kita ni dah dibudayakan dgn assobiyah, semangat bangsa yg terlalu kuat sebab tu topik kita bincang sure pasal bangsa melayu tak habis2. Bangla, indon jadi bahan jenaka kita, persepsi kita pun pada mereka byk yg negatif. Indon jahatlah, suka rompak, rogol org macam2lah walahal melayu pun ramai gak yg jahat. Sama je, baik melayu, indon, bangla, cina, india or bangsa apapun, yg jahat tetap jahat, yg baik tetap baik. Yg pasti, sesiapa yg hidupkan nilai2 Islam dlm diri mereka, mereka pasti baik insya Allah. "Ihdinassirotul mustaqiim"Wassalam
No comments:
Post a Comment