Salam utk semua. (Posting from response to mailing list - Apr 18, 2008)
Ermm..ingat buka laptop nak buat keje sikit but nampaknya diskusi makin hangat. So aku rasa perbincangan ini lebih utama demi menjelaskan apa2 yg patut dan di dalam ruang lingkup ilmu yg aku ada. Aahh yg ini baru betul kalau nak pakai kaedah fiqh al awlawiyah. Nampaknya, perbincangan agak jauh, sampai ada isu aqidah, syahid dan sebagainya. Secara peribadi, mungkin ada pandangan yg penulis maksudkan lain tapi kita tafsirkan lain..biasalah manusia, susah nak hindarkan diri dari bersangka-sangka. Sebab tu dlm Al Quran ada ayat yg melarang kita bersangka-sangka. Kita ambil kaedah yg baik iaitu husnu Zon maksudnya bersangka baik.
Bila kawan kita sebut bergoncang aqidah, mungkin maksud dia lain, mungkin juga peringatan dari beliau agar jgn taksub kepada sesuatu perkara atau benda baru atau makhluk. Undang2 manusia, polisi ataupun manusia sendiri, kita dilarang untuk jatuh taksub sehingga merasakan itulah pergantungan kita yg sangat penting. Pergantungan kita hanya pada Allah , Alquran dan Hadis adalah panduan untuk kita kurniaan Allah dan Rasulullah sebagi uswah hasanah.
Untuk menyokong sesuatu polisi atau peraturan manusia hatta NEP sekalipun adalah dibenarkan selagi tidak berlawanan dgn Al Quran dan Hadis. NEP, secara ikhlas aku sendiri tak pernah lihat detail peraturan, framework dan polisinya so aku tak tau samada menepati Quran dan Hadis atau ada perkara yg berlawanan, wallahu'alam.
But back to basic kepada kaedah Feqah, setiap peraturan yg diperintah oleh Allah terbahagi kepada 2 iaitu perkara Usul dan Furuq. Analoginya ambil cth pokok, usul adalah akar dan tunjang pokok sedangkan furuq adalah cabang-cabangnya or ranting. Kalau akar mati, maka matilah seluruh pokok tapi kalau cabang yg mati, pokok masih boleh hidup. Kalau ranting tu tak sesuai pada sesuatu cuaca, maybe dia akan mati dan diganti dgn ranting baru. begitulah juga dlam perkara2 hukum dlm Islam. Perkara Usul tidak boleh dibahaskan lagi sebab ia adalah ketetapan yg qath'i dan hakiki. Contoh utama ialah solat dan puasa. Solat zohor 4 rakaat itu Usul so takde mazhab mana2 pun yg ckp 3 rakaat or lain dari 4. Kalau ada, SESATlah jawabnya.
Begitu juga dgn 13 rukun dlm solat, ini perkara usul. Apa yg furuq? dlm solat, cara duduk antara 2 sujud misalnya, duduk antara 2 sujud rukun tapi cara duduk furuq. Mati syahid? Yes, menurut surah Fatihah ayat terakhir ".....iaitu jalan yg Engkau kurniakan NIKMAT kepada mereka. Siapakah mereka ini ?
Menurut surah An Nisaa ayat 69, mrk adalah para Nabi, siddiqiin, syuhada' (mati syahid) dan org2 yg soleh. So mati syahid memang dapat pengiktirafan yg tinggi dari Allah, 3rd rank after siddiqiin.
But mempertahankan NEP, adakah mati syahid? Menurut pandangan peribadi aku , tidak! Alasan aku :
1) Syahid dikurniakan kepada para pejuang Allah yg ikhlas berjihad menegakkan perintah Allah dan mempertahankan agama Allah. Jika mati dlm berjuang utk amar maaruf dan nahi mungkar, juga mati syahid. Mempertahankan kehormatan ahli keluarga dan mempertahankan aqidah seseorang muslim, jika mati juga dapat syahid insya Allah.
2) Mempertahankan NEP? Sorry detail aku tak tau tapi yg aku faham secara dasarnya NEP adalah New Economic Policy created in 1970 selepas MAGERAN utk mempertahankan hak keistimewaan org melayu or bumiputra. Rasanya tidak ada disebutkan utk mempertahankan hukum Islam, hak org Islam atau syariat Islam. NEP hanyalah polisi yg bersifat sementara ciptaan manusia utk sesuatu bangsa. Adakah NEP membawa kita pada keredhaan Allah ? Susah nak tafsir sbb boleh ada byk perspektif dan bukan peraka qath'i. Ada kata maybe dpt redha Allah sbb yg dapat boleh bersyukur itupun kalau tahu bersyukur. Maybe ada yg kata, punca perpecahan sbb, melayu ni dapat, melayu lain tak dapat. Keadilan tak telus sebab yg kaya pun dapat sebab dia melayu walhal yg bangsa lain yg miskin masih miskin. So byk grey area sebab ini adalah ciptaan manusia. So jgnlah sampai mati pertahankan NEP, tak dpat syahid nanti. wallahu'alam. Perkara utk mati syahid mestilah perkara yg Haq dan tidak ada sedikitpun perkara batil.
Firman Allah " Wala tal bisu Haq qobil Batil" Dan janganlah kamu campur adukkan perkara2 yg Haq dgn perkara2 batil.
Dlm NEP yg ciptaan manusia, I believe tak semua nya perkara Haq sebab perkara asas, iaitu bab keadilan masih boleh dipertikaikan dan ini unsur Batil. Melayu maybe kata adil sebab good for Malays but Cina , India etc maybe kata tak adil sebab they are not entitled for that keistimewaan. Its debatable and grey area lagi.3, Siapa org melayu dan bumiputra? Tidak 100% mereka adalah Islam so NEP bukanlah alasan utk pertahankan hak org Islam kerana bukan semua Melayu dan Bumiputra Islam. Iban, Kadazan, ramai yg bukan Islam. Tahun 1997 sewaktu Dato Hashim menjadi mufti WP, hampir 30,000 permohonan org Islam nak murtad. Last year, Dato Harussani menjangkakan antara 150k-250k org Islam murtad. To me its true, 11 years ago (1997) pun dah ada 30000 org Islam nak murtad menurut JAWI.
4) Bagi aku , NEP yg kita lihat sekarang byk kearah assobiyah iaitu kearah semangat kebangsaan. Semangat berbangsa-bangsa dan bangga dgn bangsa sendiri, samalah macam UMNO bawa. Perkara Assobiyah inilah yg Rasulullah bersihkan agar semua bangsa tak kira kulit, rupa, warna, jantina, asal usul bersatu atas satu pegangan dan akidah iaitu akidah Islam. "Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". Aku dah kupas panjang dalam emel terdahulu tentang sejarah Aus dan Khazraj yg mana disatukan atas akidah Islam. Perlembagaan Madinah berasaskan syariat Islam yg memberi keadilan kepada semua golongan termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi dan glngan kecil yg lain yg tinggal di Madinah. Dlm Islam, tidak ada kelebihan bagi sesuatu bangsa, yg paling tinggi darjat disisi Allah adalah mereka yg bertakwa.(rujuk 2:177, 2:1-5, 59:18)
5. Nak kaitkan NEP dgn bab pertunangan pun aku rasa tak kena, maybe I'm wrong . Sorry Munir, just my opinion, berlapang dada ok dlm mencari kebenaran. Bab pertunangan ni memang ada hukum dlm Islam sebab ada Hadis Rasulullah mengenai perkara pertunangan. NEP ni takde dlm Hadis off course. Kalau nak pakai kaedah Qias, ermm tak kena jugak sebba bab qias perlu dilihat dari segi sifat, ciri-ciri, asal-usul yg relevant. Menurut Imam Syafie, hukum Islam boleh diijtihadkan berdasarkan 4 perkara iaitu AlQuran , Hadis, Qiyas dan Ijma' Ulamak. Qiyas dan Ijma' hanya berlaku bila tiada direct explanation in Quran or Hadis. Kalau ikut Imam Malik (Maliki), sifat Sahabat (athar) dan adat hidup penduduk Madinah di zaman Rasulullah juga boleh jadi sumber hukum. Tapi tak nampak pula perkaitan NEP dan pertunangan. Kesimpulannya, berhati-hati dlm menyandarkan perkara2 agama (bab2 hukum) dgn perkara2 non-agama. Bukan tak boleh tapi berhati-hati sebab setiap perkara yg berlaku dan kita lalui pasti ada sandaran ibadah samada menurut yg dituntut dan dilarang Allah atau tidak. Ada kaedah nya yg alhamdulillah telah dikaji dan digaris pandukan oleh para Sahabat dan Ulamak kemudian. Sebab itu kita perlukan Ulamak dan Hadis Rasulullah juga menyatakan bahawa Ulamak adalah pewaris Nabi. Kalau tidak tak sampailah ilmu Islam kepada kita.
NEP ni kalau bagus dan baik untuk semua, maka hidupkanlah. Yg tak betul diperbetulkan, yg tak adil, diadilkan. Kalau boleh di Islamkan, inilah yg terbaik.As my email before, tugas kita org Islam adalah sbg khalifah utk menjaga hak seluruh umat manusia termasuklah tumbuhan, gunung, batu, tanah dan apa pun. Can we be unfair to the Chinese or Indian or Punjabi or Indon pendatang haram ? Ikut definisi fungsi khalifah, nope we cannot be unfair to them. Tugas sbg khalifah ialah utk memakmurkan muka bumi ini dan meletakkan sesuatu di tempatnya yg betul dgn adil. Kalauyg miskin we still have to treat mereka sebg miskin, bila mrk lapar kita wajib beri mereka makan. Inilah yg berlaku di negara Islam yg syumul dibawah Rasulullah, Khalifah yg 4 dan juga dibawah Khalifah Umar Abdul Aziz serta lain2 Khalifah yg warak. (ada masa nanti kita bincang bab warak, zuhud dan alim).
Lihat bagaimana mubaligh Kristian berdakwah, antara taktiknya adalah mengumpan dgn makanan dan tema kasih sayang . Di Manjoi Ipoh dulu kecoh ramai yg murtad. Its true sebab ramai keluarga miskin rasa terhutang budi dan kagum dgn attitude pendakwah kristian. Mereka diberi beras, elaun, kaunseling etc. Kaedah ini bukannaya asing dlm Islam, beri makanan, beri nasihat, sumbangan semuanya adalah ciri2 Islam but how many of our Muslims do these?? Yg dok ingat periuk nasi masing2 yg ramai.Kalau lah ramai diantara kita umat Islam yg bersifat khalifah, insya Allah ramai yg akan tertarik dgn nilai2 Islam yg sebenar. Org Islam akan lebih mantap akidahnya, yg bukan Islam akan masuk Islam, ada juga yg bukan Islam tak mahu masuk Islam tapi percaya dan yakin dgn sistem keadilan Islam. Bab mengajak manusia memeluk Islam adlah kerja dakwah dan usaha kita tapi yg memberi hidayah tetap hak mutlak Allah swt. Allah melihat usaha kita bukan keputusan yg kita capai.
Firman Allah dlm surah Yunus:99 , " Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?"
Lihat sejarah bagaimana Tariq bin Ziad menakluki Sepanyol dan bumi Andalusia hanya dgn tentera 12,000 orang berbanding tentera sepanyol yg puluhan ribu malahan ratusan ribu. Islam tidak menyuruh berperang utk menyerang tapi untuk mempertahankan ummah dan hukum Islam. Tariq datang dgn menyeru dahulu org sepanyol kepada Islam dan dibenarkan dakwah Islam berlaku tapi sebaliknya diperangi oleh King Roderick, raja spain. Maka tentera Islam berjuang mempertahankan diri sehingga Tariq membakar semua kapal agar semua berjihad dgn lebih bersemangat memastikan dakwah Islam sampai di bumi spain dan tidak ada istilah patah balik. Kemenangan berperang sudah tentulah atas bantuan Allah melalui tentera malaikat. Tapi adakah Islam hanya berkembang kerana menang perang tersebut. NOPE but kerana sifat dan ciri2 para tentera Islam yg berakhlak hingga menjadi ikutan dan tarikan kepada non-muslim. Still, ada ramai lagi yg tak peluk Islam di Sepanyol but mereka tunduk patuh dgn pemerintahan berdasarkan syariat Islam sebab terlihat oleh mereka ttg keadilan Islam.
NEP tak akan dapat lengkapkan Islam tapi Islam pasti boleh sempurnakan NEP. NEP from Islamic perspective will never biased towards certain races but meletakkan keadilan di tempatnya. So harapan tinggi aku melihat pemimpin yg dipilih meletakkan Islam sbg tunjang dan mengemaskini NEP ikut acuan Islam. No one or none of any races will question kalau cara Islam yg benar ditonjolkan sebba Islam sentiasa adil dan saksama. So kalau Spain yg 100% non-muslim pun boleh jadi negara Islam, Malaysia yg ada about maybe 50% plus muslim, tak mustahil boleh tukar perlembagaan kepada Al Quran dan Hadis. 2/3 majoriti hatta 3/4 majoriti pun tak mustahil bila datangnya Nasrullah iaitu pertolongan Allah. Maybe, Islam menang di Malaysia bukan melalui pilihanraya, maybe revolusi, perang or apa2lah ...wallahu'alam sbb kalau Allah telah redha kepada sesuatu kaum/kumpulan, maka Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka. Yg kita perlu usahakan ialah dakwah dan strategi utk kemenangan Islam mengikut kemampuan kita. Jgn risaukan keputusannya...hanya Allah yg tahu bila.
Jgn kita terlalu ikut logik akal, nanti takut terjadi sperti golongan Khawarij dan golongan Ahli Kalam . Mereka ini terlalu mengikut akal dan logik yg menjadi bahaya kepada perpaduan ummah. Now dah ada meluas Islam liberal di Indonesia, Malysia pun dah sampai fahaman ini, sisters in Islam, astora, anti-hadis dan macam2 lagi. Mereka ini begitu berani mempersoalkan perkara Usul dan ada yg berani nak suruh kaji semula or pinda, Nauzubillah. Golongan Khawarij dan Ahli Kalam pun byk berselisih hal2 furuq tapi tidak bab Usul. Mereka may be too much or terlampau but still not out of Islam menurut pandangan Imam Syafie. Now, zaman sekarang, kumpulan2 di atas terlalu berani dan mereka ini banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam sekarang especially di Malaysia dan serantau.
Aku sekarang tgh membaca buku Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa dan buku Konsep Asas Islam & Hubungan Agama. Buku2 ini hasil pengumpulan tesis2 dan kajian pandangan ulamak terdahulu oleh para pensyarah di Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam, Uni Malaya. Topik ni salah satu subjek pengajian aku. Tak habis lagi baca but subtitles dia menarik dan byk membuka minda kita dlm menghadapi cabaran masa kini esp di Malaysia ini.
Cukuplah sekadar ini. Moga apa yg kita perbincangkan mendpat redha dan rahmat Allah. Ya Allah! Lindungilah kami dari kesesatan. Kurniakanlah kami ilmu dan petunjuk dari Mu. Kami tahu kami lemah dan kami tahu kami amat memerlukan mu. Ya Allah, pandanglah kami dgn pandangan Rahmat dan Rahim Mu dan janganlah Kau pandang kami dgn pandangan murka Mu. Kepada mu kami pohon keampunan dan padaMu kami dikembalikan.So , I do hope kawan2 yg ada ilmu tambahan agar contribute atas dasar dakwah dan mardhotillah. Cukuplah Allah sbg saksi.Kita semua perlu berlapang dada dan jgn sampai sakit-menyakiti antara satu sama lain.
Kawan2, aku pohon kemaafan kalau ada tersinggung, ini semua kelemahan pada diri aku.Munir, your request for me to refer to pakar or ulamak. Perkara2 macam ni biasa kitorang bincangkan dlm kuliah but Insya Allah nanti aku bincangkan dgn mereka on more specific areas so hopefully ada tambahan pandangan in future. Tok2 guru aku byk mengajar ttg sikap keterbukaan dan bersederhana tapi bab hukum syariat Islam , semua mereka ini tak berkompromi atau mencari2 takwil utk benarkan apa yg kerajaan buat tu betul semua(tak macam setengah ulamak kerajaan pusat). Pendirian mereka konsisten, kalau betul, mrk kata betul, kalau salah, mrk kata salah. Mrk faham konsep Uzlah Ma'nawi. Jati diri Islam ada dlm diri mereka cuma keterbatasan mereka utuk bersuara. Then, balik kepada dakwah secara perlahan2 but istiqamah.Kalau ada kengkwan yg tgh cuba berdakwah kepada non-muslim or org muslim pun dan perlukan bantuan. I volunteer myself, maybe boleh tolong sama. Kalau kita tak mampu, kita boleh dapatkan bantuan pakar. I can work for the contacts insya Allah.Wassalam.
No comments:
Post a Comment