Sunday, October 12, 2008

Perjuangkan Islam dan perbezaan harakah pelbagai jamaah

Salam (Email response to ex-schoolmates Apr 23, 2008)
Zaki, let me share my views. Yep, agreed with some of your points esp on the practicality of implementation. This is normal, most of human beings will think the same thing including myself. Rasullullah juga pernah rasa tertekan dan rasa susah, hampir kecewa tapi bimbingan wahyu dari Allah maka baginda dapat motivasi dan ditunjukkan jalan. Sebab itu Rasulullah tidak pernah tinggal solat malam (tahajjud) kerana selain sbg tanda syukur baginda kpd Allah, juga sbg rayuan dan doa agar sentiasa diberi kesabaran dan kekuatan dlm perjuangan baginda yg penuh rintangan. Inilah cara Rasulullah dalam memperkuatkan kerohanian dan spritual baginda, bukan hanya kekuatan fizikal semata-mata.
Khadijah r.a juga mainkan peranan yg sgt penting dlm memberi perangsang dan bantuan kpd Rasulullah selain dari Sahabat2 besar. Nabi2 lain juga pernah rasakan perkara yg sama. Kesedihan Nabi Noh berdakwah selama 900 thn lebih, Nabi yunus sehingga ditelan ikan yu, nabi ibrahim, nabi yusuf dll. Nabi Musa yg dlm berdakwah juga terasa ada syak dgn perjuangannya samada berjaya atau tak hinggalah bertemu dgn Allah di bukit tursina. Lihat dan rasa lain impactnya, bila dpt melihat maka lebih kuat impactnya. Apabila nabi musa telah melihat sendiri Zat Allah yg wallahu'alam (kita tak tau camne), maka dakwah Nabi musa lebih kuat dan lebih bersemangat. Kesimpulannya, kita manusia biasa apatah lagi, lebih senang putus asa dan lebih senang rasa sesuatu perkara payah and impractical.
Mengislamkan NEP bukan bermaksud directly kita gunakan perkataan Islam dlm polisi2 NEP but masukkanlah nilai2 Islam kedalamnya kerana kita tahu ada golongan yg rasa phobia dgn nama Islam. Ini sudah pasti kena ada strategi dan perlu berhikmah. Madinah di zaman Rasulullah tidak pernah dipanggil Negara Islam Madinah tetapi yg pasti undang2 Islam berjalan 100% di Madinah. Nama Madinah ditukar dari nama Yathrib oleh Rasulullah yg bermaksud tempat tertegaknya Addiin iaitu cara hidup Islam yg selamat dan sejahtera. Perlembagaan Madinah juga tidak dipanggil Perlembagaan Islam tapi yg pasti nilai2 & peraturan Islam termaktub didalam perlembagaan nya walaupun Al Quran belum diturunkan sepenuhnya.
Apabila Islam telah berkembang luas, dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam maka sudah tiada masalah utk menyatakan negara Islam. Pusat kekhalifahan juga berubah2 dari Madinah, Kufah, baghdad, andalusia, turki dan sbg nya.Masalah racism, perkauman, favorism, nepotism, kronism adalah masalah normal, fitrah manusia yg dijadikan Allah sbg cabaran kpd kita utk mengendalikannya. Perasaan ini akan jadi lebih kuat dan maybe extreme bila didorong oleh nafsu. Sebab itulah islam diturunkan utk panduan kepada akal manusia dlm mengawal dan mengendali nafsu. Rasulullah sbg uswah hasanah seluruh umat manusia diturunkan di tanah arab dan dikalangan mereka yg sgt taksub dan kuat semangat perkauman dan kekeluargaan.
Nak banding dgn melayu, org di tanah arab even worse, di kalangan Quraish satu bangsa pun, terdapat bani2 keluarga yg bermusuhan, di madinah, aus dan khazraj pun bermusuhan. So apa tindakan Rasulullah? Baginda menyatukan semuanya dalam Islam, semua kaum sama dan hanya takwa yg membezakan antara 1 individu dgn yg lain. Pakaian ihram di tanah suci sbg simbol mengingatkan manusia yg kita semua ini adalah sama walaupun coklat, hitam, kuning, putih or apa pun.
Kaum lain prejudis terhadap islam? definitely sebab mrk agama lain dan kaum lain. but tugas kitalah yg perlu berdakwah mengikut kemampuan dlm memberi contoh dan menterjemahkan islam dlm kehidupan kita. Usaha utk seru mrk kepada Islam perlu berterusan dan tidak blh ditinggalkan.Dlm isu bapa islam, anak kafir, ada kaedah penyelesaian baik dari segi faraid atau hibah, tetap ada jalan. Yg bjak pandai dlm hal2 sistem pembahagian harta Islam insya Allah ramai dan blh dirujuk nanti. Islam membawa penyelesaiian kepada seluruh manusia, bukan utk org Islam saja.
Yep sistem khalifah dan sistem yg dibawa Rasulullah ialah yg perfect sbb it is Islam originality. Aku dah kupas panjang lebar dlm emel before pilihanraya dulu perihal demokrasi & my stand. Cerita ttg plato, aristotle, sejarah demokrasi di turki dan algeria juga harapan pembelaan dari ATM, bukannya pengkhianatan.
Terbaru, aku bentangkan pandangan Qardawi ttg cara mengubah sistem yg kufur, sekular kpd sistem Islam. 3 cara iaitu tentera, pilihanraya dan kebangkitan rakyat spt revolusi Iran. Sistem khalifah maybe blh terjadi secara sendiri apabila semua rakyat bangkit dan sebulat suara tolak perlembagaan lord reid yg ada ini. Wallahu'alam possibility tetap ada.
Sebab itu dlm perjuangan menuju kpd negara Islam, terdapat puluhan jemaah Islam dgn harakah dan jalan yg berbeza. Let me share some examples, Hizbut Tahrir tolak demokrasi dan pilihanraya dan hanya terima sistem khalifah shj lalu berusaha dakwah kefahaman ini pada org ramai, terutama org2 islam. JIM, ahlinya tidak bergiat dlm politik atau jadi calon,mrk berusaha utk berdakwah membawa fahaman Islam pada org ramai. Tapi JIM berserderhana dan menyokong PAS di pilihanraya melalui individu2 mrk bukan atas platform jamaah.
JIM mengambil langkah neutral menyokong apa2 yg terbaik utk Islam. PAS, Muhammadiah, Nahdatul Ulama mengambil jalan berusaha atas platform pilihanraya demokrasi. Ada yg sesetengah glngan yg extreme yg hanya ingat jamaah mrk saja yg betul, yg lain salah. Cth Al Arqam. In my opinion, kita kena berserderhana dan hanya Allah yg tau yg mana yg terbaik.
Dlm masalah khilafiyah dan ijtihad, menurutt Hadis sahih, yg salah dpt 1 pahala, yg betul dpt 2 pahala selagi apa yg diniatkan memang nak capai mardhotillah . Jadi dlm isu nak tegakkan Islam dan kita jelas ttg matlamat dan tujuan kita maka insya Allah, apa yg dibuat tetap dipandang mulia oleh Allah. Jgn dipeningkan masalah result, itu hak Allah utk menentukan.
Adanya byk jamaah ini bukanlah perpecahan tapi khilafiyah dan "diversity in unity". Ini adalah rahmat Allah utk menyesuaikan fitrah manusia dgn sesuatu keadaan & pandangan as long as tidak melanggar mana2 perkara usul dlm Al Quran dan Hadis. Aku pernah ceritakan kisah golongan Asyabul Kahfi dlm emel terdahulu. Belum lagi diceritakan kisah Imam Mahdi. Aku yakin dan percaya bhw semua jamaah yg ada pasti akan dipimpin suatu hari nanti ke arah kesatuan iatu ummatan wahida spt yg disebut di dlm Al Quran dan Hadis. But, kita tak boleh hanya tunggu saat ini dgn mengharapkan org lain, kita sendiri perlu mulakan dgn diri sendiri agar mati kita mati sbg pejuang dan mujahid insya Allah.
Sistem khalifah ada syarat dan caranya. Perlu ada syura terdiri dari org yg layak yg setaraf ilmu agama. Di zaman Umar al Khattab, sistem syura diperkemaskan dgn cara sistem imamah yg terdiri dari imam iaitu khalifah dan anggota2 syura terdiri dari sahabat2 besar spt Usman, Ali, Muawiyah, Zaid Tsabit dll.
Sistem Mahathir and kabinet is not cara sistem khalifah, sorry. Imam atau Khalifah seharusnya ulamak besar yg tinggi pengetahuan agama dan warak atas ilmunya. Jgn tersilap apabila melihat sistem khalifah. Sistem khalifah yg diredhai Allah adalah spt hadis mengenai Khulafa Ar Rasyidin. Jumhur ulamak (majoriti) menafsirkan Khulafa Ar Rasyidin bermaksud khalifah yg baik, jujur dan amanah dan mereka adalah sahabat yg 4 termasuklah Umar Abd Aziz dari Bani Umaiyyah. Sistem khalifah bani umaiyahh, abbasyah, usmaniah, fatimiyah bukanlah sistem khalifah yg sebenar kerana ia sudah menjadi dinasti raja turun temurun, ikut keturunan dan bukan mengikut kelayakan dan kealiman seseornag. Namun, walaupun perlantikan khalifah tidak mengikut apa yg sepatutnya, hukum Islam tetap berlaku di negara2 Islam masa itu. Cuma ada berlaku double standard di bwh sesetengah pemerintah yg mana hukum hanya dikenakan pada rakyat tapi pemerintahnya ada imuniti.
Masalah kalau non-muslim minta pergiliran kuasa, 5 thn islam, 5 thn kristian, then budha, hindu etc. Ini kalau berlaku, maka wajib bagi umat Islam utk bangun dan tentang dgn cara apapun. Sebab ini telah jelas diterangkan Allah melalui surah Al Kafirun. Apabila Utbah b. Rabiah bertemu Rasulullah utk kali ketiga setelah umpan utk berikan kekuasaan, harta dan perempuan gagal utk memujuk baginda berhentikan dakwah Islam, maka Utbah cuba offer utk bergilir2 dlm menganuti agama. Kata2 Utbah, hari ini, kami semua ikut agama kamu Muhammad, esok kamu semua ikut agama nenekmoyang kami, dan lusa ikut agama kamu semula bergilir2.
Lalu ketika inilah Allah turunkan Surah Al Kafirun : "....Laa 'agbuduma tag buduun, wala antum 'abidu nama 'agbuud, wala 'ana 'abidu ma 'abad tum...... " {Hai org2 kafir, Aku tidak akan menyembah apa yg kamu sembah dan kamu tidak akan meyembah apa yg aku sembah................ Untukmulah agama mu dan untukkulah agama ku}.
Wallahu'alam bissawab.

1 comment:

Hazia said...

Salam. Wah heavy and educational blog ni:) Keep going!