Monday, October 13, 2008

Menyanjungi kaum harus tapi jgn sampai Assobiyah

Salam
Setiap nafas kita setiap saat adalah kerana Allah dan Islam sebagai landasan peraturan hidup seharian kita. Narrowing sesuatu perkara towards Islam tidak dapat dielakkan kerana in everything we do in every second even every nano second, semuanya mesti dilihat dari perspektif Islam, perspektif amalan dan ibadah. Tidak ada pengecualian baik urusan bangsa, politik, ekonomi, ketenteraan, perkahwinan, pentadbiran hatta dalam perkara yg dianggap remeh seperti menguap, istinja', potong kuku, naik kenderaan etc etc. semuanya ada peraturan dan tatacara. Kita tidak perfect dan berusaha kearah memperbaiki amalan yg akan dilihat oleh Allah. Job Oriented instead of Result Oriented.
Inna solaati wanusuki wamah yaaya wamamaati lillahi robbil 'alamiin ( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku danmatiku hanyalah kerana Allah Pengatur sekalian alam) ...doa iftitah, ikrar kita minimum 5 kali sehari.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujuraat:13)
Pencipataan manusia dgn berbagai warna kulit, rupa, culture dan bahasa adalah utk kita saling kenal-mengenali, belajar antara satu sama lain. Perkembangan tamadun juga berlaku akibat perkongsian ilmu antara satu bangsa dgn bangsa lain berdasarkan kelebihan yg Allah berikan pada sesuatu kaum. Penciptaan Allah ini juga adalah untuk menanamkan sifat insaf kepada manusia tentang sifat Aziz (Maha Perkasa) Allah, sifat Akbar (Maha Besar) Allah dalam penciptaan manusia dgn pelbagai rupa dan ciri. Semua ini adalah utk manusia berfikir dan bersyukur dgn apa yg dkurniakan dan diciptakan.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. "(Ali-Imran:190-191)
Menurut surah ini, org2 berakal disebut didlm bahasa al Quran sbg ULIL ALBAB. Mereka ini sentiasa memikirkan penciptaan Allah baik duduk, berdiri, baring, berkerja, semua amalan sentiasa dlm keadaan bertadabbur, iaitu berfikir dan bukan sekadar bertilawah atau membaca semata, pemahaman di buktikan dgn amalan dan perbuatan. Moga kita semua dilorongkan Allah termasuk di dalam golongan Ulil AlBab . ( Selitan : P Ramlee, bijak buatcerita Ahmad Al Bab, secara luaran , Al Bab juga bermaksud pintu, tapi yg tersirat, maybe P Ramlee mengkiaskan golongan Ulil Al Bab ini wallahu'alam).
Berbalik kepada penciptaan manusia pelbagai bangsa tadi, refer surah Al Hujuraat ayat 13 tadi, sesungguhnya yg paling mulia adalah org2 yg bertakwa dikalangan kamu. Tidak ada di dalam Nas Al quran yg menganjurkan manusia ke arah Assobiyah atau semangat kebangsaan yg ekstreme dan taksub begitu juga dgn hadis2 Rasulullah saw. Semangat kebangsaan yg berlebihan dan ekstreme akan membawa kemusnahan kepada sesuatu bangsa. Pada Allah, semua manusia sama dan hanya yg paling bertakwa, yg tinggi darjat dan martabatnya. Di dalam urusan pentadbiran atau strategi negara di zaman Rasulullah saw, Baginda sentiasa berkomunikasi dan berbincang dgn para sahabat yg terdiri dari berbagai bangsa mengikut kepakaran seseorang sahabat. Ada kalanya, Rasulullah mendengar pandangan Bilal Al Rabah (seorang habsyi), di waktu perang khandak, Rasulullah menerima pandangan Salman Al Farisi, seorang Parsi (dari Iran). Tidak ada prejudis Rasullulah terhadap status bangsa seseorang tetapi berdasarkan keIslaman seseorang dan kebijaksanaan yg ada.
Dlm konteks assobiyah, naturally tak dapat dinafikan fitrah manusia akan pasti menyayangi dan mendahulukan ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat dan ini secara tidak langsung semangat sayang kaum pasti wujud. Perkara ini Allah lebih arif dan ada dijelaskan dlm Al Quran. Tapi lihat bagaimana Allah menerangkan di dalam Al Quran dan seerah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana penerapan ciri2 sayang ahli keluarga dan kaum dapat dimanfaat untuk kebaikan Islam dan ummah keseluruhannya tanpa mengira bangsa atau kaum.
Firman Allah : "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri" (An Nisaa':36)
Firman Allah yg lain berkenaan kaum kerabat, boleh rujuk juga surah AlBaqarah:83 dan AlBaqarah:215. Sememangnya Allah Maha Mengetahui perkara ini kerana fitrah dan penciptaan manusia adalah oleh Allah. Tetapi bagaimana kita menggunakan pendekatan sayangi ahli keluarga dan kerabat terdekat dalam hal pembinaan ummah keseluruhannya. Ahli keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan seterusnya kampung, daerah, negeri dan negara. Pembentukan sesebuah negara adalah terhasil dari pembentukan sesuatu masyarakat, maka dalam membina negara yg adil dan menurut ajaran Islam, pembentukan sahsiah dan akhlak perlu didahulukan dgn diri sendiri dan ahli keluarga. Seterusnya diperkembangkan kepada kaum kerabat, saudara-mara, sahabat, org2 yg dipimpin baik di tempat kerja atau persatuan/jamaah dan kalau pemimpin besar/menteri, di amanahkan juga pimpinan ke atas rakyat.
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy Syu'araa:214).
Lihatlah firman Allah juga menyeru kita berdakwah kepada kaum kerabat terdahulu. Rasulullah juga menunjukkan pada kita bagaimana Islam mula dikembangkan Baginda melalui isteri, Khadijah r.a, lalu anak saudara, Ali, sahabat karib, Abu Bakar.
Allah juga menyarankan di dalam firmannya "Ya ayyuhal lazi na aamanu Quu anfusakum wa ahliikum NAARO ...." bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; ........." (At Tahrim:6)
Ayat ini menyeru kita agar memelihara diri sendiri dan keluarga dari api neraka adalah asas penting pembentukan akhlak dalam keluarga dan masyarakat. Apabila berjayanya seluruh ahli keluarga beriman kepada Allah dan takutkan pembalasan Allah serta api neraka, maka terbentuklah keluarga sakinah yg menjadi idaman setiap individu khususnya para ibu bapa, suami dan isteri. Secara ringkasnya, menyayangi ahli keluarga, kaum kerabat dan kaum ada kaedah dan ada tujuannya. Ultimatum, semuanya hanyalah mengarahkan manusia kepada ketakwaan dan mencapai mardhotillah.
Permasalahan kita sekarang, adalah sikap prejudis kita apabila melihat seseorang atau kaum atau bangsa. Contoh, apabila kita lihat org bangla or org indon, sikap prejudis kita lebih menjurus kepada "Bangla ni....", "Alaa, org indon...bla bla" dan macam2lah walhal mereka ini majoritinya Muslim. Begitu juga apabila kita melihat cina, india, mat saleh dan kaum lain. Prejudis kita lebih kepada assobiyah semangat taksub bangsa. Islam tak menafikan sifat sayang keluarga, kaum atau bangsa tapi permasalahan kita lebih kepada TAKSUB. Yang lebih baik adalah apabila kita melihat kaum2 lain ini dari perspektif Islam dan tuntutan Islam spt yg dijelaskan dari Al Hujuraat ayat 13 tadi. Marilah kita berusaha menjadi Opportunist dlm melihat perbezaan kaum ini sebagai satu peluang untuk kita kembangkan dakwah dan buktikan pada mereka keSYUMULAN dan keadilan Islam . Maka tidak mustahil dan pasti Insya Allah, mereka akan berbondong-bondong menyertai Islam seperti Firman Allah
" Izaa ja anas rullah hi wal Fath. Waro aitanna sayadkhulu nafi diinillahi afwaaja. Fasabbih bihamdirobbika wastaghfir, innahu kanatau waaba" bermaksud : "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat." (An Nashr)
Wallahu'alam bissawab wassalamualaikum.

No comments: