Dari perspektif melayu , DEB sgt baik sebab sebab dia membantu byk melayu masuk mrsm, ada mara, punb, uitm, sijil pkk (kontraktor) etc.etc. Objektif nak naikkan pegangan ekuiti melayu 30%.How do we measure this 30%, ada org calculate pegangan bumi dlm syarikat glc and public listed should be counted as well so kalau kira camtu, dah lebih 30% (based on study done by 1 company yg kecoh jap aritu...sory lupa nama) . Tapi bila kena bantah dgn kerajaan, alasan kira ekuiti takleh kira glc so melayu masih lagi less than 18%. All these are subjective dan menimbulkan byk persoalan ttg transparency of the data, formula of measurement dan macam2 lagi. Yg contribute to 18% or more than 30% (2 different formula) ni sape dia or syarikat mana?? Maybe less than 10% of malays and the rest masih miskin dan daif. So adil kah DEB kepada org melayu?? Adil kah pembahagian kekayaan kepada melayu? Or kekayaan dan project awards hanya pada segelintir kontraktor melayu sahaja. Secara ringkasnya, org melayu yg ada kuasa (kerajaan) akan sedaya upaya memanipulasi dgn berbagai cara utk defend DEB sebab this is 1 strong point utk dapatkan sokongan melayu. Dek kerana mereka juga melayu so projek pun banyak lah depa boleh sapu atas alasan kuota melayu. Malangnya siapa yg dapat projek2 besar ni? Hanya segelintir melayu and then mrk sub-kontrak pula pada bukan melayu so macamana melayu lain yg tak kroni or "satu geng" dgn puak2 atasan nak merasa.
Dari perspektif bukan melayu (cina, india, benggali, org putih, serani dsb), sistem ini double standard dan tak adil. Dulu maybe tok nenek moyang mrk golongan pendatang but now after 50 years, most of them were born here, belajar kat sini, kerja sini, bayar tax and sama2 juga contribute dlm bidang ekonomi, service etc.etc. Yg miskin tetap miskin, yang kaya tu kayalah. Bukannya takde cina dan india yg miskin. Infact, gangsterism banyak berlaku dikalangan india estet kerana masalah pendidikan, ekonomi, rasa tak puas hati dan sebagainya.
How do we curb this? Manusia tetap manusia baik apapun warna kulit. Rasa tidak puas hati perlu dibendung dgn cara yg bijaksana. Mampukan manusia atau sesuatu kaum berfikir dgn baik untuk kepentingan kaum yg lain?? Selagi namanya manusia, favorism, semangat pili kasih, sayang kaum pasti mempengaruhi sesuatu keputusan. Then what is the best solution ? ISLAM definitely.
"Shahru Romadhan, Allazi unzila fi hil quran, huda llinnas wabaiyinnatim minal huda wal furqan" bermaksud (Diturunkan alQuran di dalam bulan Ramadhan, sbg petunjuk kepada manusia dan bukti penjelasan bagi petunjuk2 tersebut dan untuk membedakan antara haq dan batil, baik dan buruk) Al Baqarah:185
As normal human being, what do non-malays feel?? Kalau kita ni cina or india, apa kita rasa? sure tak puas hati punya. This is normal sebagai manusia yg fitrahnya tetap sama regardless of keturunan atau warna kulit. Berapa lama hal DEB ni, kita boleh pertahankan? How can we suppress the issue? BN gunakan MIC and MCA, sogok ketua2 diorang dgn macam2 projek so that they can cover masyarakat india dan cina. Is this relevant anymore? Look what happened to MIC, MCA, Gerakan......KALAH TERUK dlm PRU 12 !
To me, masalah DEB dan keistimewaan kepada sesuatu bangsa ini is a main threat kepada keamanan negara. Inilah ciri-ciri Assobiyah iaitu berbangga-bangga dgn bangsa dan penyebab utama kepada kehancuran sesuatu masyarakat atau negara.Lihat dari perspektif Islam, Rasulullah saw berjaya mendamaikan golongan Ansar dari puak Aus dan Khazraj yg lebih 200 tahun sentiasa berperang sesama sendiri. Kemudian lihat bagaimana Islam merapatkan pulak golongan Muhajirin yg ramai drp gol. Quraisy dgn golongan Ansar. Kemudian sama2 bergandingan di Madinah, mengatur negara dan juga menjaga kebajikan non-muslim yg lain sprt golongan Yahudi, nasrani, parsi dan lain-lain.
To me, dasar DEB harus di kemaskini agar membantu kepada golongan yg benar2 memerlukan tak kira bangsa dan agama. Jika ianya dibawa oleh pemimpin Islam yg amanah dan takwa, insyaAllah, pembahagian akan berlaku dgn adil, Islam akan dihormati dan kerja dakwah lebih mudah. Org bukan Islam akan terpikat melalui sistem Islam yg dipraktik dgn cara yg betul dan amanah dan nescaya, mereka yg bukan Islam akan berbondong-bondong mahu mengenali dan berhijrah kepada Islam. (ALLAHUAKBAR!) Cuba bayangkan...seorang melayu nak beli rumah teres harga RM200 ribu datang dgn kereta BMW 5 siri baru. Ini adalah rumah dia yg k-4 (utk investment katanya). Then, ada pulak seorang cina or india lah, datang dgn kereta Wira tahun 1999 nak beli rumah yg sama and baru 1st time nak merasa duduk rumah sendiri selepas menyewa lebih 20 tahun. Yg si melayu ni dpat diskaun 7% iaitu RM14 ribu then dgn senang hati bayar deposit RM100 ribu sebab orang kayalah kan. Yg si india ni pulak, tiada diskaun , harga flat RM200k, kena bayar deposit 10% RM2000 then, cari loan to pay the rest. ADIL kah ini??? Soalan macam ni, bila member cina tanya, terkedu aku nak jawab. Anyway, aku jawab dlm Islam it wont happen that way, yg miskin baik cina india atau melayu akan dapat bantuan sama rata.
Dari perspektif MELAYU (not all), adil atas alasan tanah malaysia ni asalnya tanah nenek moyang kita (dulu nama pun TANAH MELAYU). Itu kata kita, kalau dikaji sejarah perkembanga Islam, dizaman saidina Usman, telah diperintahkan utk sahabat pergi berdakwah Islam di rantau nusantara. Waktu dulu ada sahabat menggelar nusantara ini sbg kepulauan wak-wak iaitu pulau2 kecil yg jauh. So iya ke tanah melayu? Bukan tanah Gangga Negara? Srivijaya? Siam? Bruas?Langkasuka? etc.etc. Apapun, ini TANAH ALLAH!Dari perspektif Islam, ini tidak adil, bumi ini yg setiap inci tanah nya adalah milik Allah yg mutlak dan perlu diberi hak yg adil dan saksama kepada setiap manusia. Jika tanah terbiar (rizab melayu ke apa ke), ada perancangan utk dimajukan demi kemaslahatan rakyat, maka wajib diusahakan tapi bukannya utk kepentingan atau ketamakan sesetengah individu. Keadilan Islam sgt jelas hatta jika di dalam negra Islam, ada org merosakkan rumah ibadat bukan islam macam gereja or kuil , maka negara dan org2 Islam juga wajib juga pertahankan (BUT this is dlm konteks negara Islam - Malaysia is NOT!) Perkara ini jelas ada dalil dari Nas Al Quran dan Hadis. So minda kita ini apapun, utamakan lah ISLAM atas segalanya dan bukan BANGSA. Dah pilih Islam, berusahalah jadi muslim yg baik yg disegani dan dihormati oleh bukan Islam. Dgn keperibadian yg baik, non-muslims pasti hormati Islam dan sedia untuk tunduk patuh pada hukum Islam yg sememangnya adil kerana Allah maha mengetahui fitrah manusia. We are not perfect but Allah melihat usaha kita memperbaiki diri. Dlm Islam, job oriented yg utama, not result oriented. Keputusan Allah yg tentukan tapi amalan kita yg Allah hitung dan reward.
Bismillahirrahmanirrahim (Dgn nama Allah yg maha PEMURAH dan maha PENYAYANG). Kerana sifat RAHMAN Allah lah, maka seluruh manusia baik islam atau kafir dapat menikmati dunia yg sementara. Yahudi, cina etc. kaya-raya walaupun buat dosa sepanjang hayat. Tapi kita yg Islam ada kelebihan kerana Allah beri sifat RAHIMNya, kasih dan sayang Allah. Kalau di dunia kita miskin tapi bertakwa, di akhirat kita kaya raya. Kalau di dunia kita di tindas tapi redha dgn ujian Allah, di akhirat kitalah KING dan dapat layanan 1st class di syurga. Ini janji Allah. Jadi ingatlah, tanah bumi ini bukan milik kita, milik melayu, cina or siapapun...semuanya milik Allah yg dipinjamkan pada kita utk rasai sedikit nikmat di dunia. Kalau ada tanah besar, maka zakat pun besarlah...itulah adilnya sistem Islam.
Minta maaf , aku tolak polisi DEB sekarang walaupun aku akui aku produk DEB thru MRSM, KPP, UK. It should be improved ikut perspektif Islam so Insya Allah, keadilan pada semua kaum tanpa melupakan keistimewaan melayu yg termaktub dlm perlembagaan. Aku berterima kasih pada Allah dan rakyat Malaysia (termasuk cina, india dan lain2) yg menyumbang sedikit hasil titik peluh mereka melalui income tax etc.. Penyumbang tax terdiri dari cina, india, serani, org asli, syarikat jepun, sykt omputeh, sykt cina dan lain-lain, so bukan melayu saja. Jadi aku rasa aku patut balas balik jasa semua rakyat Malaysia dgn apa yg termampu. Dapat bersuara sedikitpun tetap sumbangan.
2 years ago, aku ada 2 pekerja cemerlang yg aku recommend highest grade and promotion, dua2nya cina walaupun bukan melayu ni, mereka ini cuma 5% drp jumlah staff-staff aku. I go for meritocracy and adil. Bagi aku ini amanah kerja dari Allah so no favoritism dalam soal kerja.Yg bagus must be rewarded regardless of race and religion. Sepatutnya yg muslim lebih cemerlang sebab mereka ni muslim tapi inilah realiti yg berlaku. For staffs muslim, we need to push and motivate them to be the best. Tak mustahil if we treat ourselves as a LEADER instead of a BOSS.
So to all my friends yg kebanyakannya middle class and some I believe dah reach upper class or top class, please help to improve org2 kita yg se agama dgn kita dan bersikap adillah mengikut perspektif Islam. Jangan kita pandang cina, india or bangsa lain dgn pandangan perkauman...pandang lah mereka dgn pandangan bahwa mereka ini mungkin akan jadi saudara se Islam kita suatu hari nanti. Moga Malaysia aman makmur di bawah syariat Islam...only then, keadilan utk semua menjadi realiti...Insya Allah.
No comments:
Post a Comment