Salam
Just nak share something sbg teladan dan ingatan utk kita semua especially to myself.Malam tadi, aku dgn beberapa ajk surau taman perumahan kitorang menziarahi seorang balu yg baru kematian suami 10 hari yg lalu. Tujuan adalah utk berbincang mengenai masalah yg beliau hadapi. Sebagai jiran tetangga, adalah menjadi kewajipan (fardu kifayah) utk kita mengambil berat perihal masalah jiran tetangga baik muslim ataupun non-muslim. Kehadiran wakil wanita ABIM dan wakil Majlis Perwakilan Penduduk kerajaan baru Selangor pun hadir sama.
Suaminya yg baru meninggal dunia adalah seorang mualaf yg sudah beberapa tahun memeluk Islam (asalnya Cina Budha). Beliau meninggalkan seorang isteri yg tak bekerja dan 3 org anak (umur 7 thn, 6 thn dan 1 setengah tahun). Balunya pulak mengandung 7 bulan lebih. Suaminya tidak ada pekerjaan tetap, hanya berniaga seperti jadi broker tanah, projek etc. so tiada pendapatan tetap. Balunya pun tak tau apa aset yg ada, yg dia tahu simpanan tiada and adalah kereta peninggalan arwah. Now dia hadapi masalah nak bayar sewa rumah utk bulan depan & seterusnya. Duit yg ada cukup utk belanja harian maybe for few weeks je. Balu ni org terengganu dan keluarganya pun susah dan tak mampu nak sara hidup diorang. Infact, mak dia plan nak pindah and duduk sama dgn dia sekali utk tolong tgkkan cucu2nya. Adik masih ada 2 org tp masih bersekolah.
Keluarga suami pula lately kerap ke rumah desak si balu ni tinggal dgn dia ataupun cucu2nye sahaja. Atuk&nenek adalah cina budha insist utk bela cucu2 mereka ini. Perkara ini yg merisaukan kita kerana ini menyentuh masalah akidah anak2 yg masih kecil. Bila tgk nasib anak2 ni, memang aku rasa sedih. Anak laki yg umur 6 thn tu punyalah ramah, bila kitorang dtg tu, dia yg sambut kat pintu bagi salam and terus salam cium tgn semua tetamu yg hadir. Tgk gaya, bagus didikan yg diterapkan pada anak ini. Yg si kakak pula kat dlm bilik dgn si kecil. Baru duduk bebrapa minit, anak laki tadi datang ke salah seorang ajk surau, terus duduk atas riba dan manjakan diri. Allahu Akbar, sedih nya aku rasa, memang bergenang air mata membayangkan kerinduan dia pada ayahnya. Tak lama kemudian si kakak keluar dari bilik dgn adik kecilnya yg baru bangun tidur. Makin terharu bila tgk wajah anak2 ini.
Oklah dipendekkan cerita, alhamdulillah ada seorang antara kami yg volunteer nak tlg bayarkan sewa RM900 sebulan until end of year sbb nak tunggu si balu ni bersalin dan fikirkan options utk bantuan bagi keluarga beliau. Wakil ABIM pula offer rumah lindungan somewhere di Klang yg mana anak2 dekat dgn sekolah biasa dan juga sekolah tahfiz. Rumah lindungan ni utk sementara until si balu dpt berdikari dan mencari rezeki sendiri. Training dan kursus usahawan melalui pusat zakat akan diberikan. Ada sorang lagi volunteer utk semak perihal aset si arwah dan peninggalan yg ada utk warisnya. Di sini berlaku pertembungan tuntutan harta dari keluarga arwah yg bukan muslim dan tuntutan harta mengikut faraid. Insya Allah, wakil MPP dan kita sendiri akan berusaha bantu dlm hal ini. Nasihat dari imam kami, ustaz Dr Zaki kepada si balu agar terus berbuat baik dgn mertua kerana bapa&ibu mertua adalah seperti bapa&ibu sendiri juga dan mereka ada hak utk menjenguk cucu2 mereka.
Sbg pengajaran, pada kita yg hidup ni terutama ketua keluarga, pastikanlah harta atau duit terurus dan diketahui oleh isteri dan anak2 kita agar kalau kita mati, mereka tidak dalam kesusahan. Ajal dan maut datang bila2 masa saja tanpa kita sedari. Si arwah yg baru meninggal dunia ini baru berusia 36 tahun akibat serangan jantung. Moga Allah cucuri rahmatNya kepada beliau.
2 hari selepas kematian arwah ni, ada lagi satu kematian di perumahan kami. Orgnya masih muda juga berusia 41 thn akibat sakit kanser. Rumah besar, renovated and baru je tinggal beberapa minggu. Belum puas lagi rasanya nak duduk di rumah baru yg serba mewah dan cantik, Allah dah tarik nyawa. Begitulah perjalanan kita di dunia yg sementara ini. Malang sekali, bila berlaku kematian dan ramai org dtg ziarah ke rumah , ada jiran yg terdekat sangkakan open house walhal acara kematian. Inilah yg sedihnya sekarang ni, jiran tak kenal jiran , sesama Islam lak tu. Bagaimana kita nak bentuk masyarakat Islam madani (seperti masyarakat Islam zaman Rasulullah dan Sahabat di Madinah) kalau org Islam sesama jiran pun tak bertegur sapa. Bila dah mati, barulah nak cari org surau atau masjid utk uruskan mayat walhal satu waktu pun susah nak nampak kat surau/masjid (this is a general comment , bukan pada si arwah tadi).
Mudah2an kita tak termasuk dlm golongan yg tak hirau jiran, tak hirau masjid dan tak hirau Islam.
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, JIRAN TETANGGA yang dekat dan JIRAN TETANGGA yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri," (An Nisaa : 36)
Moga Firman Allah di atas jadi peringatan !! Wallahualam bissawab Wassalam.
No comments:
Post a Comment