Salam (Respon to ex-schoolmates mailing list Apr 21, 2008)
NEP kalau jelas terdapat unsur diskriminasi kaum maka ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh yg demikian, NEP perlu diolah dan di islamkan agar semua kaum akan berasa adil. Mengikut Percetakan Nasional 1991 (dari buku Pembangunan Malaysia oleh Wan Mohd Nor), komposisi bumiputra adalah 58%, cina 26%, india 7%. Penguasaan ekonomi bumi 14%, cina 44.9% . Ini data 1991, quite lama but just to share some facts.
Based on the stats, walaupun bumi ramai tetapi penguasaan ekonomi masih rendah jadi definitely keseimbangan sosio-ekonomi antara semua kaum perlu diseimbangkan.But this does not mean , semua melayu entitled utk hak istimewa sebab dia org melayu. Then, org cina or india yg miskin tak dapat keistimewaan sebab mereka ini bukan melayu.
Ini bukan cara Islam yg maha adil. Tuan guru Nik Aziz sendiri pun pernah mengatakan di dalam ceramahnya yg Islam tidak akan mendiskriminasikan mana2 kaum. Org cina dan india yg miskin tetap layak utk dapat sesuatu faedah atau bantuan agar tidak merasa di anak tirikan. org melayu pula yg dah kaya, tak payahlah lagi nak harapkan bantuan biasiswa or subsidi.
Berkompromi dan bertolak ansur lah agar kita semua hidup dalam aman damai dan di kurangkan rasa buruk sangka antara satu kaum terhadap kaum lain. Kita hidupkan nilai2 Islam yg adil, yg kaya memberi dan sentiasa menolong yg susah. Definitely, berdasarkan jumlah peratus bumi 58% dan penguasaan ekonomi yg rendah maka, org2 melayu/bumiputra yg lebih ramai akan dapat nikmat istimewa tapi jgn lupa sebahagian india, cina, bengali atau bangsa apapun yg jadi warga malaysia juga layak utk terima faedah yg sama jika mereka miskin dan tidak mampu.
Kerajaan yg adil seharusnya telus dan adil dlm pembahagiaan kekayaan negara. Seperti emel aku yg dulu, sorang india miskin baru 1st time nak beli rumah kena bayar harga full tanpa diskaun but sorang melayu yg kaya dgn kereta bmw 5 series nak beli rumah ke-4, beli dapat diskaun 7%. Adil kah ini? Lihatlah dari perspektif Islam.Anyway, ini opinion aku , maybe ramai yg tak setuju but terpulanglah.
Kalau guna maqasid syariah dan fiqh al awlawiyah, kita akan faham lebih jauh. Bila sesuatu golongan atau kaum merasa terpinggir atau didiskriminasi , maka lambat-laun, ia akan menjadi bom jangka. Kehidupan yg aman akan tergugat dan pergaduhan pasti boleh terjadi bila2 masa. Pagi tadi, dalam kuliah pengajian aku, kami bincang tentang dakwah dan pemikiran Islam masa kini. Ada kata2 Nabi tapi khilaf samada hadis atau tidak bermaksud l/kurang "Fakir itu hampir kepada Kufur". Org miskin apabila terdesak , maka dia lebih senang utk jadi kufur kerana mungkin marah pada tuhan or salahkan nasib. Sebab tu pendakwah kristian selalu approach org2 Islam yg miskin.
Sepatutnya tidak ada org2 Islam yg fakir di Malaysia ini sebab duit zakat saja ratusan juta ringgit. Di Selangor saja last year, ada puluhan juta rinngit duit zakat. But tak taulah camana terlepas pandang org fakir miskin ni?
The other way around, Pendakwah Islam juga perlu approach org2 india dan cina yg miskin agar merka dapat kenal Islam dan appreciate Islam. Utk peluk Islam, itu hak Allah, tugas kita berdakwah. So NEP could be 1 of the policies to use utk approach org2 bukan Islam ini. That's why , I urge NEP itu di islamkan.
Bab isu lain - bab mati syahid dan perkaitan dgn angkatan tentera (ATM) kita. Rujuk hadis riwayat Muslim berikut:
Rasulullah s.a.w. bertanya, "Siapa yang kamu anggap mati syahid?" Para sahabat menjawab, "Orang yang terbunuh dalam jihad fisabilillah, itulah yang mati syahid." Nabi s.a.w bersabda, "Kalau begitu sungguh sedikit orang yang mati syahid daripada umatku." Sahabat bertanya, "Maka, siapakah wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Mereka yang terbunuh dalam jihad fisabilillah, dia mati syahid. Siapa yang mati di jalan Allah (sedang beribadah) ia mati syahid, dan siapa yang mati terkena wabak taun maka ia mati syahid, siapa yang mati karena kolera ia mati syahid, dan yang mati karena tenggelam ia mati syahid juga."Di hadis lain " "Siapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid." (R. Bukhari & Muslim).
In summary, terdapat byk tingkatan mati syahid, ada klasifikasi dan gred tapi mati syahid yg paling utama ialah yg jihad fi sabilillah. Dari hadis2 di atas, juga diqiyaskan, perempuan mati bersalin, mati kebakaran, mati kemalangan juga mati syahid tetapi bergantung kepada niat. Contoh kalau dlm perjalannan nak ziarah ibu bapa, tetiba accident dan mati di perjalanan maka ini juga syahid.Dlam kes Angkatan tentera malaysia, mereka adalah benteng negara dari pencerobohan musuh negara. Malaysia memang bukan negara Islam yg syumul tetapi ia adalah negara yg mempunyai ramai umat Islam maka mempertahankan Malaysia ini adalah wajib, bukan saja bagi ATM tetapi kita juga.
Apa2 pun bergantung pada niat ( "Setiap Amal itu dgn Niat"), jika niat ikhlas utk mempertahankan tanah air, maka jika terkorban insyaAllah, tentera kita akan dapat syahid. Walaupun seolah2 mereka bekerja sbg tentera tapi itu juga ibadah kerana, kita ini sebenarnya 24 jam dan setiap saat seharusnya berada dlm ibadah kepada Allah. Cari rezeki, pergi kerja, belajar semuanya ibadah. Tentera bergaji utk menyara keluarga dan keperluan mereka dan ini juga ibadah. Pada zaman Saidina Umar Al Khattab, tentera Islam mula digajikan utk keperluan hidup mrk.
Riwayat lain utk dikongsi, peristiwa di Hudaibiyah, apabila rombongan Islam menghantar Usman Affan berjumpa ketua Quraisy di Mekah ttg tujuan umat Islam nak dtg umrah pada tahun ke-6 Hijrah, terdengar khabar angin mengatakan Usman dibunuh. Maka, ketika itu para sahabat terus menghunus pedang dan berbai'ah bersama Rasulullah akan membalas balik pembunuhan Usman tersebut dan ini dinamakan Baiatur Ridhwan. Ini adalah dalil menunjukkan betapa wajibnya kita mempertahankan nyawa umat Islam hatta seorang pun .
Di riwayat lain, ada seorang perempuan Islam di rogol oleh org kafir di satu negeri, maka para sahabat bersiap sedia menyiapkan angkatan perang utk memerangi negeri tersebut. So tugas ATM, insyaALlah mulia jika mrk berjuang utk pertahankan kita umat Islam, bukan seorang tapi berjuta2 umat.Soal, negara Malaysia yg masih ada Genting Highland kota keriangan, sports toto, itu kita perlu tangani dgn strategi lain. This is a separate issue and bukan maksudnya ATM juga mempertahankan perkara2 mungkar ini.
Apabila berlaku pekara mungkar di dlm negara kita, maka kita umat Islam seluruhnya wajib menjalankan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar. Yusuf Al Qardawi di dalam bukunya "Min Fiqh al Dawlah fi al Islam" meminta umat Islam agar pertimbangkan kekuatan utk melakukan perubahan melalui 3 bentuk :
1. Kekuatan ketenteraan
2. Parlimen iaitu memiliki suara majoriti melalui penyertaan dlm pilihanraya
3. Kekuatan rakyat iatu wujud kebulatan tekad dari rakyat secara menyeluruh bagi menumbangkan pemerintahan yg ada (cth Revolusi Iran)
Menurut beliau, 3 cara di atas tidak berlawanan dgn pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Melihat kepada situasi semasa, dgn menggunakan kaedah Fiqh Al Awlawiyah, maka, cara no 2 lebih sesuai di Malaysia. Cara 1 dan 3 maybe boleh digunakan suatu hari jika benar2 sesuai. Mana tahu Lt Kmdr berjaya menguasai 100% ATM and decide to take iver Malaysia and immediately change Perlembagaan Malaysia kepad Al Quran dan Hadis. Wallahu'alam.
BUT and BUT...still DAKWAH again and again, definitely baik cara 1, 2 atau 3 pasti memerlukan kefahaman umat Islam terhadap pentingnya menegakkan Ad Diin Al Islam di muka bumi ini dgn matlamat utama utk mencapai mardhotillah.
"Dari Abi Said r.s, Nabi saw bersabda: Sesungguhya sebesar-besar jihad ialah menyatakan perkataan adil terhadap pemimpin yg zalim" Hadis bertaraf Hassan Gharib riwayat Tirmizi.
Cadangan utk kita contribute something rather than talk only, I agreed . We must do something at least at our end. Dr Fauzi juga sebut hal yg sama pagi tadi, dia bergerak di universiti dan sarankan kami student hidupkan di masjid kitorang. Infact, we have started some programs related to dakwah pada golongan muda dan yg takut masjid. Cth prgram Jom Ke Masjid karnival. Ada yg setengah aktif di parti dan jamaah dan ada program masing2. Kita ex-mrsm, why not we do something for this. Anything dakwah for Islam, would be fine to me but not agenda bangsa. I'm sure ada kawan2 yg aktif dlm jamaah or NGO so why not suggest something too.Wassalam.
No comments:
Post a Comment