Monday, October 13, 2008

Berlapang dada, jangan taksub dgn jamaah atau kumpulan sendiri

".........janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (SYIRIK), yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa BANGGA dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah ArRuum :31-32)
Dengan adanya kepelbagaian jamaah atau kumpulan, jangan sekali2 kita mendabik dada bangga yg hanya golongan kita yg betul kerana dikhuatiri menjadi syirik seperti firman Allah di atas. Syirik bukan hanya dalam skop mempersekutukan Allah tetapi dlm hal perpecahan agama juga boleh jatuh syirik.
Dalam berjemaah untuk menegakkan Islam , sesuatu Jamaah mesti jelas matlamat iaitu untuk mencari redho Allah dan berusaha menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Semua ahli jamaah baik dari ABIM, JIM, PAS, Masyumi, Ikhwanul muslimin, Hizbut Tahrir, Tabligh etc. etc perlu sentiasa berlapang dada dan bekerjasama dlm memperjuangkan Islam. Di waktu darurat ini, setiap individu muslim dituntut menyertai jamaah (ikutlah mana yg dirasakan sesuai dgn diri masing2 asalkan kita jelas jamaah yg kita sertai itu perjuangkan Islam dan aktivitinya menurut syariat Islam).
Kepelbagaian jamaah dan khilaf adalah sebenarnya satu rahmat dan kebesaran Allah (Diversity in Unity) as long as semua jamaah tak bangga dgn golongan masing2. Insya Allah, satu masa nanti akan diturunkan oleh Allah swt, seorang Mujaddid utk menyatukan kembali seluruh jamaah yg ada dan di waktu ini, Allah akan kembalikan semula rasa gerun org kafir kepada org Islam seperti yg telah Allah anugerahkan pada umat Islam di zaman Nabi, sahabat, tabiit dan tabiin.

No comments: