Monday, October 13, 2008

ISLAM adalah ISME ciptaan Allah, hindari ISME-ISME lain

Nasionalisme, Liberalisme, Modernisme, Komunisme, Budhisme, Hinduisme adalah semuanya fahaman2 yg dicipta oleh manusia berdasarkan akal mereka yg cetek dan mempunyai byk kelemahan. Hanya Islam yg pasti dan ultimately datang nya dari Allah, Al Khaliq (Pencipta) dan Ar Robb (Pengatur)...Dialah yg mencipta segala benda & makhluk di dunia, langit etc. dan juga mengatur peraturan hidup kita, makhluk, alam, planet, bintang etc etc.
Jadi ISME Islam lah yg TEPAT dan bersesuaian sepanjang zaman.
Lihat surah Al-Alaq (Iqra' bismi robbikallazi kholaq), ayat 1-5 bermaksud :BACALAH dgn Nama (ismi) Robbmu (Pengatur mu) iaitu Allah yg Menciptakan. Yg menciptakan manusia dari segumpal darah. BACALAH dan ROBB mu yg paling Pemurah. Yg Mengajar dgn perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yg tidak diketahuinya.
Inilah wahyu pertama yg diturunkan kpd Rasulullah di gua Hira'. Rasulullah setelah 40 thn meneliti dan observe terlalu byk isme-isme atau fahaman2 yg bertentangan dgn jati diri beliau. Lalu beliau berusaha utk mencari jawapan dan agama yg sebenar dgn berkhalwat (menyendiri) beberapa kali di gua hira' hinggalah turunnya wahyu yg pertama ini. Apabila Jibril berkata pada baginda "BACALAH" . Rasulullah terpinga2 tertanya BACA APA? . Jibril mengulang sbyk 3 kali lagi kemudian disambung BACALAH DGN NAMA (ISME) ROBBMU ALLAH YG MENCIPTAKAN (Iqra'! Bismirobbikallazi kholaq).
Rasulullah berkhalwat kerana baginda telah "membaca" keadaan dan situasi sekeliling yg dirasakan salah dan tak betul. Maksud IQRA lebih luas bukan hanya sekadar membaca buku. Semua tahu yg Rasulullah adalah UMMI yg tidak tahu baca dan menulis. Maka dgn turunnya surah al Alaq ini, diperintahkan kepada Rasulullah untuk membaca keadaan dan situasi menurut sistem dan kaedah yg diciptakan oleh Pencipta dan Pengatur sekalian alam iaitu Robb, Allah swt. Peristiwa ini secara tidak langsung, mengajar Rasulullah reset or buang segala fahaman atau isme2 yg lain yg beliau lihat berlaku disekelilingnya. Kalau ikut sistem komputer, reboot or reformat harddisk kalau nak install balik new operating system.
Similarly, kita perlu reset mindset kita, buang fahaman2 atau isme2 lain, then BACALAH dgn sistem ISLAM, sistem yg diajarkan oleh Allah . Inilah cara hidup, kaedah, manual hidup yg menepati segalanya.
So jika ada yg nak perjuangkan apa pun, baik sistem perundangan, bangsa, sistem ekonomi atau apapun, ISLAM lah rujukan yg pertama. Kalau ada yg nak bermati-an perjuangkan hak melayu, hak bangsa atau apapun, lihat dari perspektif Islam dahulu. Tepati cara Islam then ambillah dan kalau bertentangan maka berjihadlah menentangnya atau betulkannya. Menurut Hadis, tingkatan Jihad pun ada 3 berdasarkan kemampuan masing2 : 1. Tangan iaitu dgn kuasa 2. Lidah (berkata2, berdakwah, berdebat etc) 3. Benci di dalam hati dan inilah selemah2 iman.
Wassalam.

1 comment:

Dewan Pemuda PAS Padang Besar said...

Bonn says:
Umnoisme perlu dihindari....
Kami sandang julukan generasi ghuraba........
Biar saatnya datang kami pimpin dunia........